Ada berita gembira ingin Bro kongsikan kepada rakan blogger yang lain.
Bro dan beberapa rakan blogger yang lain akan berkongsi pengalaman kami sebagai blogger dalam rancangan ‘Blogger Voice’ yang akan bersiaran bermula 31 Julai 2014 untuk episod pertama.
Sedikit info mengenai Rancangan Blogger Voice :-
- Hari : setiap KHAMIS
- Masa : 10.30pm
- Channel : TVi (Astro 180)
Rancangan 13 episod ini menampilkan beberapa orang blogger dari kategori berbeza. Maka setiap episod ditampilkan blogger dengan cerita yang berbeza untuk disajikan kepada anda semua.
Dan Bro diberi kepercayaan untuk menjadi blogger pertama menerajui episod pertama.
- Ep. 1 : Hiburan : Bro Framéstone & Fasyali Fadzly
- Ep. 2 : Selebriti : Zarul Kefli Husin & Huzaimi Zaini
- Ep. 3 : Travel : Rayyan Haries & Dan Arif
- Ep. 4 : Haiwan Peliharaan : Mohd Hairey Yahya & Hidayat
- Ep. 5 : Jenaka : Boni Kacak & Aisa Linglung
- Ep. 6 : Sukan : Muhammad Aiman & Muhammad Rizal Hashim
- Ep. 7 : Wanita : Red Mummy & Raja Nadia Sabrina
- Ep. 8 : Lelaki : Hilal Azmi & Khai Riz
- Ep. 9 : DIY : Rose Craft & Mohammed Shohaime Safie
- Ep. 10 : Fotografi : Muhamad Azman Ishak & Nana Safina
- Ep. 11 : Masakan : Hazman Fadzil & Chef Hussin Khan
- Ep. 12 : Fesyen, Kecantikan : Shazwani Hamid & Anne Raihan
- Ep. 13 : Hobi : Said Saiful Fazli & Salha Mohd Zain
Ada tak blogger yang anda kenal?
Tapi nampak kategori macam tak sesuai dengan blog Bro Framestone. Hiburan tue he…23x
Oh lupa nak bagitau, Bro memang ada blog hiburan sendiri (Sudah masuk tahun ke-3 cuma tak ramai yang tahu).
Memang Bro selalu cover event hiburan.
Tapi rasanya tak sesuai dimasukan dalam blog peribadi – Bro Framestone, Maka semua pasal hiburan Bro masukan ke blog yang lagi satu.
Puan Isteri juga tidak terkecuali.
Anda boleh baca tentang shooting rancangan ini di Belakang Tabir Pembikinan Rancangan Blogger Voice.
ni cerita mcm maner bro? mcm menarik jer..
Ini lebih kepada temubual tentang blogger mengikut kategori mereka. Sambil tue mendekati kehidupan sebenar mereka…
tu diaaa..
abam hensem dh masuk Tv..
mmg kena tgk nie.
support blogger :)
Abam hensem la sangat…
Dah banyak kali masuk tv.. Cuma tahun nie je belum lagi. Banyak masuk majalah je
makin retis bro nie…
nak sainnnnn
Retis apanya…
Nak sign dekat mana ek? Gua sign dekat surat nikah yang dihulurkan oleh awek single mingle je
Bestnyaaaa… wahhhh ada ada blogger yang ena kenal seperti boni kacak.. wahh tak sabar nak tengok
Boni kacak je ke?
Yang lain-lain. Tak kan xde yang kenal he..23x
Tudiaaaaa, meletop! Hehehe. Tak sabar nak tengok ni. Btw, fana nak tanya Projek 100 Blogger tu ada ruang lagi tak untuk fana sertai?
Itu projek 2 tahun lepas la fana.. Tak valid lagi, tapi kalau ada dapat projek dari Bro tue.. Maknanya ada termasuk la tue :)
untung jadi blogger femes ni..
makin naik saham lepas masuk tv..
tahniah bro
Tak de la untung mana pun…
Dah lama x masuk tv, kali ni baru berkesempatan untuk masuk tv semula
Wajib kena tengok ni..
Terima kasih, jangan lupa tengok nanti ek
Wahh….. tahniah bro…. dah ler femes dan skrg lagi bertambah femes laaaaa….ekekekekekeke…. :D
Eh mana ada femes, Bro tetap biasa2 je.. Xde pe2 yang istimewa pun
ramai gak blogger yang kenal masuk tv nanti, fiwit
cayalah bro
harap-harap ingat nk tengok nanti
Terima kasih ek… Musim raya nie, kenkadang boleh terlupa nak tonton.
Entah-entah bro pun lupa nak tonton nanti
Kena tengok ni. Simpan tarikh dalam kalendar.
Terima kasih Nurul…
hoho..
31 julai? okeh. leh tengok nanti.
Kalau boleh, hang jangan la tengok he..23x
Ambil masa juga untuk disiarkan. Dengar sudah lama dirakam. Apa pun all the best kepada mereka yang menjadi tetamu rancangan ini.
Yup memang sudah lama dirakam. Baru disiarkan…
Blogger ternama je..blogger copy paste mcm saya ni tengok je la hehe…
Tak de la ternama pun.. Kena start jangan jadi blogger copy paste la
untung la dapat masuk tv bro..makin laku la pasni..
Tahniah.. Nanti saya tengok.. hehe
Blogger pakar seo takde pon..
Blogger pakar seo macam x valid untuk dipaparkan… Sebab tak memenuhi pemintaan penonton semasa.
Anggap je target mereka yang menonton bukan blogger. tetapi orang biasa… bukan semua tahu pasal seo (ke memang xtau)
sangat² menarik..tapi ..jelous n sedih sbb xdpt tgk n tiada astro di sini..kalau lah ada tube² tertentu yg boleh di tonton..bestnyeeee…suka taw prgrm mcm ni coz im really luv blogging.
eh 31 Julai?? Dah adalah sebelum ni.. ceh.;.ulangan ada tak?