May 22, 2025

Mekaray Ventures Hasilkan Produk Berasaskan Perubatan dan Pemakanan Islam

Mekaray Ventures - Produk Perubatan dan Pemakanan Islam
Mekaray Ventures Sdn Bhd telah menghasilkan produk berasaskan perubatan dan pemakanan Islam yang beroperasi secara online.

Produk yang dikeluarkan merupakan suplement kesihatan yang mempunyai khasiat untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.

Produk mereka telah 4 bulan berada di pasaran serta memiliki sijil Islamic Manufacturing Practice (IMP) dari Jakim, KKM dan Halal.

Menggabungan formulasi dari perubatan Islam dan klinikal. Penyelidikan terperinci telah dilakukan untuk memastikan keberkesanan, berkualiti dan selamat.

Sesuai diamalkan bagi semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Kini terdapat dua produk keluaran Mekaray telah berada dalam pasaran.

Mekaray Ventures - Produk Perubatan dan Pemakanan Islam

Mekaray Talbinah by Triple-M

Triple-M merupakan makanan kesihatan yang menggabungkan 3 makanan berkhasiat sebagai bahan utama iaitu :-

  1. TALBINAH “Barley”
  2. Madu
  3. LABAN “Yogurt”

Menerusi kajian selama 10 tahun oleh R&D UKM yg diketuai oleh Dr Wan Nasyruddin telah menemukan ramuan terbaru dengan gabungan TALBINAH maka terhasillah MEKA MIRACLE MEAL @ TRIPLE M.

Triple-M mempunyai beberapa khasiat, diantaranya :-

  • Merawat stress dan tekanan perasaan.
  • Mengurangkan sebahagian kesedihan.
  • Merawat masalah dalam perut.
  • Mengawal tekanan darah tinggi dan kadar gula dalam darah.
  • Membekalkan tenaga kepada badan
  • Sarapan pagi yang sangat berkhasiat.
  • Boleh dijadikan minum petang dan makan malam
  • Sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan bayi

Talbinah merupakan makanan kesihatan yang bukan sahaja sesuai untuk sarapan pagi dan mengubati penyakit kronik malah berkesan bagi yang menghadapi tekanan perasaan, murung atau dukacita yang melampau.

Mekaray Ventures - Produk Perubatan dan Pemakanan Islam

Meka Viniga Suplemen Diet Sihat

Sebelum ini, Meka Viniga lebih dikenali sebagai slimmie viniga merupakan makanan kesihatan yang menggabungkan lebih dari 3 jenis makanan sebagai ramuan utama iaitu;

  1. Cuka Kurma
  2. Habbatussauda
  3. Minyak Zaitun
  4. Madu
  5. Juga disertakan ekstrak Delima, Minyak Kelapa Dara, Garam Bukit dan air bertapis.

Ianya antara salah satu formulasi sunnah hasil kajian Dr Wan Nasyruddin dan Team R&D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan penghasilan produk slimming yang bukan sahaja untuk menguruskan badan, tetapi jugak untuk penyelenggaraan tubuh badan bagi memastikan badan  sentiasa cergas, bertenaga dan kekal muda.

Hadir dengan perisa oren, dengan cara pengambilan juga sangat mudah hanya perlu sedut sahaja banyak khasiat terbaik Meka Viniga dapat dinikmati. Antaranya :-

  • Merawat dan mengurangkan berat badan yang berlebihan
  • Membuang kolesterol dan meningkatkan HDL
  • Meningkatkan stamina dan kecergasan badan
  • Merawat dan mengurangkan masalah gastrik
  • Anti kanser dan anti aging
  • Merawat dan mengurangkan sakit migrain
  • Menyingkir toksik dan melancarkan perjalanan darah
  • Merawat dan mengurangkan masalah senggugut

Sekiranya anda sering mengalami masalah diatas dan mahukan badan slim dan sihat, apa kata anda cuba minum Meka Viniga ini.

Ia dapat membantu menghilangkan penyakit yang anda hadapi malah badan akan semakin slim dan sihat.

Untuk cara yang lebih berkesan, pastikan anda mengambil Meka Viniga sebelum makan atau sewaktu perut kosong.

Bagi anda yang ingin kurus dan inginkan keputusan yang cepat, anda disarankan minum Meka Viniga 2 ke 3 kali sehari. Paling penting pastikan minum air mineral atau air masak secukupnya.

Mekaray Ventures - Produk Perubatan dan Pemakanan Islam

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Mekaray, anda boleh mendaftar sebagai ahli untuk dapatkan keistimewaan harga dan kelebihan lain yang disediakan.

Kepada mereka yang ingin berniaga pula, anda boleh dapatkan informasi mengenai produk Mekaray Ventures di :-

Mekaray Ventures Sdn Bhd
111-3 Wisma PPC Jalan Dwitasik 1 Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Laman Web : www.mekarayventures.com
Facebook : Mekaray Venture Offial Page
Instagram : @mekarayofficial

No Tel : +603 – 9174 5449
Email : mekaray.business@gmail.com

Latar Belakang Mekaray Ventures Sdn Bhd

Mekaray Ventures Sdn Bhd di tubuhkan pada 26hb September, 2015. Nama syarikat ”MEKARAY” membawa maksud “MEKA – MEKAH” dan “RAY – SINARAN’ = SINARAN MEKAH YANG BERCAHAYA.

Pendaftaran ahli baru bermula pada 8hb November, 2015 dan pada Januari 2016 syarikat telah memiliki 1500 ahli-ahli di seluruh Malaysia.

Ini adalah satu permulaan dan pencapaian yang amat baik seiring dengan matlamat syarikat yang ingin mencapai 10,000 ahli dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penubuhannya dan ini adalah salah satu perancangan 6 bulan syarikat untuk strategi pemasarannya.

Visi / Misi Syarikat

  • Menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai sumber maklumat yang bermanfaat dalam menemukan kaedah mengubati pelbagai jenis penyakit.
  • Dakwah dalam perniagaan, menyampaikan khabar gembira kepada seluruh umat manusia manfaat produk dan peluang perniagaan yang ‘SIMPLE, PRACTICAL & ACHIEVABLE”.
  • Membentuk usahawan yang berjaya dunia dan akhirat iaitu ukhwah “ MARKETING NETWORKING” yang saling bantu membantu.
  • Jihad mengubah scenario permasalahan kesihatan dan kewangan, terutamanya orang Islam di sunia hari ini supaya Islam disegani dan menjadi contoh teladan dalam setiap perkara.
  • Menyediakan bimbingan secara istiqamah sehingga Berjaya

*********************************************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter ! Google+

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Mekaray Ventures Hasilkan Produk Berasaskan Perubatan dan Pemakanan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *