Hari ini genap Baby Fisha berumur 11 bulan. Lagi sebulan je lagi, dia akan berusia 1 tahun.
Cepat betul masa berlalu. Tau-tau ternampak gigi sulung dia baru tumbuh. Gigi dah tumbuh, tapi rambut macam itu juga.
Dah bermacam minyak disapu. Tapi nak buat macam mana, memang faktor keturunan kot. Rambut memang lambat tumbuh.
Antara Tanda Bayi Tumbuh Gigi
Antara tanda-tanda yang menunjukan bayi mahu tumbuh gigi, bila bayi jadi cerewet dan cepat gelisah. Kadangkala cepat marah, suka menggigit (terutama gigi jari sendiri), tak mau makan, dan tak mahu tidur.
Ada sesetengah bayi keluar air liur yang banyak (tapi baby fisha kurang, itu pasal tak perasan gigi dia tumbuh), kadangkala menangis pada waktu malam tanpa sebab dan demam yang rendah.
Jika dulu Fisha agak kurang mengigit.
Sekarang, daddy dia tidur pun dia boleh gigit tangan atau pipi daddy dia.
Memang ada beli mainan ataupun benda yang boleh dia gigit. Tapi daddy dia juga yang dia gigit. Sedap kot daddy dia nie he..23x
Pandai Fisha cari tempat untuk menggigit..banyak isi kot bro.. :-)
He…23x Dia tengok daddy dia nampak macam menyelerakan.. Belum lagi gadis2 dekat luar sana
Ada yg ckp baby nak tumbuh gigi akan demam…
Fisha tak demam lagi. Tapi kenkadang badan dia panas sedikit, so siap2 bagi ubat dulu
Sudah tumbuh gigi. Gusinya tentu sentiasa rasa gatal.
Tapi tumbuh sebatang je…. Yang lain masih belum kelihatan lagi
Tak lama lagi akan ada siri demam sebab gigi makin banyak tumbuh
Bertabahlah ye Bro melayan Fisha nanti
Singgah entry saya gak ye. TQ
Risau juga dia demam.. Tapi bila rasa badan dia panas semacam, memang terus bagi makan ubat.
Nak test power gigi kat daddy dialah tu, makin besar makin comellah…
Harap macam tue la.. Tapi kenkadang perangai dia macam jantan sikit…
Budak baru nak tumbuh gigi selalu org panggil gatal gusi.. Tu asik nak menggigit jer.. Hehe..
Tapi tak kan la dok nak gigit daddy dia.. nanti habis la daddy.. nanti ummi nk gigit apa pulak he..23x
Comeynya baby fisya ni..
Ikut ummi dia… Daddy dia xcomel he..23x