Pada manusia yang suka bertukar telefon (terutamanya telefon pintar – smart phone) seperti Bro.
Selalu mempunyai masalah untuk backup no telefon dari telefon lama dan dipindahkan ke smart phone yang baru.
Terdapat juga masalah jika no disimpan didalam sim kad. Hanya no telefon sahaja disimpan, tidak disertakan maklumat lain seperti email atau facebook mereka.
Maka, Bro selalu gunakan “Google contacts” dimana no telefon yang Bro save pada smartphone akan automatik save dalam akaun Google. Ianya boleh di access terus melalui smartphone Bro yang lain (android & iPhone).
Hanya perlu save pada satu phone dan semua data dapat dikongsikan pada smartphone Bro yang lain.
Kali ini, Bro nak kongsikan bagaimana caranya untuk sync “Google contacts” dengan peranti Apple iOS (seperti : iPhone, iPad, iPod touch).
Bro cadangkan anda menggunakan CardDAV, dimana ianya merupakan “Internet open standard”.
Bila anda sync “Google contacts” anda menggunakan CardDAV, anda boleh mengubah, menambah dan membuang contact dari peranti anda dan mengekalkan inya sync dimana sahaja anda menggunakannya.
Panduan sync contact anda pada peranti:
- Buka aplikasi Settings pada peranti anda.
- Pilih Mail, Contacts, Calendars.
- Pilih Add Account…
- Pilih Other
- Piliht Add CardDAV Account
- Masukan informasi akaun anda seperti dibawah:
- Server: Masukan “google.com”
- User Name: Masukan email akaun Google anda atau Google Apps.
- Password: Kata laluan akaun Google anda atau Google Apps.
- Description: Letakkan penerangan mengenai akaun ini (contoh – Personal Contacts).
- Pilih Next.
- Pastikan fungsi “Contacts” adalah ON.
Selepasa anda siap, buka aplikasi Contacts pada peranti anda dan ianya akan sync secara automatik.
Tetapkan “Google contacts” sebagai akaun default anda
Jika anda menggunakan iCloud, yang sedang sync contacts dari akaun lain atau mempunyai contact yang tersimpan pada peranti anda.
Anda hanya perlu pilih “Default Account”.
Info lanjut dari sumber rujukan.
Bicara Bro : Sorry tak pandai nak share tip yang menarik. Banyak yang perlu dipelajari.
ala… bro buatkan lah nanti. boleh x? ;p
Boleh je, no hal punye…
Dulu aku sync dengan Google semua contact dlm phone aku (Android).. Bila tukar2 phone aku tengok ada banyak giler duplicate contact.. Last2 aku off terus fungsi sync tu, buat backup secara manual pastu simpan dalam Dropbox.. Kalau tukar phone lagi nanti import je dari Dropbox..
Mungkin tersave 2 kali kot.
Masih belum lagi menggunakan dropbox pada smartphone sendiri
Bila entah aku berpeluang nak guna iPhone.. Asyik guna Android je kadang2 boring jugak..
Senang je.. Masuk Contest Gadget Impian
salam.kmi pkai lama jer bro tpi klu sim kad masuk ke ipoh pintar sslu apa kita simpan data2 tak dpt d kesan huhu..
Yup, so jika pakai telefon pintar tak semua data dapat dikesan. Sebab itu bro kongsikan fungsi sync yang mungkin ada sesetengah pengguna smartphone tidak tahu :)
kalau ada duit lebih memang nak angkat iphong ni….
Insya’lah nanti ada la tue :)
terbaik walau tak da iPhone ke android tp faham sbb sync account google sgt popular dan memudahkan kerja kita :)
Bila dapat upgrade dari iPhone 3G generasi ke 2 ke iPhone 5? :-)
fuyooo dah siap ade tutorial sekarang…hebatlah bro
assalamualaikum bro….bestnya bila la dpt gunakn nyer…:)
bagi yg selalu tukar2 fon mmg selalu terjadi macam ni…tak backup no contact…mujur la sekarang ni boleh sync skrg ni..:D