April 27, 2024

Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat – Mohd Assubhi Sidon

Iman Sazali Tok Kadi Nikah Broframestone 2
Sejak dua menjak ini kecoh di laman fb/twitter tentang Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat Mohd Assubhi Sidon atau lebih dikenali Ustaz Suboh.

Dimana beliau gemar berjenaka ketika mahu menikahkan pengantin hingga menimbulkan suasana lucu kepada hadirin sepanjang majlis berlangsung.

Bro tempoh hari dinikahkan oleh Imam Sazali (Bro lupa jawatan dia – gambar seperti di atas), dia pun gemar berjenaka sewaktu menikahi Bro dan isteri.

Bro siap melayan lagi kerenah beliau. Malangnya tiada pula yang buat video waktu itu (next time Bro nikah, kena pastikan ada videographer). Lagipun dia perlu bergegas ke lokasi lain untuk menikahkan pasangan lain.

Kalau ikutkan, hari itu Bro patut dinikahkan oleh Ustaz Suboh malangnya pagi itu, Bro dapat call bahawa Tok Kadi terpaksa ditukar atas sebab tertentu.

Dengan kepopularan Ustaz Suboh, ramailah yang akan menikahi orang Batu Pahat he…23x

Bicara Bro : Isteri Bro orang Parit Raja.

Masa mula-mula kenal tak pernah tanya dia orang mana. Dah lama kenal baru tahu dia orang Batu Pahat, Johor.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat – Mohd Assubhi Sidon

Leave a Reply to sukma Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *