Sebenarnya,
Bagus jika perempuan tidak tahu menahu pasal rokok. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan perokok dari kalangan perempuan.
Dalam masa yang sama buat lelaki yang merokok diperbodohkan seperti kisah dibawah (copy dari facebook)
Kejadian berlaku di salah sebuah 7 eleven (lokasi dirahsiakan)
Lelaki : Hai kak long, rokok ada?
Cashier gurl : Ada, nak rokok apa?Lelaki : Winst0n merah ada x?
Cashier gurl : habis..Lelaki : emm.. Bagi dunhill merah jela..
Cashier gurl : Ada, nak perisa apa?Lelaki : hah? Dah ada perisa ke? Perisa apa ek?
Cashier gurl : Ada.. Perisa paru-paru, ker0ngk0ng, bibir, kaki & perisa bayi pun ada..nak yang mana?
(Sambil menunjukkan gambar pada kotak rokok tersebut)
Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?
Jika berlaku begini, apakah riaksi anda? Jom kongsikan
Lelaki selalu menampakkan mereka lelaki dengan menghisap rokok. Bila ditanya, jawapan mereka, “hisap rokok ini nikmat, lagi-lagi dapat pow rokok member”
Perempuan hisap rokok kerana ingin menampakkan mereka sama level dengan lelaki. Bila ditanya, jawapan mereka, “perempuan pun boleh buat macam lelaki”
Perhatian kepada perempuan : Jika lelaki itu betul-betul sayang pada anda, mesti dia akan menjauhi anda seketika untuk merokok.
Jangan salahkan mereka, itu maknanya mereka menyayangi anda lebih dari nyawa mereka sendiri.
Tapi tak ramai perempuan yang faham lelaki macam ini.
Ada orang boleh mati jika stop merokok (ini kes tahap kritikal). Selalunya doktor akan berpesan, jangan stop merokok, tetapi kurangkan dos (pengambilannya)
Bicara Bro : Perokok yang beretika, adalah perokok yang tahu menghormati orang lain dan tahu dimana kawasan yang sesuai untuk merokok.
Dan selalunya, mereka akan memilih toilet.
Sebab dah biasa merokok dalam toilet sejak dibangku sekolah lagi. Nikmatnya lain kot bila dapat hisap rokok bertemankan aroma dalam toilet.
merokok..
kadang-kadang terserempak dengan wanita yang merokok sambil memandu kereta…lepak-lepak minum…fuh!~~ dengan bangga menghembus asap…
huh! tak tahu bahawa kandungan rokok itu membahayakan bagi mereka yang mahukan anak atau yang sedang mengandung…
yang pakai tudung pun ada juga saya terserempak..masa tu memang speechless la..geleng kepala je…
Dorang tak plan nak mengandung atau nak mempunyai anak kot…
mungkin juga bro… kalau setakat nak merokok tu sebab nak bangga je, hentikan je lah….”say tak nak”
serius kalau budak sekolah gua dah kasik penampaq dengan back flip. buat malu wanita je!
panas hati tgk!
Oh ye ke… Kalau dah tak sekolah?
kalau dah tak sekolah maknanya dia dah cukup dewasa utk pikir baik buruk… kalau tak boleh pikir , masuk la sekolah balik… terutamanya wanita muslim.. B@D@h cam gini la .. dengan pakai tudung bagai lepas tu kasik pandangan buruk kat muslimah bertudung! sebab tu yang bukan musli byk salah faham dgn islam
sebab mereka yg tak prihatin mcm nih la..
rokok memudaratkan, haram umat islam memudaratkan diri sendiri dgn sengaja
kalau perokok tu sayang kan isteri dan anak, mesti dia berhenti merokok..contoh terdekat – abang ipar saya..alasan je kalau tak boleh berhenti merokok tu.
p/s: typo lagi..tett..tettt..”Oerisa”..kuakuakua
rakan saya seorang perokok tegar. sebaik sahaja kahin terus berhenti merokok. begitulah penangan sayang kepada isteri n anak2
Betul tu.. Merokok bukanlah satu kesalahan.. Kalau boleh perokok ni pun tak nak merokok.. Tapi nak buat macamana.. Dah terjebak dan dah ketagih..
Tapi sebagai perokok, mereka perlulah menghormati orang lain.. ;)
Kehkehkehhh…tengok cam tu pun org still hisap rokok apa le sgt kalau setakat harga rokok je naik kan?
Nurul paling tak suka org merokok, apatah lagi kalau perempuan..memang nampak kurang ajar sangat…
nampak mcm melakukan kesalahan yang sgt besar..bila melibatkan perempuan
Keh keh keh….
‘berasap’ uncle gelak!
haha.. kelakar plak aku baca ada perisa rokok tu.
tapi kalau perasan di mana2 skrg ramai perempuan merokok kan. bukan setakat muda remaja, usia dah 40-an pun masih merokok…
perempuabn atau lelaki elakkan je merokok ni
Memang tidak molek wanita merokok terutama yang mengandung akan memberi kesan kepada anak yang dikandung.
Rugi duit je ..
haha,
haha. boleh tahan gak cashier tu kalau menjawab macam tu.
btw, jemput lah singgah my blog ye. :)
hahaha.. merokok dalam tandas tu memang selalu dilatih daripada sekolah lagi,hakhakhakhak
btul gak kan..byk perisa rokok dunhill tu..
Ustaz Ismail Kamus kata perokok tu adik beradik jin sebab jin makan asap.
hahaha… agak lawak la dialog akak cashier 7e tuu.. hehe
kalau lelaki hisap rokok masih boleh diterima lagi..tapi kalau perempuan, rasa macam nak ‘kita bako je!”
pedih mata kena asap rokok, pedih lagi hati melihat budak bedua ni!!
tapi ramai perokok tak beretika masa ni :)
susah nak cari yang tak merokok sekarang, kalau dulu oklah
amat memalukan bila tengok perempuan merokok..ermm
mende entah aweks 2 ekor dlm gmbar tu. cam bangga je tayang rokok. dahlah tu bertudung. memalukan je
perokok tahu sebenarnya apa kesan merokok ni tapi tidak ada kesedaran berhenti merokok.. “Or do you not know that your body is a temple of the Holy Spirit within you, whom you have from God? You are not your own, for you were bought with a price. So glorify God in your body.”
alhamdulillah…saya bukan seorang perokok. saya bangga hidup sebagai lelaki yg bebas dari merokok