Baru-baru ini Wonder Girls ada melakukan persembahan dengan memakai baju kurung.
Ini buat ada yang terasa nak memperisterikan gadis Korea selepas melihat gambar gadis Korea ini tersebar di alam maya.
Yang bro maksudkan, bukannya bro sendiri (Mati bro, kalau bakal mak mertua terbaca pasal ini)
Tetapi Hafiz Rahim (ini bukan tuduhan, tetapi terbaca pasal ini diblog beliau.)
Dapat gadis korea yang boleh terima budaya kita sebagai orang melayu & islam. Itu lagi bagus.
Mana tahu hatinya terbuka untuk peluk agama islam.
Tapi risau juga, dorang turun ilmu Gangnam Style, jenuh kita nak melayannya nanti.
Mahu katil pengantin boleh patah dok Gangnam Style melompat-lompat atas katil. Sekadar gurau ek.
Terbaca juga apa yang si Hafiz kongsikan dalam blognya
“Artis Malaysia suka sangat ikut fesyen budaya barat sehingga sanggup dedah sana sini. Sedangkan budaya kita sendiri menunjukan kita mampu memakai pakaian yang cukup kain pada harga lagi murah”
Bicara Bro : Bro suka pandang perempuan yang manis bertudung.
Agak kurang gemar pandang perempuan yang suka dedah sana sini. Terasa pintu hati macam tertutup je bila jumpa dorang.
Dulu masa zaman U, ada je pelajar perempuan bila nampak bro terus cover apa yang perlu dicover. Kenapa ek?
aduh..terkantoi sudah niat di hati..hahaha
errmmm… mungkin diorg takut tengok renungan bro kot… :p
btol la….yg tertutup tu yang mahal…
yeah.. habislah kalau bini bro hafiz tu terbaca ni.kahkahkah
diorang nampak bro terus cover sebab tahu
“alamak presiden MPP dah sampai lah..”
hiks! :p
ayu dan sopan berbaju kurung…tapi cuba bayangkan dah elok2 berbaju kurung, tiba2 buat gangnam style plak..haru!
perempuan kalau cun mana pon tp kalau xbertudung, still rs xcun sgt. sbb rmbut tu slalunya yg bg dia nmpk cun
ayu je nampak awek saya kat atas tu…macam mana lah boleh terlepas gambar ni..hehehe…..
tak dinafikan…agak sukar sebenarnya untuk warga asing untuk menerima budaya kita… tengok sahaja wanita-wanita yang berkahwin dengan warga asing..apa jadi pada hidup mereka….
hurrmmm….
:)
(rahsia : wanita melayu tak berapa gemar bila lelaki melayu puji wanita bangsa asing itu cantik)
rahsia tau!
masa kat u dulu bro pakai kopiah lebai kut..2sbb diorg cover sana cover sini..
ke sbb mata bro terbeliak tngk pompuan tu..tu sbb cover kut..
haha plih yg mana 1 jwpan bro..
jatuh cinta dibuatnya tengok diorang pakai baju kurung.. tapi awek melayu yang berbaju kurung pun boleh buat jatuh cinta jugak.. tambah2 yang bertudung..
Comey kumpulan Wonders Girl berbaju kurun. :-)
Saya lebih suka kecantikan semulajadi.
Hai Tan Sri….Dati Sri jeling je kat sebelah tu…. pulas telinga kang!!
siap balik nanti tiduk kat luar rumah hehehe
nasib x kawin lagi :)
mata bro tajam sangat memandang, sebab tu gadis tutup apa yang terdedah bila nampak bro :)
bro, if zie jd bini bro kan…once zie baca tajuk entry tu…kompom bro kena tido di luar mlm ni. hahahahaha. amboiiiiiii kau brooooo
pape pun, manis je dorg berbaju kurung. love seeing them in it :)
Selamat zie xjadi bini bro… Kalau jadi, sure bro tazkirah zie jgn baca tajuk je.. Baca isinya juga.
Tidur luar? Tgu ada isteri lain la…
Mahu tak manis, dorang lagi manis dari sesetengah lelaki berbaju kurung dan bajet dah bertaubat
aik, baru saya tahu pula WonderGirls ada buat persembahan di sini. Mulanya tak tahu WonderGirls ni apa. Lepas mengGoogle baru tahu. Tak berapa ikut perkembangan hiburan..
Orang tutup apa yang patut bila nampak bro masa kat u dulu… sebab bro bekepala botak & nampak alim.. he..he..