Pejam celik, pejam celik.
Jarak masa semakin singkat. Kurang 20 hari belum bro dinikahkan.
Perasaan gemuruh pasti ada, nak pitam pun ada. Bukan sebab takut nak menghadap tok kadi. Cuma rasa agak tertekan nak uruskan majlis perkahwinan sendiri.
Menyesal tak cari wedding plannner.
Baju pengantin untuk majlis sebelah lelaki baru saja fitting minggu lepas. Minggu ini akan ke Johor untuk fitting baju pengantin bagi majlis sebelah perempuan pula.
Mahu tak pening dengan kemunculan AES dibeberapa lokasi. Memaksa perjalanan ku menjadi lebih perlahan dari kebiasaan. Kurang 30-40% dari kelajuan biasa (Ops, tak boleh nak mention berapa laju bro bawa).
Kalau kena saman, sure lagi pening kepala ini.
Lain la ada yang nak sponsor bayar saman. Walaupun dalam bajet 2013 bukannya memberi manfaat sepenuhnya kepada bro.
Tak perlu kot nak pening-pening kepala.
Dah jodoh dapat orang Johor, terima je la. Johor ~ Perak, tak ada la jauh mana.
Sambil pening-pening kepala, sempat lagi bergambar sakan sambil usha pemandangan dari menara KLCC. Teringin nak naik sampai kemuncak KLCC.
Kredit gambar : Shakiddo
Bicara Bro : Tak semua yang kita rancang akan ikut seperti yang dirancang. Allah swt yang akan menentukannya.
Dan tak semua yang kita rancangan akan diikuti oleh orang lain. Mereka juga ada perancangan mereka yang tersendiri.
Rancanglah perjalanan anda, ingat orang yang tersayang.
takpe bro.. jauh perjalanan luas pemandangan.hehehe
Bro dah bosan dah drive ulang alik Johor ke KL.. Tiap balik hari lagi huhuu
lepas kawin akan rasa lega yang amat :)
harapnya macam tue la
Semoga segala urusan dipermudahkan ;)
moga macam tue la.. doa2 dari rakan-rakan amat diperlukan :)
teringin nak pijak kaki kat sana….huhu
Ada masa pijak la…
Bro harap ada event baru dapat lepak dekat level atas KLCC
dekat2 nak kawin ni memang rasa tekanan sikit.. bila dah kawin nanti, semuanya indah.. hari2 akan tersenyum je..
Harap macam tue la.. Ini pun kenkadang tersenyum sensorang juga nie…
selamat pengantin baru
Dari hari tue dok wish je.. Lambat lagi la
Bro, lepas ni bolehlah honeymoon dekat atas menara KLCC..
Mengabadikan cinta melihat pemandangan Malaysia dari bangunan tertinggi di Malaysia..hehehe
P/S: Sekadar cadangan tempat berbulan madu..
Amboi… Ok juga cadangan tue.. Itu pun kalau dorang izinkan bro naik tingkat atas pada waktu malam..
jangan risau bro..pening kepala sekarang, tapi akan jadi kenangan manis di masa depan. :)
Hope tak mereng la lepas kahwin nanti
tahniah bro
pemandangan indah dari KLCC,
Aku orang Perak juga. Wife orang Johor. Aik…. Apesal sama plak nih…..
Tak sama. Mu dah kahwin, bro belum lagi he…23x
semoga semuanya berjalan lancar..Insyaallah…
pss:naik motor tak kena AES bro… (naiklah Kawasaki Z800) hahaha
Tak pasti juga.. Sebab suami kenalan bro tue dapat saman AES walaupun tengah bawa motor, nampak aksi2 dia atas motor tue
wow!kalau naik motor pun kena AES juga tak tahulah…nampak gaya kena naik basikal je lah pergi opis…
mungkin boleh hantar perkara ini pada #tanyaNajib. kot2 najib bleh naikkn had laju..hahaha
Insya’allah, perkara baik allah akan permudahkan. :)
cantik bakal bini bro… semoga jadi suami yang soleh yg dapat membahagiakan isteri dan anak2 till jannah…
johor-perak mana jauh bro….
wah, pegi MPC tak bagi tau pun. :D
belum pernah lagi jejak kaki ke atas KLCC lg. abg ipar dok offer gk kalau nk naik jejantas sbb nk kena booking awal.
insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar…kita dah usaha sebaik mungkin pasti Allah akan membantu :)
assalamualaikum bro…tahniah yer bakal jadi raja sehari nanti….johor ke perak bukan la jauh pun dah jodoh ngan org johor nak buat mcm manakan…org johor cun n cantikkan…hehehhee..:)
tahniah..haha..jaga badan..jaga kesihatan..jgn sedap je melantak…:D
hoho..sempat lagi tu..