May 2, 2024

Canai Mamak Kuala Lumpur Di Banda Aceh

Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur

Bro baru tahu tentang satu restoran yang agak popular di Banda Aceh, Indonesia iaitu Canai Mamak Kuala Lumpur yang diusahakan sendiri oleh anak tempatan.

Restoran ini terletak di Jalan Teuku Umar No. 51 Banda Aceh.

Dari maklumat yang Bro terima, restoran ini berjaya mendapat tempat dihati pelangannya terutama bagi warga tempatan dan juga pelancong yang datang ke sana.


Kredit gambar – Tropic Travelers.

Lokasinya agak strategik sehingga mampu memberi gambaran suasana kedai mamak yang juga terdapat di Malaysia terutama di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun restoran ini lebih menyerupai sebuah kafe dan selalu menerima ramai oleh pengunjung terutama pada awal pagi hingga lewat malam.

Menariknya, di Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur menyediakan ruangan khas untuk wanita. Untuk memberikan keselesaan kepada para wanita tanpa gangguan maupun lirikan mata lelaki.

Pengasasnya anak tempatan yang sebelum ini berkerja di restoran mamak yang terletak di Damansara selama 5 tahun. Di situ beliau berkerja sambil berlajar dan kemudian berminat untuk membuka perniagaan sendiri di Banda Aceh.

Bermula dari gerai dibawah pokok sehingga beliau mampu memiliki sebuah restoran sendiri.

Memang terbaik….!!

Bicara Bro : Terasa macam nak mempunyai business restoran sendiri. Mungkin dari pengalaman Bro sebagai Assistance Supervisor merangkap waiter + bartender boleh digunakan untuk running perniagaan ini.

Siapa tahu kan. Semuanya bermula dengan niat, doa, usaha, iktiar dan tawakal.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Canai Mamak Kuala Lumpur Di Banda Aceh

    1. Pernah je. Bila bartender tak datang kerja (kerje shif, dan lagi sorang xlarat nak buat full shif) Sebab cafe yang wa kerja hanya ada satu bartender je dalam satu masa.

  1. slm,rasenyer ade yg salah info ni.tuanpunya restoran canai mamak kl di banda aceh adalah orang aceh sendiri,bkn org malaysia.cuma dia pernah bekerja di malaysia.

    1. info yang saya sertakan memang betul, cuma mungkin terdapat salah faham dari term “anak tempatan” merujuk kepada anak tempatan yang berasal dari sana. Bagaimanapun terima kasih sebab sudi meninggalkan komen di sini :)

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *