Typo - Tarikh Album Kahwin Awal Setahun

Selalunya orang melakukan kesilapan pada tarikh (terutamanya tang tahun) diawal tahun. Tapi berbeza pula dengan kes kali ini, kesilapan berlaku pada hujung tahun.

Apa kes nie Bro…??

Tak sabar nak tunggu kedatangan tahun 2014 ke?

Kes ini terjadi pada kenalan Bro yang baru menamatkan zaman bujangnya pada minggu lepas. Cetakan tarikh pada cover dvd gambar/video perkahwinannya terlewat setahun dari tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka.

Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kenalan Nurul Ain & Mohd Hanif. Dah lama kawan baru tahu nama sebenar. Tapi kenapa berbeza sangat dengan nama komersal sekarang?

Kredit gambar dan cerita : Typo My (jemput baca dan komen disana)