Bro tak pasti, apa masalah dua orang blogger jejaka ini.
Asal nampak awek nak bergambar dengan Bro, sure mereka nak menyelit juga dekat belakang. Ada banyak bukti Bro temui, cuma bukti ini yang paling jelas, nyata dan terang.
Tanpa kesan sampingan mahupun sentuhan photoshop. Kredit kepada Putery Memory
Jejaka yang Bro maksudkan adalah Fazrol Amer dan juga Khairul Anarm. Paling tak tahan bila dorang mengaku yang dorang ini kembar. Tak percaya? Meh baca di sini.
Walaupun status kita sama (yakni bertitle suami orang). Bro tahu korang jeles sebab ada awek sudi bergambar dengan Bro. Itu belum termasuk kejelesan korang pada perut lelaki yang boroi ini (perut Bro la tue).
Ini pula terjadi sewaktu menonton pementasan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Time nak bergambar dengan blogger Deq Noor, time tue la si Fazrol ini menyelit.
Dia cakap dia teringin nak bergambar dengan Deq Noor. Tapi dia segan.
Bicara Bro : Bila kita sudah bergelar suami orang, agak sukar untuk gadis datang menghampiri (sama ada untuk berbual atau bergambar).
Apa la ilmu yang diguna pakai oleh sesetengah pihak sampai boleh kahwin 2-3 orang. Adakah aura mereka terlalu kuat sehingga ada gadis datang menghampiri hidupnya?
Sekurang-kurang ada saksi. Ha..ha…
Saksi apakah itu? Tukang ambil gambar pun boleh dijadikan saksi. Terutama gambar yang diatas.
Kalau mampu dari segi zahir dan Batin, In Shaa Allah ada aura yang terpancar yang dapat menarik perhatian kaum wanita menghampiri lelaki tersebut.. Contohnya Salleh Yaakob dan Ustaz Azhar Idrus.. Duit ada dan berkarisma pula tu.. Memang menjadi perhatian gadis malaya… ;)
Tapi bro xnak jadi perhatian gadis malaya. Janda pun ok.. Mereka lebih perlukan pelindung dan seseorang yang mampu menarik mereka keluar dari fitnah mulut orang lain.
tip yang menarik…perempuan sekarang suka kahwin dengan suami orang tapi janji poket tebal….rupa letak tepi….terjamin hidup…!
Ok, kena pastikan poket tebal selepas ini. Tapi tak suka perempuan yang macam itu… T-T
Hampeh! menjadi bahan oleh bro.. xpa2.. ha ha..
Bukan selalu… Gua je xde orang nak bahan he..23x
best tak lawak ke der 3 bro..lepas ni mesti kuar dekat panggung kan..macam lawak ke der 2
Ok juga beb.. Dekat Escape dah keluar dah.. panggung? entah.. rasanya tak kot kali ini.
sekurang2nya xde yang fitnah bro..sekarang kan ramai yang cepat melatah tanpa tahu butir2 gambar tersebut….hehehhe….
Bro ok je kalau orang nak fitnah dengan perempuan, dari kena fitnah dengan lelaki.
Dan puan isteri paham perangai suaminya macam mana.. Tetapi suami terbaik dihatinya.
bro..jangan sesekali selitkan dlm hati dah berdua ke bertiga ke…hehehhe
Xde selitkan. Dah memang pahatkan pun.. Jika ada rezeki dan kemampuan + keadaan yang mengizinkan olehNya.
tumpang glamer lah tuh…hehe
Bukan dorang pun sudah glamer ke?
masih laku la tu. hehe
diorang ni memang takde kerja gayanya. haha..
Gua syak begitu la… Tapi sorang tue dah masuk paper dah.