Alhamdulillah,
Dapat juga Bro hadiri majlis perkahwinan sahabat blogger – Ariff Shah hari ini yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan, Bangunan Felda.
Tahniah dan selamat pengantin baru Bro ucapkan kepada Ariff Shah yang sah diijab kabulkan dengan gadis pilihan – Nur Zulaikha pada 22 Disember 2013.
Bro sampai seawal 12 lebih.
Pengantin berarak masuk pada pukul 12.30 tengahari (Kira on time la juga Bro sampai)
Pengantin diarak masuk ke dewan sambil ditemani oleh dayang-dayang yang comel terus ke pelamin. Malangnya Bro segan nak ke depan ambil pic depan pelamin (sebenarnya tengah makan dekat meja belakang).
Terdapat beberapa persembahan kebudayaan yang dibawa dari Kuala Kangsar.
Tidak lupa juga persembahan ghazal oleh Ayati Tasrip – penyanyi popular tanah air di era 90-an.
Malang lagi sekali menimpa,
Bro rasa ralat tidak bergambar dengan pengantin. Tapi sempat bersalaman dengan beliau. Waktu bersalam, terasa tangan dia berpeluh. Lalu Bro pun berkata,
“Awat tangan berpeluh ini? Nervous ek? Biasalah. 1st time kahwin memang macam ini. Masuk 2nd 3rd rasa macam nak masuk 4th pula”
Jangan lupa untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ariff Shah.
tahniah kepada pasangan..semoga bahagia dunia akhirat..
secocok sungguh,, tahniah buat pasangan ini.. moga berbahagia hingga ke jannah,, :D
Alahai. . Comelnye pasangan pengantin ni.. Bagai pinang di belah dua. . Sama cantik dan sama padan. ;)
amboi bro punya nasihat. Haha! Dah pernah rasa 2nd, 3rd and 4th ke? haha! ANyway, congrats Ariff Shah
Alhamdullilah, tahniah utk mereka..:) smeoga bahagia selalu..
ps: Lyeen nak jemput u olls untuk join Pencarian Bloglist & Review dekat sini
Tangan berpeluh tu perkara biasa.. Aku kahwin dulu berpeluh sampai ke kaki.. Haha..
Tanniah buat Ariff sudah pun menjadi ketua keluarga. :-)
tahniah dan selamat pengantin baru Ariff..haha..dgr kt bini dia tang kawen 2,3,4 tu, haru biru nnt bro..
tahniah buat kedua mempelai…..tu baru telapak tangan berpeluh…..
Tahniah Ariff….selamat pengantin baru…
Tahniah bro Ariff.. semoga kekal sampai kesyurga
hambooiii.. 2 3 4.. hahaaa
tahniah. akhirnya, kahwin juga dia ekk. haha..
tak leh dah kacau malam2 lepas ni.
Akak sampai lewat dari Bro agaknya. Tak dapat jumpa awak pun. Bro, akak pinjam gambar atas sekali, boleh?
Silakan kak…
Saya sampai kul 12 lebih.. 1 setengah dah chowww
salam,
terima kasih kerana sudi hadir pada majlis eka dan ariff…nak sembang pun tak dapat hari kenduri tu…maklumlah akak jadi penyambut tamu…kena tunggu kat pintu aje…tk sekali lagi syukri…:)