Rokok naik lagi berkuat kuasa malam tadi kepada RM12 bagi sekotak 20 batang rokok.
Pengeluar rokok, British American Tobacco Berhad (BAT Malaysia) dan JT International Berhad (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran syarikat masing-masing sebanyak RM1.50 hingga RM2 sekotak.
Banyak juga jumlah kenaikannya.
Ini menjadikan harga rokok seperti Dunhill, Kent, Winston, Salem dan Camel untuk 20 batang sekotak berharga RM10.50 hingga RM12 berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.
Menurut kenyataan kedua-dua pengeluar rokok berjenama di Malaysia ini, pihak mereka terpaksa menaikkan harga rokok keluaran masing-masing :-
- Ekoran berdepan dengan peningkatan cukai tembakau sebanyak 14 peratus oleh industri
- Saingan perdagangan rokok haram yang diseludup masuk ke Malaysia.
Kenaikan cukai tembakau akan naik dari masa ke semasa. Tiada kaitan pun dengan kenaikan harga pasaran minyak (kecualilah kalau nak bahan dalam rokok menggunakan RON95, RON97 atau Diesel he..23x). Dari duit cukai inilah bakal dinikmati oleh rakyat dalam bentuk BR1M (kalau dapat la kan)
Tang persaingan perdagangan rokok haram tue, memang tidak boleh dinafikan. Dalam dunia perniagaan memang akan berdepan dengan saingan sebegini.
Kalau pihak kastam, maritim mahupun pihak berkuasa dapat menumpaskan penyeludupan rokok haram, harga rokok tetap tak akan jatuh juga. Lagipun rokok haram xde jual secara terbuka seperti 7e, kedai mamak mahupun dalam pub/kelab malam.
Kalau warung dekat kampung-kampung tue boleh juga diterima.
Kenaikan harga rokok di negara ini dilakukan dalam tempoh empat bulan selepas BAT Malaysia dan JTI mengumumkan kenaikan rokok pada ke 3 Jun lalu.
Bicara Bro : Merokok tidak baik untuk kesihatan dan juga duit poket sendiri. Nak jimat, paw atau berkongsi rokok dengan rakan anda (sama dengan kempen kerajaan berkongsi kereta)
Kenapa kerajaan tak buat kempen berkongsi suami ek )dapat juga mengurangkan andartu, ibu tunggal etc.
naik pun masih ramai yang beli kan…hu3
Rokok dah macam benda wajib beli. Tak beli, tak isap rasa macam tak cukup oksigen la pulak
heeeeeee.. teman suka jea harga rokok naik.. baru lea sihat semuanya.. kikiki
Harga rokok naik xboleh jamin orang orang tak beli.. beli tetap beli
Harga naik macam mana sekalipun perokok tegar tetap akan beli..
Nampak gaya nak kena hisap benda lain.. :P
Hisap apa la tue ek? He..23x
Masalah akan ada lambakan rokok haram dipasaran.
He..23x lambakan rokok haram kena fikir juga apa puncanya terlalu banyak rokok haram boleh terlepas masuk…
Sebab permintaan tinggi dan harganya lebih murah.
Begitu juga kot dengan kes seludup minyak ke negara jiran
beli tetap beli.. ya itu bagi perokok tegar.. hehehe.. yang part last sekali tu tak menahan.. hahaha
berkongsi suami? haha..macam best aje..
He…23x akhirnya ada juga yang menyokong statement itu…
behenti rokok pun paling bagus….
cagangan bro kongsi rokok, macam ada pengalaman zaman sekolah je…heee
nak benteras 100% rokok tak bercukai memang susah rasanya, macam sedudup rokok keritik juga, berlanjutan.
Betul tu.. saya setuju dengan pendapat rakan-rakan…. Sebelum ini setiap kali kenaikan harga rokok saya ingat, rakan-rakan saya yang merokok akan berhenti membeli rokok… Rupanya tidak, malah ada tu makin rajin pula menghisap rokok… Jadi, bagi perokok tegar harga rokok naik atau turun tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus merokok…
Tapi tak tahulah kalau kerajaan nak buat kempen siapa berenti merokok baru boleh berpoligami… Mungkin ramai perokok sanggup menyahut seruan berhenti merokok…
zaman sekolah duduk asrama dulu selalu la berkongsi rokok…hehe
Sememangnya memang bagus naik harga rokok. Pendapatan negara pun meningkat lebih banyak dengan duit perokok tegar yang byk menyumbang kpd hasil negara. Jadi, kenanglah jasa perokok tegar. Hehe…
hahaha. Setuju part nak jimat kena kongsi dengan kawan macam kongsi kereta.
ala, harga rokok naik banyak mana pun perokok tegar ni memang tak kisah…janji ada rokok…huhu
Bagus juga harga naik. Yang nak hisap rokok, sila teruskan membeli. Jangan beli yang seludup punya sudah la. Kerajaan tak masyukk.
Lepas nie kalau nak tambah pendapatan negara naik je harga rokok ke rm15… rm20 pun takpe… boleh la cover hutang yang berbilion tu kan
harga rokok naik? bagus2… hihi^^