February 16, 2025

Kepuasan Tanpa Had Dengan Pelan P1 ForHome™

P1 ForHome™ Plan DeviceJom kita alami keseronokan tanpa batasan dengan Pelan P1 ForHome™.

Pelan broadband Kediaman ForHome™ 99 dan ForHome™ 149 menawarkan kelajuan sehingga 1Mbps dan 2Mbps dengan kuota tanpa had hanya pada harga RM99 dan RM149.

Tetapi promosi ini hanya ditawarkan dalam tempoh terhad.

Jika broadband anda selama ini mengecewakan anda bila kuota penggunaan telah habis sedangkan tempoh masa untuk kuota penggunaan di pulihkan (aka refresh) lambat lagi.

Berbaloi ke anda bayar untuk penggunaan sepenuhnya tidak sampai sebulan? Perlu ke anda bayar lebih untuk penambahan kouta penggunaan anda?

Pelan P1 ForHome™

Pelan P1 ForHome™

Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi.

Dengan pakej unlimited (tanpa had) bagi P1 ForHome™ Plan. Anda boleh melayari internet sepuas-puasnya tanpa perlu fikir tentang jumlah kouta penggunaan anda.

Bro sendiri akuiPelan ForHome™ tidak seperti pelan tanpa had yang ditawarkan di pasaran.

Heavy Users P1 ForHome™

Perbandingan pelan yang sedia ada di pasaran.

Bagi Bro 6GB sebenarnya tidak mencukupi untuk kegunaan seisi rumah. Sebab yang pakai bukan kita seorang sahaja. Dan bukan laptop sahaja yang dihubungkan sama.

Smartphone juga berkongsi WiFi. Budaya zaman sekarang ramai yang menggunakan handphone lebih daripada satu.

Power Users P1 ForHome™

Untuk pelan ini, P1 tidak mengehadkan penggunaan kuota (anda tidak perlu risau bila dapat menikmati keseronokan tanpa had), tidak mengurangkan kelajuan internet (fuhhh…!!) pada tahap penggunaan tinggi (boleh online sepuasnya pada waktu kemuncak).

Ianya juga tidak menyekat mana-mana aplikasi; atau mengehadkan waktu penggunaan kuota.

“Ini adalah Pelan Tanpa Had sebenar ditawarkan P1 sempena menyambut ulang tahun ke-5 kami.” kata CEO P1

Memang Pelan P1 ForHome™ ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-5 Packet One Networks (P1).

Pelan Kuota Tanpa Had ini tidak disertakan dengan perkhidmatan suara (panggilan) tetapi pengguna boleh menambah perkhidmatan ini pada harga yang minimal.

Bagi mereka yang mahukan broadband dengan khidmat suara, mereka masih boleh menikmati pelan penggunaan kuota tinggi berserta 300 minit panggilan percuma.

Kesemua Pakej Plan ForHome™ dilengkapi dengan modem wifi plug-and-play iaitu sambungan serta-merta dan broadband perkongsian tanpa pendawaian dan pemasangan. Ia juga merupakan broadband mudah alih yang membolehkan pengguna menggunakannya di sekitar kawasan liputan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.p1.com.my/forhome-unlimited-broadband/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Kepuasan Tanpa Had Dengan Pelan P1 ForHome™

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *