April 27, 2024

Bukan Susah Nak Masak Nasi Ayam

Nasi Ayam

Bukan susah pun nak masak nasi ayam.

Bro nak kongsikan cara untuk menyediakan nasi ayam seperti yang disediakan oleh isteri Bro.

Bro curi resepi isteri Bro sewaktu beliau masak tempoh hari.

Ayam direbus dalam satu periuk. Kalau rasa periuk tak cukup besar. Boleh potong-potong menjadi bahagian kecik.

Mungkin waktu anda membeli ayam dekat pasar. Mintak peniaga untuk potong 12 atau 18 (kalau nak nampakkan ayam itu banyak atau anda jenis seorang yang kedekut).

Rebus ayam tersebut kira-kira setengah jam atau sehingga nampak pati ayam keluar (pepandai je Bro kan)

Sewaktu menunggu, kita boleh sediakan bahan-bahan yang lain.
Beras Wangi Jasmine Sunwhite AAA Special
Untuk menyediakan nasinya pulak. Beras dibasuh seperti biasa (kecuali anda jenis tak reti nak masak nasi)

Bro menggunakan Beras Wangi Jasmine Sunwhite AAA Special.

Sebelum nasi dimasak, letakkan sedikit kunyit (sekiranya anda inginkan nasi berwarna kuning) dan masukan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan beras yang ingin anda masak.

Asingkan ayam yang direbus tadi. Pilih bahagian yang ingin anda goreng dan bahagian yang ingin dimasukan dalam sup ayam.

Ayam Goreng Kicap
Ayam yang ingin digoreng dibubuh kicap dan digaul bagi sekata kemudian digoreng.

Jangan lupa untuk sediakan supnya juga. Sup dimasak menggunakan baki air rebusan tadi dan bubuh sedikit garam.

Bagi sambalnya pula, hanya perlu blend cili dan tomato. Masukan sedikit garam dan gula untuk rasa (ikut selera tekak anda)

Nasi Ayam Masakan Isteri

Ok, dah siap. Selamat mencuba bagi suami-suami diluar sana :)

Bagaimanapun air tangan isteri yang paling power. Selain mengeratkan hubungan kasih sayang mampu menampakkan kebahagiaan teserlah pada perut anda.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Bukan Susah Nak Masak Nasi Ayam

  1. saya suka nasi ayam tapi tak pernah masak nasi ayam sendiri, tak reti rasa mcm leceh. tp ikut step yg bro bgtau nih, mudah fhm, hope dpt try buat 1 hari nti.

Leave a Reply to Bidadari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *