Bukan susah pun nak masak nasi ayam.
Bro nak kongsikan cara untuk menyediakan nasi ayam seperti yang disediakan oleh isteri Bro.
Bro curi resepi isteri Bro sewaktu beliau masak tempoh hari.
Ayam direbus dalam satu periuk. Kalau rasa periuk tak cukup besar. Boleh potong-potong menjadi bahagian kecik.
Mungkin waktu anda membeli ayam dekat pasar. Mintak peniaga untuk potong 12 atau 18 (kalau nak nampakkan ayam itu banyak atau anda jenis seorang yang kedekut).
Rebus ayam tersebut kira-kira setengah jam atau sehingga nampak pati ayam keluar (pepandai je Bro kan)
Sewaktu menunggu, kita boleh sediakan bahan-bahan yang lain.
Untuk menyediakan nasinya pulak. Beras dibasuh seperti biasa (kecuali anda jenis tak reti nak masak nasi)
Bro menggunakan Beras Wangi Jasmine Sunwhite AAA Special.
Sebelum nasi dimasak, letakkan sedikit kunyit (sekiranya anda inginkan nasi berwarna kuning) dan masukan air rebusan ayam tadi mengikut sukatan beras yang ingin anda masak.
Asingkan ayam yang direbus tadi. Pilih bahagian yang ingin anda goreng dan bahagian yang ingin dimasukan dalam sup ayam.
Ayam yang ingin digoreng dibubuh kicap dan digaul bagi sekata kemudian digoreng.
Jangan lupa untuk sediakan supnya juga. Sup dimasak menggunakan baki air rebusan tadi dan bubuh sedikit garam.
Bagi sambalnya pula, hanya perlu blend cili dan tomato. Masukan sedikit garam dan gula untuk rasa (ikut selera tekak anda)
Ok, dah siap. Selamat mencuba bagi suami-suami diluar sana :)
Bagaimanapun air tangan isteri yang paling power. Selain mengeratkan hubungan kasih sayang mampu menampakkan kebahagiaan teserlah pada perut anda.
bumper kedepan..haha..
bumper ke depan itu adalah signboard kebahagiaan…
waaa…sedap tue. boleh lah bro berkombinasi dengan che mat nanti. ^_^
Kalau dengan che mat, confirm che mat masak, bro yang kena makan. Dah lama xpergi rumah dia nie…
betul jugak tue kan. bro kan tetamu istimewa che mat..
Resepi Nasi Ayam tak mahu. Resepi Nasi Beryani Gam mahu. :-)
Satu per satu dulu ek :) tapi bro suka makan beryani gam dekat tempat bro.. ada awek cun…
adusss,,, kan dah mengidam memalam ni jadinya,, grrrr
Kalau muja mengidam xpe, bro xkisah pun he…23x
huhu..lpar suda..mna nk cri nasi ayam mlm2 mcm ni..huhu
Sedapnya… lapau jadinya..
Nampak sedap~ Woots~
wah nmpk sdap n xla susah mana
tak susah sebenarnya. hoho..
boleh try resepi nasi ayam nie…nampak simple tapi sedap….
ada eh orang tak pandai makan nasi? :)
Perghhh!!….ada kelasssss……
wahhh..tak pernah tahu buat….bila baca kat sini rasa macam wow, senangnyeee! balik sarawak kang insya’Allah nak try! hihi
assalamualaikum bro…wah best juga ni betul2 mengancam…:)
Memang tak susah pun.
Senang je.
Inilah masakan yang selalu dibuat pelajar luar negara kalau boring tak tahu nak masak apa? .. heheh ..
saya suka nasi ayam tapi tak pernah masak nasi ayam sendiri, tak reti rasa mcm leceh. tp ikut step yg bro bgtau nih, mudah fhm, hope dpt try buat 1 hari nti.
nyum2!! nasi ayam adalah salah satu kegemaran deno! tapi biasa makan kat kedai je .. hehe
Ha yang ni baru la lembut ayam tu. Ada orang masak dia goreng terus tanpa rebus ja. Tang sambal ramai yang ada resipi sendiri…