April 26, 2024

Nak Beli Rantai Mutiara RM300 Untuk Si Dia Dari MyiMart.com

Hari itu bro ada tergerak hati nak beli sesuatu untuk si dia.

Semasa bro berjalan-jalan mencuci mata di MyiMart.com, bro ternampak promosi Rantai Mutiara Borneo pada harga RM150 selepas diskaun 51% (harga sebelumnya RM308).

51% bukan satu nilai yang kecil.

Besar juga tue…!!!

Belek-belek akaun bank,, 2-3 kali selak. Erm…..!!! Sorry Darling, must cancel. Bajet tiada pula.

Kemudian terpandang tawaran di sebelahnya pula.

50% diskaun untuk Beltif Hotel Kuala Lumpur. Dapat RM68 untuk 2 orang.

Jadilah kan dari tiada.

Harga termasuk breakfast dan wifi.

Bro kalau tiada wifi terasa macam tiada kehidupan.

Tanpa melenggahkan masa, bro terus klik pakej ini.

Eh boleh bayar secara online. Guna bank yang ada di Malaysia lagi tue.

Dari Visa ke Maybank, CIMB dan RHB pun ada. Memudahkan pembayaran.

Bro dah buat pembayaran melalui CIMB Bank.

Sebab dalam akaun ini sahaja yang ada duit semasa ini.

Kemudian bro check dalam akaun bro untuk memastikan pembelian bro tadi berjaya. Mana tahu kot-kot ada kesilapan dimana-mana (Elok amik langkah berjaga-jaga kan).

Langkah seterusnya.

  1. Print voucher yang telah bro beli tadi.
  2. Bro hanya boleh redeem diantara 31 Mac 2012 hingga 14 Jun 2012
  3. Bro kena confirmkan penginapan seminggu sebelum tarikh yang bro book.

Ok done.

Tapi, bro nak bagi siapa pula voucher nie?

Apa susah, bagi kepada kedua ibu-bapa bro sudah la. Sekiranya dorang turun KL, boleh juga bermalam di sini.

Bicara Bro : Banyak lagi tawaran yang menarik untuk bro dan anda dapati dari MyiMart.com. Anda juga boleh layari laman facebook MyiMart untuk promosi terbaru.

Minggu lepas bro terlepas tiket tayangan perdana Titanic 3D dari MyiMart.com. Stress…!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Nak Beli Rantai Mutiara RM300 Untuk Si Dia Dari MyiMart.com

  1. dah kire oklah harga mutiara tu..but jgn sampai tertipu ye..ada juga mutiara tiruan..nak tahu tiruan ke tak..cuba kikis sikit mutiara tu guna pisau..and pas tu gosok guna tgn tmpt yg kene kikis..if takde calar or kesan..mmg ori..if berbekas..itu tiruan..belajar dari peniaga mutiara kat sabah..:)

    1. Hidup biasa2 je.. Tak kaya pun, cuma pandai cari discount dan beli bnde yg berbaloi je.

      Susah nk cari duit sekarang nie..

      If banyak projek masuk memang untung la….

Leave a Reply to all blacks Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *