Melaka, Bandaraya Bersejarah menjadi lokasi Bro berbulan madu bersama isteri tersayang.
Kenapa Melaka? Jawapan Bro senang je. Lokasi yang startegik di mana anda boleh menikmati semua keistimewaan Bandar Hilir dari pagi hingga ke awal pagi.
Hanya perlu berjalan kaki dan kawasan yang dilawati tidak jauh dari tempat Bro menginap.
Bro menginap di Hotel Seri Costa yang terletak di Bandar Hilir Melaka.
Lokasinya berdekatan dengan Muzium Samudera, Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan. Tak beberapa jauh dengan Mahkota Parede dan juga Bangunan Merah. Tetapi mengah juga bagi mereka yang tak biasa berjalan.
Jangan risau, Melaka salah satu bandar yang mengediakan perkhidmatan beca sebagai salah satu produk perlancongan mereka.
Lokasi yang terlalu dekat ini, tak memerlukan korang bawa kereta ke hulu ke hilir dengan tempat letak kereta yang terhad. Anda hanya perlu parking kereta berdekatan hotel dan anda berjalan ke lokasi yang ingin anda lawati.
Paling penting, rancang perjalanan anda dahulu. Nanti risau terpaksa berpatah balik atau pusing setempat. Pasti berpeluh-peluh anda dibuatnya. Peluh keluar tak apa, janji badan sihat.
Costa Suite menjadi pilihan Bro dan isteri.
Dengan harga serendah RM280 bagi satu malam (hari biasa) rasanya sesuai dan selesa untuk berbulan madu dengan isteri.
Masuk bilik susah nampak katil yang kemas rapi menanti kehadiran mempelai dua sejoli.
Ruang yang luas dan selesa bersertakan deco yang mampu memastikan anda ingin berehat dengan tenang selepas penat berjalan mengelilingi Bandar Hilir.
Pagi pasangan suami isteri (Macam Bro dan isteri), Costa Suite mengembalikan suasana romantik pada kali pertama bercinta pandang pertama.
Nampak si isteri tersenyum lebar je sewaktu memasuki kamar kami.
Ruang bilik mandi yang luas (alamak, Bro tiada gambar bilik air yang nampak ianya luas). Terdapat bilik untuk shower, tub-mandi dan juga ruangan sinky yang luas.
Dari kamar bilik, boleh nampak pemandangan Menara Taming Sari.
Untuk pengetahuan anda, Parking di sekitar Bandar Hilir adalah berbayar secara berkupon setiap hari termasuk hari cuti.
Maka jangan sesekali anda parking kereta merata-rata tanpa kupon. Risau dapat surat cinta dekat wiper kereta.
Anda boleh dapatkan kupon parking dari kaunter khidmat pelangan Hotel Seri Costa.
Mereka juga menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Ianya bagi memudahkan pelangan mereka berbasikal dari satu lokasi ke lokasi yang ingin mereka tuju.
Anda juga boleh dapatkan tiket untuk menaiki Menara Taming Sari dan Melaka River Cruiser.
Maka anda tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket dan menjimatkan masa anda sewaktu melancong di sana.
Selain Costa Suite, turut terdapat Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Executive Room, Family Room dan Executive Suite.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi :-
HOTEL SERI COSTA
Jalan PM 8, Plaza Mahkota,
75000 Melaka.
Tel : +60- 2816666 Fax: +606-2864931
KUALA LUMPUR SALES OFFICE
2nd Floor (CITI) Jalan Maktab 6
Off Jalan Perumahan Gurney
54200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-2698 3833 Fax: +603-2694 5104
Website : www.feldatravel.com.my dan www.hotelsericosta.com
pernah pergi masa rombongan politeknik. kecut perut naik menara taming sari.
selamat menyambut honeymoon ah bro..
Moga kekal utuh masjid yang dibina..
tak pernah menyewa di hotel ni.huhuhuhu
bestnya.. untung bro eh..
ohh..baru honeymoon kah?
Baru ada masa. Masing-masing bz…
bila tengok gambar melaka bro, teringat gambar melaka kami tahun lepas..habis semua hilang..terdelete..tanpa backup kt tmpt lain..sobsssss nk kena pegi melaka lg lah ni..
Honeymoon kali keberapa ni Bro?
Akak dulu sekali dpt jugak surat cinta kat Bandar Hilir tu.
Thanx bro ttg komen kat blog zz.. :) bgs entri.. ske org wat review pasal jalan2..
wahhh… takpe.. honeymoon la puas2 ekkk..
Honeymoon ni di sponsor ke Bro?
eh second honeymoon ke ni? haha
menarik tertarik