April 25, 2024

Jom Cuba Cendol Behrang

Jom cuba rasa cendol Behrang.

Seronok selak paper kosmo hari ini ternampak pulak artikel mengenai cendol Behrang.

Behrang…??

Tue la kampung halaman bro di Perak.

Bermula dari bawah pokok mangga, sekarang dia mempunyai satu lot kedai yang tidak jauh dari tapak lama.

Kalau nak rasa, meh datang ke Behrang Stesen, Tanjung Malim, Perak

Cendol dia memang terbaik walaupun gerai kecik je. Dari bro sekolah sampai la bro dah tak sekolah, masuk u sampai kena keluar u dan kerja sekarang nie.

Last lepak sana sebelum puasa hari tue bersama rakan blogger veteran bro iaitu sudara Nizam Sani.

Apa yang korang nak tahu, baca sendiri artikel di Kosmo ini.

Bicara Bro : Dulu bro selalu lepak gerai cendol nie, sebab lokasi bawah pokok mangga, banyak awek selalu lalu lalang sana & member bro kerja sana.

Dorang sekarang semua dah berkeluarga.

Kenkadang bosan gak hujung minggu tak tahu nak buat apa. Korang ada apa-apa cadangan aktiviti hujung minggu tak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Jom Cuba Cendol Behrang

  1. setiap kali nak balik U mesti je lalu behrang station tu tapi tak perasan pulak ada kedai cendol. should try la one day :)

    1. bro masa berlajar dekat ipoh.. dekat masjid negeri.. ade pakcik jual cendol naik basikal…

      jenis parut ais pakai tangan lagi… memang terbaik la cendol dia…

      tak tahu apa cerita dia… tapi ada sekali jumpa dia.. die dah guna mesin he..23x mantap… tapi tetap naik basikal

  2. adakah sesedap cendol Dataran Keris?? hehehehe biasa rasa nya seakan sama, cuma skill yang berbeza.. Ada penjual suka meletakkan sedikit susu cair, ada yang di tambah sedikit garam dan gula ke dalam santan supaya lebih lemak.. Apa pun cendol memang popular pada masyarakan Malaysia amnya..

Leave a Reply to farhan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *