December 12, 2024

Murid Tahun Empat Ketua Geng Pecah Rumah

Murid Tahun Empat Ketua Geng Pecah Rumah

Murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang berusia antara 12 hingga 14 tahun.

Mereka disyaki memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas.

Sumber polis berkata,

Semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa.

Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga.

Semua suspek direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Bicara Bro : Fuhhh…!! Power jugak dorang nie. Kecik-kecik lagi dah power.

Nie baru pecah rumah. Kalau pecah amanah atau pecah anak dara orang macam mana. Budak-budak sekarang dah makin advance.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Murid Tahun Empat Ketua Geng Pecah Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *