March 29, 2024

Korang Pakai Hand Phone Apa?


Boleh dikatakan dalam tempoh beberapa tahun ini, terdapat perubahan terbesar dalm teknologi telefon bimbit dan hampir menjadi salah satu gadget yang wajib dimiliki oleh semua orang.

Dengan harga yang murah, semua orang mampu miliki

Tertibe bro teringat semasa tahun 2007 bro terlibat dengan workshop mengenai teknologi mobile (handphone) dari MCMC – SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) di Cyberjaya

Antara perkara yang diperbincangkan adalah mengenai generasi telefon bimbit.

Dan di sini bro kongsikan serba sedikit mengenai generasi telefon bimbit yang perlu anda tahu.

Generasi Pertama

Handphone yang hanya boleh menerima pangilan dan membuat pangilan. Dan menghantar pesanan ringkas (sms)

Zaman-zaman, baling hp kat anjing pun boleh mati punya

Generasi Kedua

Handphone dari generasi ini membawa teknologi ini ketahap yang lebih tingi dan menyebabkan ianya menjadi salah satu keperluan wjib yang perlu di miliki. MMS, GPRS dan paparkan berwarna termasuk nada dering yang lebih berkualiti (polyphonic).

Zaman yang banyak nada dering di beli dan di downloadkan dalam telefon.

Generasi Ketiga

Bila fasa 3G bermula. di mana boleh kita boleh membuat panggilan video antara pengguna telefon bimbit dari generasi ini. Mempunyai applikasi untuk melayari internet dan menyimpan data pengguna. Dan ianya merupakan perintis kepada teknologi smart phone sekarang.

Generasi Keempat

Dan kebanyak smart phone yang anda miliki sekarang (jika ada) seperi Black Berry, iPhone etc. Siap boleh touch screen bagai.

Bro nak cakap banyak pun tak reti sebab time tue dorang hanya ceritakan sehingga Generasi ke-3 sahaja

Bagaimana dengan hp korang sekarang..??

Boleh kongsikan jenis telefon anda bersama bro dan sertakan sekali keistimewaan hp anda [contoh: baling anjing xmati / baling dinding pun tak risau]

Bicara Bro : Bro menggunakan hp generasi ke-4 dari Nokia yang bro miliki secara percuma.

Hope ada pihak yang sudi memberi hp secara percuma kepada bro. Target Nokia N8

Next week, jika tiada halangan. Bro akan menghadiri Seminar Online Presence : Your Gateway To Success di Pulau Pinang, anjuran SKMM

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

54 thoughts on “Korang Pakai Hand Phone Apa?

  1. hp kin yg dulu nokia apa ntah lupe.tp yg lame punya la,screen colour(generasi kedua rasanya)..dah kene baling mati skejap idup balik…mati den idup balik…sampai dah berikat dengn getah dah sbb penutup blkang de hilang.sadis!skng ni adek yg pakai…skng pakai 6120c dah 2 tahun dah.tetap setia dgn nokia :)

    1. waduh.. baling ek.. selamat panjang umur hp tue kan… walaupun jangka hayat bergantung dengan getah he…23x

      susah nak cari mereka yang masih setia dengan nokia

    1. CSL bukan buatan malaysia.. Dari China. Kualiti ok je… cuma dia tiru sebijik cam telefon yang sudah ada di pasaran..

      takat untuk bergaya, apa salahnya..

      if hilang pun xde la nak meraungkan he…23x

      tetapi hati2 juga.. coz ada yang celup punya

  2. Guna telefon second-hand, k750i. Sekarang ni, dah nak hancur. Memory card dah patah. lul. kadang-kala, nak telefon orang tak lepas. Jadi, setakat guna untuk main permainan java je lah. haha

  3. 1st skali guna hp nokia 3310..
    pastu sony w810 then kena curik kat hostel, tukar w610 tapi termasuk dalam laut,beli nokia express music tak ingat model…jatuh dari poket time naek moto…
    banyak betul lost handphone…….
    skrg guna hp murah je huhuhu

    1. waduh. betul2 banyak kenangan nie ek

      bro hp yg pernah hilang pun 3310 time tue satu hp pun harga RM4++ lagi.. aduhai

  4. baru je tukar hp semalam..hehe =P

    pernah pegang yang generasi pertama sebab ayah ada guna..tapi masa tu tak reti guna, pegang jer..

    generasi ke 2 pun penah pegang..hehe

    yg ke 3 dan ke 4 sendiri punya..hehe

    1. sekarang ada pakai nokia model baru x zack..?? if pakai nokia… ade x ovi store dalamnye :)

  5. Bro

    Mula mula guna Ericson Hotline (Besar macam handbag/bateri kereta)
    Lepas mula guna handphone kecik
    1. Nokia Mobira
    2. Nokia 2110
    3. NEC BX
    4. Motorola – batubata dan kapalselam
    5. Sony Ericson – Body besi/aluminium
    6. Samsung – kecil dan katek
    7. Alcatel – warna kuning
    8. Nokia pisang (tak ingat model nombor ugak)
    9. NOKIA 8810
    10. Siemens – LCD warna yang pertama
    11. NOKIA N80
    12. NOKIA Communicator
    13. NOKIA 6300
    14. Iphone 3Gi-s
    15. Iphone4 and Blackberry and NOKIA C6-01 – sekarang
    16. Masa depan (mungkin guna public phone – he he

    1. peh nie betul2 dah lama menggunakan hp… nk tnye leh…

      hp nokia msih pakai lagi x..?? ada function nokia ovi store x..??

    1. die punye ade ovi store kan… Phreak… leh kan seketul download.. leh kan he..23x leh la

Leave a Reply to fendidahada Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *