Sejauh mana anda sayangkan negara sendiri, yakni Malaysia?
Setiap tahun melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tetapi merdekakah kita?
Adakah kita rela tanah air kita dijajah lagi? Atau membenarkan ianya tergadai ditangan mereka yang tidak bertanggungjawab?
Jangan jadikan fahaman politik, warna kulit, agama & bangsa memecah belahkan perpaduan kita semua.
Tanam Sifat Patriotik Dalam Diri Anda!!
Kita sebagai rakyat, mengiktiraf bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah Undang-undang Tertinggi Persekutuan, mesti menggesa dan menuntut komitmen penuh kepada kebebasan institusi dalam demokrasi Perlembagaan kita.
Kita sendiri melihat sesetengah wakil rakyat yang kita pilih meremehkan nilai-nilai yang dihargai ini hampir di luar titik penebusan.
Adakah ini yang dimaksudkan dengan “PERLINDUNGAN” perlembagaan?
Satu contoh
Apabila negara kita dirompak oleh pencuri, pihak berkuasa mesti bertindak. Ia harus menjadi kes sederhana antara pencuri dan polis, undang-undang dan tertuduh. Namun ia dipolitikkan.
Kenapa bukan ahli politik dan pihak berkuasa mempertahankan Perlembagaan? Apabila terdapat kecurian sumber negara, kita mesti mempertahankan negara. Apabila kita diserang, kita mesti mempertahankannya.
Itu sepatutnya menjadi tanggungjawab utama kita kepada negara.
Kita seharusnya menghormati dan menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan untuk memastikan ia dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.
Ayuh…!!! Kita laungkan suara dan bendera kita sebagai tanda kesetiaan kita kepada Perlembagaan dan Negara.
Jangan segan dan jangan gentar! Bangkitlah Malaysiaku! Kibarkan jalur gemilang anda! Jom kita beramai-ramai berkumpul di Mines Exhibition Centre (MIECC) pada 21 April ini bagi memeriahkan lagi forum tentang patriotik dan jalur gemilang.
Masuk adalah PERCUMA.
Anda hanya perlu memuat turun tiket di laman web www.jalurgemilang.org sekarang.
Bagaimanapun anda perlu FAHAM TERMA & SYARAT yang ditetapkan oleh pihak penganjur :-
- Ianya bukan acara parti politik.
- Tiada dibenarkan memakai t-shirt, bendera atau menyanyikan lagu / nama mana-mana parti politik (kerajaan / pembangkang)
- Jaga kelakuan & pakai pakaian yang sopan sekiranya tak nak diiring keluar / dilarang menyertai seminar ini.
- Tidak dibenarkan membawa senjata mahupun dadah.
Anak-anak muda kena atttend program macam ni supaya lebih cinta kan negara dan faham makna kemerdekaan. Dulu masa belajar puas kena basuh dengan program macam ni. Bagus sangat untuk pupuk dan tanam perasaan sayangkan negara.
Bagus acara seperti ini diadakan kerana anak2 muda skrg kurang nilai patriotik dalam diri mereka. Hopefully ramai anak2 muda dtg n menyokong event seperti ini
Jom join.. Bawak anak2 sama terapkan semangat cintakan malaysia dalam diri anak2 kite..
Terima kasih atas perkongsian Bro. Siapa yang tak sayangkan tanah air sendiri. Mestilah sayang. Macam best jer forum tu. Kalau berkelapangan bolehnlah pergi.
saya tak dapat pergi bukan bermakna tak beri sokongan..
saya beri sokongan dari jauh sebab terclash pula dengan staycation..
apa pun dah nampak macam tahu sahaja sape yang akan memerintah akan datang.. weee
Cintai Malaysia, negaraku! Tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia :)
Event macam ni memang bagus untuk menerapkan semangat patriotisme ni. Bukan setakat nampak orang Malaysia masa travel ke luar negara ajer dah happy (akak la tu) tapi lebih menyeluruh. Siapa yang tak sayangkan Malaysia kan?.
panel yg bagus.
gonna be great la forum tu nanti.
menjelang PRU ni, need to teguhkan semangat patriotik kita semua.
Bro, I planning to go too for the love of my country. Will ask my friends and family members to join me there.
Program macam ni perlu di perbanyakkan especially promosi dikalangan generasi muda dan pelajar2 sekolah baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah..semoga Forum berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tka diingini..
Anak-anak muda perlu join acara yg tak bias macam ni, bukan follow menkhinzir buta ja. Kena faham perkataan patriotik macam mana, kena tanam dalam-dalam semangat patriotism di hati jiwa raga limpa.
Terua rs berjiwa patriotik hahaha. Bagus sebenarnya klu bw satu famili dtg kat sini
Hebat mana pun negara orang, Malaysia juga terbaik. Kena sama sama tanam semangat patriotik pertahankan kedaulatan negara. Kena sama sama mengembleng tenaga bersatu hati mempertahankan Malaysia tercinta. Bagus ada forum patriotik ni sebab ia dapat membantu generasi muda menanam semangat patriotisme dalam diri
kena tanam sifat patriotik dalam diri masing-masing dan juga keluarga lain. Barulah negara terjaga. Macam syok je event ni..nak register gak la..bro pegi tak?
Semoga forum ini mendapat banyak sambutan oleh orang luarkan. Bagus sebenarnya adakan forum sebegini. Atleast rakyat tahu apa yang terjadi pada negara kita sebenarnya.
Wahhh bersemangatnya Bro. Ya lah..kalau kita sendiri tak cintakan negara kita..sape lagi ya tak?
Cuma sayangnya sis tak leh join event tu sb ada clash gan event lain..kalau tak sure sis pakai baju jalur gemilang
Wah semangat patriotik ni bro!
Kalau dekat dah lama join…seronok dapat join talk mcm ni…teringnya nak join!
Forum yang bagus untuk Rakyat Malaysia agar sentiasa cintakan negara. Malah tak tertumpu pada bulan Kemerdekaan acara macam ni. Baru lahhh seronok. Semoga event ni terus suksesssss.