Belia dikategorikan dari kalangan mereka yang berumur 18-40 tahun.
Banyak usaha telah dijalankan oleh kerajaan ataupun badan NGO dalam memperkasakan golongan belia yang sedia ada di Malaysia.
Bro hanya ingin menyentuh isu kesukarelawan yang diterapkan dikalangan belia masa kini.
Tidak dinafikan bahawa perubahan sekeliling mempengaruhi belia yang sedia ada dalam memperkembangkan ideologi sukarelawan.
Ramai diantara mereka lebih selesa berada di depan komputer/laptop untuk melakukan aktiviti secara online.
Tidak lupa juga dengan kecangihan teknologi memaksa belia lebih banyak menghabiskan masa dengan hp masing-masing bertemankan facebook, twitter, blog dan sebagainya.
Justeru itu,
Amat sukar untuk melihat penglibatan golongan belia secara besar-besaran sebagai sukarelawan bagi memenuhi keperluan masyarakat masa kini.
Tetapi,
Dengan kewujudan laman sosial yang sedia ada, kita masih berperluang untuk melihat penglibatan belia sebagai sukarelawan siber.
Melalui teknologi ini,
Segala maklumat boleh didapati dihujung jari. Dan semuanya boleh disebarkan dengan hanya satu klik.
Tetapi berapa ramai belia kita yang sudi berkongsi maklumat yang berguna kepada masyarakat?
Asik dengan kisah artis, gosip dan maklumat yang tidak mampunyai bukti yang sahih dan boleh disahkan.
Bro amat hargai usaha sesetengah belia dalam menjaga dan prihatin kepada permasalahan didunia siber. Seperti mangsa buli siber, penyebaran maklumat yang salah dan sebagainya.
Melalui golongan sukarelawan siber, memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan melalui maklumat dan laporan yang disalurkan kepada mereka.
Dengan ini dapat mengurangkan beberapa kes yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Sedangkan ianya memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang.
elok sgt tu
jom kita semua berganding bahu
membasmi budaya samseng dialam siber ni
bro sudah bermula…
jom reramai
bukan blog gosip.. :D
bagus.. blog deq noor pun best ape :)
tak suka gosip..
tu hanya nak traffic je..
lebih baik cerita tentang pengalaman sendiri kan bro
Yup betul tue tyka….
trafik banyak pun, tapi tambah dosa duniawi… kira sendiri la ek
GK skrg ni cuba menulis mengenai bidang kerja GK iaitu berkaitan dengan dadah…
ada beberapa entry telah ditulis antara yang terbaru adalah APA ITU HIV AIDS
GK fikir apa salahnya kita share something yg orang xtak tau kebetulan plak kerja dalam bidang macam ni.
Dan cuba teka selalunya entry macam ni tak ramai yg nak membacanya…
Memang xramai orang akan baca.. tapi dari masa ke semasa tetap ada orang yang membacanya…
Trafik blog bro beribu pun sebab entry bro sebelum ini, masih ada lagi yang baca
Tadi tgk bro live kat online…. Syabas & tahniah bro…. :-)
Wah tengok online ek.. tapi lagi best tengok live… boleh makan mcd…
Thank nurul
Nak wat camne.. janji ngan org tp x dapat pergi..
tak minat pasal gosip..
bagus la…
minat baca je psl gosip..tp xde minat nak berblog..sbb x sure btol ke x benda tu..
berblog je pasal diri sendiri…
ok ape kan :)
Kalau bro tahu, bro dah punggut Nurul awal2
semuanya di hujung jari
Mungkin akan datang dah tak perlu guna jari :)
Betul tu bro… gunakan platform yg sedia ada, dan secanggih yg ada untuk kebaikan skrg dan utk masa hadapan.. thanks bro. banyak idea dpt bila dapat jumpa bro td..
Sama-sama…
Idea ape la tue ek…
If ade pe2 just tegur je bro.. tiada masalah…
If rasa nak buat cam santai2 cam tue pun boleh… tiada hal punye
blog Jay lebih bnyak mengenai hidup Jay je..:)
jangan jual gosip sendiri sudah la ek he..23x cam bro xpe
bro xperlah..mcm Jay ni nak jual gosip diri pun xlaku..hahahaha
betul tu bro..dulu blog sy byk psl hiburan semata2..tp rasanya nk berhijrahlahh..hope blog sy blh bg manfaat kpd masyarakat..
Bagus la cam tue.. ini yang kita nak.. if nk buat hiburan boleh.. tapi terkawal la ek
Aisehhh…taun dpn aku dh masuk kategori lain dh ni bro….he3x!!!
Boleh je.. elok pelbagaikan kategori.. nanti senang he..23x
jangan fokus pada satu kategori