April 26, 2024

Nasi Lemak Sotong di Anjung Embah Syukur, Parit Raja, Johor

Nasi Lemak Embah Syukur, Parit Raja, Johor
Sewaktu bercuti pulang ke kampung mertua.

Puan Isteri mengajak Bro keluar makan malam menikmati hidangan menarik yang disajikan di Restoran Anjung Embah Syukur yang terletak di Taman Universiti berdekatan Parit Raja, Johor.

Antara menu yang terdapat disini adalah Nasi Lemak, Nasi Oksigen, Mee Kari dan Sup Gearbox



Dan apa yang Bro boleh katakan.

Memang berbaloi bila dapat menikmati sesuatu yang enak dan menarik yang mampu memikat selera Bro ketika itu. Semestinya nasi lemak.

Apa sebenarnya yang menarik tentang Nasi Lemak yang terdapat di Anjung Embah Syukur ini?

Nasi Lemak Anjung Embah Syukur, Parit Raja

Nasi Lemak Embah Syukur, Parit Raja, Johor
Di Restoran Anjung Embah Syukur popular dengan nasi lemaknya.

Dari nasi lemak telur mata, nasi lemak ayam sehingga ke nasi lemak sotong. Boleh nampak warna hijau pada bahagian “puncak” nasi lemak ini.

Rasanya tengah trending nasi lemak yang rupanya macam nie (tapi macam Bro terlepas keretapi api je nie)

Dibuka pada waktu petang sehingga lewat malam.

2x Bro datang ke sini (kali pertama lalu sahaja, kali kedua baru singgah makan). Seawal pukul 10 malam, menu yang disajikan habis.

Disebabkan kelaparan, Bro terlupa nak amik gambar kedai dan suasa dalam kedai.

Tapi memang selesa dan santai juga makan dalam kedai berbanding dengan luar kedai. Di mana kerusi dan mejanya mengimbas kembali sewaktu makan di kantin sekolah he…23x

Nasi Lemak Sotong – RM9

Nasi Lemak Embah Syukur, Parit Raja, Johor
Dalam banyak-banyak menu yang disajikan.

Bro lebih terpikat dengan Nasi Lemak Sotong mereka.

Bro mati-matikan dapat nasi lemak sambal sotong dan sotongnya dipotong kecil. Tetapi sebaliknya pula yang tiba dihidangkan atas meja kami.

Memang waktu itu Bro dan puan isteri agak teruja.

Besarnya sotonnnngggggggg….!!!

Memang terasa nikmatnya, Bro banyak menyepi sambil menikmati nasi lemak sotong ini. Tak pandang kiri kanan he…23x

Sotong yang besar ini disertakan sekali dengan gunting. Gunting ini bukan untuk dimakan, tetapi digunakan untuk memotong sotong tadi bagi memudahkan anda menikmatinya.

Harnganya hanya RM9 sahaja.

Tambah telur mata, just RM 10 (Bro order yang ini)

Sekiranya anda teringin nak menikmati nasi lemak waktu malam dan berada berdekatan, anda boleh mai ke :-

Anjung Embah Syukur

No. 24, Jalan Universiti 4, Parit Raja,
86400 Batu Pahat,
Johor

*********************************************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Nasi Lemak Sotong di Anjung Embah Syukur, Parit Raja, Johor

  1. Tahun ni dah 2 kali saya pergi Parit Raja… tahun lepas pun dua kali saya pergi ke Parit Raja.. tapi tak tahu pula ada tempat makan best ni…. kalau tak boleh singgah hari tu… huhuhu..

  2. Lepas tu on the way balik ikut highway… singgah sir hitam beli putu bamboo.. dekat situ ada orang jual goreng pisang tanduk dengan sambal kicap… memang sedap betul… rasa rugi hari tu tak beli banyak2 buat bekalan mkn dalam kereta…

Leave a Reply to haffizuliskandar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *