17,161,609 total views, 2,175 views today

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi NikahTragedi banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan Disember 2014 boleh dikatakan banjir terteruk abad ini.

Terdapat laluan di beberapa daerah terpaksa ditutup untuk kenderaan kecil dan berat berikutan paras air terus meningkat.

Bagaimanapun ianya tidak menghalang pasangan mempelai ini untuk menamatkan zaman bujang mereka walaupun ditimpa musibah sebegini.

Pengantin lelaki ini merupakan abang kandung kepada kenalan facebook Bro merangkap rakan blogger juga.

Jika diikutkan, mereka sepatutnya diijabkabulkan pada 26 Disember tetapi ditunda ke 29 Disember disebabkan oleh banjir besar yang melanda Daerah Tumpat, Kelantan ketika ini.

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Akad nikah sepatutnya diadakan di kg Telok Jering (sebelah perempuan) tetapi terpaksa menumpang di masjid kg. Palas Merah (kampung sebelah).

Nak ke sana, pengantin terpaksa menaiki bot meredah air banjir untuk ke kampung sebelah.

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kedua-dua mempelai. Begitu juga dengan rombongan pengantin dan ahli keluarga.

Seminggu lebih kejadian banjir melanda daerah ini menyebabkan keluarga pengantin perempuan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di S.K. Bunohan.

Bunohan?

Macam pernah dengar saja nama ini.

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada pengantin lelaki, Zainuddin b. Abdullah dan pasangannya Nur Fadilah b. Ismail semoga berkekalan ke anak cucu.

Bagi rakan-rakan yang ingin mendirikan atau menamatkan zaman bujang anda, jangan lupa memahami personaliti pasangan anda!

Bicara Bro : Dengar cerita pengantin lelaki berumur 28 tahun manakala pengantin perempuan pula berumur 21 tahun.

Jarak umur lebih kurang macam Bro dengan puan isteri je he…23x Ok Bye….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 thoughts on “Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

  1. Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan. Pengalam yang tak boleh dilupakan oleh mereka.

    pssstt: Disember 2014 ke 2015? hehehe…

    1. Ops he…23x nampak kan ketidak sabaran Bro nak ke 2015 tue

  2. Barakallahuma buat psgn pengantin..bro ada jgk ke di majlis tu?

    1. Oh tidak…. Bro ada dirumah, jaga Baby Fisha

  3. Pengantin lelaki itu abang saya! tq Bro menerbitkan entry ini. memang pengalaman yg tak boleh dilupakan. satu sejarah tercipta dlm family kami…. hihi…

    1. Nampak bezanya rupa abang Jaa sebelum dan selepas diakad nikahkan he…23x

  4. kalau dah jodoh tu banjir pun ter ijab & kabul jugak.. mesti kisah kawen dorang jadi ingatan sepanjang hidup

  5. Alhamdulillah… tahniah buat pasangan pengantin.. ujian yg melanda tidak menjadi penghalang hasrat mulia mereka.. Semoga berbahagia hingga ke syurga… aamiin.. 🙂

  6. perrgggg.. mesti tarikh dan moment ini akan menjadi kenangan terindah buat mereka…

  7. tak kisah kawen dekat mana pun. yang penting semoga berbahagia untuk pasangan. ini akan jadi kenangan sehingga akhir ayat. semoga tabah untuk hadapi musibah banjir

  8. Kalau dah jodoh….
    lautan bah pun ku redahi jua….hehe

  9. mesti moment macam ni akan diingat sampai bila-bila kan bro…apa-apa pun…tahniah kepada mereka…

  10. akan menjadi kenangan paling indah selepas ini..bagi aku kedua-dua pasangan ini sungguh tabah…sanggup langsung perkahwinan walaupun dalam keadaan serba kekurangan

  11. Gua rasa ni akan jadi kenangan terindah dalam hidup dia,beruntungnya walaupun kena mushibah banjir,tidak semua orang akan dapat peluang macam ni,tapi alhamdulillah keluarga mereka selamat..,amin

  12. Dugaan nak mendirikan masjid.. Semoga berkekalan jodoh mereka hingga ke syurga.. Amin..
    RosmizaAliDotComâ„¢

    1. Ya. Dugaan ditempuhi dengan sabar. In Sha Allah, akan diberkati sehingga hujung nyawa.

  13. Pergh. Ni memang akan diingatilah. Banjir besar di Pantai Timur banjir yang banyak ragut nyawa dan kemusnahan harta benda.

    1. disebalik kisah yang pilu ada juga kisah-kisah gembira untuk banjir kali ini

  14. Suatu pengalaman baru….

  15. Pengalaman yang unik untuk pengantin akan kekal didalam ingatan.

  16. setiap dugaan mesti ada hikmahnya…

  17. tahniah pada pngantin..
    walaupon banjir tak mghalang utk bernikah.. alhamdulillah selamat keduanya

  18. besar betul dugaan mereka kan. tapi alhamdulillah selamat diijabkabulkan. ^_^ abang kepada blogger? siapa blogger tue?

Leave a Comment