March 28, 2024

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi NikahTragedi banjir yang melanda pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan Disember 2014 boleh dikatakan banjir terteruk abad ini.

Terdapat laluan di beberapa daerah terpaksa ditutup untuk kenderaan kecil dan berat berikutan paras air terus meningkat.

Bagaimanapun ianya tidak menghalang pasangan mempelai ini untuk menamatkan zaman bujang mereka walaupun ditimpa musibah sebegini.

Pengantin lelaki ini merupakan abang kandung kepada kenalan facebook Bro merangkap rakan blogger juga.

Jika diikutkan, mereka sepatutnya diijabkabulkan pada 26 Disember tetapi ditunda ke 29 Disember disebabkan oleh banjir besar yang melanda Daerah Tumpat, Kelantan ketika ini.

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Akad nikah sepatutnya diadakan di kg Telok Jering (sebelah perempuan) tetapi terpaksa menumpang di masjid kg. Palas Merah (kampung sebelah).

Nak ke sana, pengantin terpaksa menaiki bot meredah air banjir untuk ke kampung sebelah.

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kedua-dua mempelai. Begitu juga dengan rombongan pengantin dan ahli keluarga.

Seminggu lebih kejadian banjir melanda daerah ini menyebabkan keluarga pengantin perempuan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di S.K. Bunohan.

Bunohan?

Macam pernah dengar saja nama ini.

Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada pengantin lelaki, Zainuddin b. Abdullah dan pasangannya Nur Fadilah b. Ismail semoga berkekalan ke anak cucu.

Bagi rakan-rakan yang ingin mendirikan atau menamatkan zaman bujang anda, jangan lupa memahami personaliti pasangan anda!

Bicara Bro : Dengar cerita pengantin lelaki berumur 28 tahun manakala pengantin perempuan pula berumur 21 tahun.

Jarak umur lebih kurang macam Bro dengan puan isteri je he…23x Ok Bye….

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Tragedi Banjir Disember 2014 : Pengantin Naik Bot Pergi Nikah

  1. Gua rasa ni akan jadi kenangan terindah dalam hidup dia,beruntungnya walaupun kena mushibah banjir,tidak semua orang akan dapat peluang macam ni,tapi alhamdulillah keluarga mereka selamat..,amin

Leave a Reply to zarul farhana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *