You are here
Home > Bersama BroFramestone > Buat Pemeriksaan Kesihatan Percuma Bersama KPJ Rawang

Buat Pemeriksaan Kesihatan Percuma Bersama KPJ Rawang

Pemeriksaan Percuma KPJ Rawang
Hujung minggu macam biasa, pasti Jusco Rawang menjadi pilihan kami sekeluarga.

Ke mana lagi kami nak pergi luang masa sekeluarga sambil shopping barang dapur, nak rasa makan sedap sikit dan menghabiskan duit seadaan kalau bukan dekat sini he…23x Gurau aja.

Kali ini, ada disediakan booth dari KPJ Rawang bagi sesiapa yang berminat nak buat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA.

Masa datang ke booth ini, Bro dikehendaki mengisi borang sambil menunggu giliran.

Pemeriksaan Percuma KPJ Rawang

Untuk permulaan, perlu diambil berat badan dan ketinggi untuk pengiraan BMI.

Sila abaikan jumlah berat yang dinyatakan pada meter penimbang. Tempoh hari dah turun 6 Kg, now naik 1Kg (mungkin sebab baru lepas makan kot – think positive)

Sila abaikan juga jururawat comel yang usha Bro semacam sewaktu tengah ukur ketinggian (tau la Bro nie tak beberapa nak tinggikan).

Keputusan BMI, menyatakan Bro adalah Obesity.

Walaupun hanya berbeza 0.1 je. Kalau tidak, boleh letakkan diri dalam golongan Overweight je he…23x

Pemeriksaan Percuma KPJ Rawang

Kemudian, buat pemeriksaan tekanan darah.

Resultnya tidak mengecewakan. Rasa nak repeat lagi pun ada he…23x Seronok bila tengok tekanan darah sendiri sudah berkurangan #Misi90HariTanpa nampak berkesan.

Pemeriksaan Percuma KPJ Rawang

Rasa macam artis la pula,

Nak buat pemeriksaan kesihatan pun ada pula yang nak ambil gambar. Ok, nampak gaya kena biasakan diri he…23x

Untuk pemeriksaan tahap glukosa dalam darah, terpaksa Bro serahkan jari Bro untuk dicucuk. Tapi saya takut jarum. Nurse itu gelak je bila Bro cakap macam tue 🙂

Dia tanya, “ini first time ke?”

“Yup, ini first time.”

“Sebelum ini tak pernah ke buat macam ini?”

Pernah je, sewaktu buat pemeriksaan HIV” jawapan Bro buat dia gelak pula.

Bicara Bro : Makin umur meningkat ini, jangan dilupai bahawa kesihatan perlu dijaga. Walaupun kita pada luaran nampak sihat. Dalaman siapa tahu kan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Buat Pemeriksaan Kesihatan Percuma Bersama KPJ Rawang

Leave a Reply

Top