Hujung minggu macam biasa, pasti Jusco Rawang menjadi pilihan kami sekeluarga.
Ke mana lagi kami nak pergi luang masa sekeluarga sambil shopping barang dapur, nak rasa makan sedap sikit dan menghabiskan duit seadaan kalau bukan dekat sini he…23x Gurau aja.
Kali ini, ada disediakan booth dari KPJ Rawang bagi sesiapa yang berminat nak buat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA.
Masa datang ke booth ini, Bro dikehendaki mengisi borang sambil menunggu giliran.
Untuk permulaan, perlu diambil berat badan dan ketinggi untuk pengiraan BMI.
Sila abaikan jumlah berat yang dinyatakan pada meter penimbang. Tempoh hari dah turun 6 Kg, now naik 1Kg (mungkin sebab baru lepas makan kot – think positive)
Sila abaikan juga jururawat comel yang usha Bro semacam sewaktu tengah ukur ketinggian (tau la Bro nie tak beberapa nak tinggikan).
Keputusan BMI, menyatakan Bro adalah Obesity.
Walaupun hanya berbeza 0.1 je. Kalau tidak, boleh letakkan diri dalam golongan Overweight je he…23x
Kemudian, buat pemeriksaan tekanan darah.
Resultnya tidak mengecewakan. Rasa nak repeat lagi pun ada he…23x Seronok bila tengok tekanan darah sendiri sudah berkurangan #Misi90HariTanpa nampak berkesan.
Rasa macam artis la pula,
Nak buat pemeriksaan kesihatan pun ada pula yang nak ambil gambar. Ok, nampak gaya kena biasakan diri he…23x
Untuk pemeriksaan tahap glukosa dalam darah, terpaksa Bro serahkan jari Bro untuk dicucuk. Tapi saya takut jarum. Nurse itu gelak je bila Bro cakap macam tue :)
Dia tanya, “ini first time ke?”
“Yup, ini first time.”
“Sebelum ini tak pernah ke buat macam ini?”
Pernah je, sewaktu buat pemeriksaan HIV” jawapan Bro buat dia gelak pula.
Bicara Bro : Makin umur meningkat ini, jangan dilupai bahawa kesihatan perlu dijaga. Walaupun kita pada luaran nampak sihat. Dalaman siapa tahu kan.
okeylah bro..bleh tak p.m nombor nurse dalam gamabr yg paling atas tu..hahahaha
He..23x kalau bro ada no dia, memang bro xkan share dengan siapa la…
Bila tengok bro buat pemeriksaan kesihatan, rasa nak byat juga. .. sebab dah lama tak buat pemeriksaan kesihatan ni..
Silakan… Lagi2 bila umur kita makin meningkat nie, memang kena alert sikit beb
senang kalau ade booth macam tue. waaaa.. untung lah ada nurse cun-cun kat situ.
Kalau bukan nurse2 yang cun ini, rasanya Bro tak singgah kot he…23x Pandai dorang letak tarikan dekat booth tue he..23x
Pemeriksaan berkala dapat mengenal pasti status kesihatan. Biasanya sesuatu penyakit sudah terlambat untuk dirawat apabila sudah tahap yang kritikal.
Itu perkara yang paling dirisaukan sekarang nie
Gua dah lama tak buat pemeriksaan mcm ni Bro.. last pun masa derma darah tahun 2013.. Tak tau perkembangan tahun 2014 ni.. Mungkin 2015 kena buat jugalah nanti…
Mu anggap je tahun 2014 xde sebarang perkembangan ataupun perkembangan mu dirahsiakan. Tahun 2015 baru dia nak reveal semula he..23x
baru 80kg…heee. penting sangat buat pemeriksaan ni, jangan sesekali pandang mudah..
Tak de la baru… Dah lama dah, ini pun dah banyak kurang dari yang sepatutnya he…23x
Mana boleh pandang mudah,,, comel2 nursenya. kena pandang puas-puas he…23x
Awek2 nurse yang sporting membuatkan pesakit tak gerun hehe
Itu penting tue… dan buat suami orang rasa berani nak pergi buat pemeriksaan kesihatan
Pemeriksaan kesihatan memang penting!
pemeriksaan macam ni kena selalu buat…nak tahu tahap kesihatan kita… :D