20130714-231211.jpg

Alhamdulillah selesai sudah iftar hari ini bersama rakan blogger di Restoran Tupai Tupai Shah Alam.

Tak sangka pula, Bro ada peminat cilik.

Eh, peminat ke? Ke Bro syok sendiri? Tak kisah la, janji kami dapat juga bergambar bersama.

Bro perasan dia beberapa kali cuma amik gambar Bro secara dekat menggunakan handphonenya.

Sampai satu tahap kamera handphone hampir dekat dengan muka Bro. Adeh..!! Kenapa dia gigih sangat nak amik gambar Bro terlalu dekat.

Bro lupa nama dia, tapi umurnya 9 tahun.

Dan dia ada kak yang comel bernama Shakira (betul ke Bro eja nie?) dan dia merajuk dengan Bro sebab lupa nama dia tadi.