Peluang keemasan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan melalui blog menggunakan program affiliate.
Selain anda boleh belajar buat duit, anda juga berpeluang untuk temui pakar-pakar affiliate yang mampu menjana pendapatan dan jualan yang tinggi bagi setiap program affiliate yang beliau sertai.
Dalam Seminar Duit Affiliate dengan Blog, anda semua akan didedahkan dengan program-program Affiliate yang boleh disertai, bagaimana membina blog yang akan membolehkan anda mendapat jualan daripada program-program ini, teknik pemasaran blog melalui SEO dan banyak lagi.
Ianya akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 13 Disember 2014 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Antara panel-panel yang akan berkongsi rahsia dan strategi yang mereka gunakan selama ini adalah seperti berikut.
- Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan.
- Encik Titan – Telah menjana ribuan ringgit melalui program Affiliate yang diusahakan melalui rangkaian blog beliau
- Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014, tetapi beliau telah menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
- Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri penulisan, beliau mempunyai platform jualan ebook tersendiri iaitu klikjer.com
- Zeo Unic – Tahun ini sahaja beliau telah menjana puluhan ribu ringgit dari salah satu program affiliate tempatan. Pakar dalam pemasaran Affiliate menggunakan blog dan SEO.
- Eizil – Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network, mempunyai pengalaman blogging lebih 10 tahun dan menggunakan blog untuk menjalankan pelbagai program pemasaran.
Daftar sekarang, dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Apple iPhone 6.
Anda boleh mendaftar di http://denaihati.com/daftar/daftar-seminar-buat-duit-affiliate-dengan-blog.
********
Malam semalam, lepak dengan saudara Denaihati.
Kata-kata dia semalam sampai terbawa kedalam mimpi, siap ada rakan selebriti tanya Bro tentang aktiviti yang bakal beliau jalankan (Apa kes pula Bro mimpi rakan selebriti pula ini? Ada berkaitan dengan HyeBro! kot)
Mungkin tahun 2015, akan lebih ramai pihak mengenali produk Denaihati. Terbaik..!!
bilion terima kasih iklan kat blog bro…,memang terbaik. mudahan ramai ambil peluang ni.
Hari ini keluar iklan pula dekat Sinar Harian… Harap ramai terbuka pintu hati untuk sertainya
Peluang keemasan bagi semua orang yang berdekatan untuk belajar dari syifu internet.. Malangnya saya duduk jauh di sabah..hehe
Boleh request jika ramai yang ingin ianya diada di sabah. Mungkin pihak Denaihati akan mempertimbangkannya
saya harap ramai yang ambik peluang ini..bukan selalu ahli panel dapat berkumpul bersama..mereka antara orang yang sibuk dengan kerjaya masing-masing..
Yup, masing-masing ramai yang busy dan tak semua berasal dari Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya
Semoga pada tahun 2015 nanti semakin ramai blogger berjaya menjana pendapatan lumayan melalui affiliate. ..
Harapnya macam itu la, turun tak nanti?
wahh..
rajin gi dating dengan brader amer nih.
hoho
Dengan dia je mudah jumpa. Dengan Titan, macam susah je
Sayangnya tarikh tu gua tak berada di KL.. plan yg dah lama dibuat musim cuti ni. Nak cuba adjust juga ni tp tak taulah… sayang sungguh lah hhmmm…
Ok xpe… Maybe lain kali jika ada peluang :)
memang beruntung kepada peserta yang pergi ke seminar nie..bukan calang2 ahli panel tu
Mu bila nk turun sini?
Peluang untuk menambahkan pendapatan dengan menyertai program affiliates. Banyak juga berhabis dengan menyertai seminar, membeli ebook dan video tentang program affiliates untuk tahun ini. Duit blogging semuanya dilaburkan semula untuk ilmu. Internet Marketing. Pelaburan hari ini untuk keuntungan masa hadapan.
siapa tak daftar memang rugi le..:D
Perghhh semua memang lejen la, rugi kalu tak pergi ni.
perghhh.. peluang ni… ingat senang nak dapat jumpa otai2..
seminar ilmu ni…memang rugi siapa yang tak datang…
Seronoknya ehh.. Menimba ilmu, berjumpa sifu dan bila balik nanti boleh berlatih sehingga sendiri jadi sifu. Ini yg buat kawe rasa nak pindah KL.