Khas buat penonton Astro yang meminati bidang sains,
Rancangan Clever! edisi Malaysia sangai sesuai ditonton kerana ia bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah namun semua peringkat umur.
Menerusi program ini, anda boleh belajar dan mengetahui lebih banyak mengenai sains dan eksperimen yang akan membuatkan anda teruja dengan hasil kajian yang dilakukan.
Setelah berjaya mendapat sambutan luar biasa di musim pertama, Clever! di musim kedua kini kembali dan apa yang menarik, program ini masih lagi mengekalkan dua orang hosnya, Aznil Nawawi dan Rafidah Abdullah.
Apa yang menarik?
Beberapa selebriti tempatan akan dijemput bagi sama-sama menguji pengetahuan saintifik pada diri mereka dengan berganding bersama peserta yang merupakan pelajar sekolah sebagai sebuah pasukan.
Antara selebriti yang membuat penampilan istimewa dalam Clever! 2 termasuklah Zizan, Johan dan Nabil Raja Lawak, Jaclyn Victor, Ana Raffali, Sarimah Ibrahim, Diana Danielle dan Didie Alias.
Selain itu, bagi mereka yang mahukan pengalaman langsung mengenai dunia sains, Karnival Sains Clever! yang diadakan di banyak lokasi akan dibuka secara percuma kepada orang awam.
Bagi anda yang ketinggalan dan ingin menonton episod Clever! dan ingin mendalami pemahaman sains mereka, anda boleh lawati laman web Clever! di www.astro.com. my/clever.
Jangan ketinggalan menonton episod baharu musim baharu Clever! yang akan ke udara setiap Sabtu pada pukul 1.30 petang mulai 22 Oktober lepas di saluran Astro TVIQ (saluran 610).
Bicara Bro : Bro dari kecik memang minat cerita-cerita macam ini.
Sebab bro dibesarkan dengan TV Pendidikan. Sanggup ponteng sekolah rendah sebab tertarik dengan pembelajaran tingkatan 5. Dulu bro antara pelajar terlebih pandai [dulu la]
Sekarang pun terlebih pandai, Pergi Press Conference Rancangan Clever! Musim ke-2 di Restoran Delicious, Jalan Pinang boleh terlupa nak charge bateri kamera.
best rancangan ni… sy pun suka but rasanya baru beberapa kali kut tengok… huhu
Bro baru beberapa kali tengok.
Masa press conference hari tue, dorang buat eksperiment depan2 bro.
Hehehe… Tp nape seksi sgt pngacara2 nyer… Hehehe…
Biyaaa ahh . dorg chantek :)
tv kalo pndi pilih rncangan tok anak2 sbnarnyer leh bg dorg lebih info & membuka minda… yg penting ibubapa pantau ape yg ank2 tgk…
aktiviti dan eksperimen yang dijalankan memang buatkan aku suka tapi terlalu ‘jambu’ pulak pelakkon tambahan tu.huhu…
muka saya ada dalam clever edisi malaysia musim kedua betul”.ya
hyeee . sya minat dgn prgram ini :)
banyak mmbr maafat =D