Jam tangan pintar honor Band Z1 telah mula dijual di Malaysia mulai 19 Januari 2016 pada harga RM259.
honor Band Z1 ini hadir dengan rekaan skrin bulat dan menggunakan sistem operasi tersendiri.
Selain kalis air, ianya boleh memantau jumlah pergerakan langkah anda, dan turut boleh mengukur kadar kualiti tidur ketika anda memakainya.
Ianya turut menerima notifikasi untuk panggilan dan mesej. Baterinya pula mampu bertahan sehingga 3 hari.
Anda boleh memiliki honor Band Z1 pada RM 259, dan kini ianya sudah berada di pasaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut atau membelinya, anda boleh layari www.vmall.my.
Dalam masa yang sama, honor Malaysia turut memperkenalkan honor 5X dan honor 7 Enhance bagi pasaran Malaysia.
Harga mampu milik tetapikan budak-budak sekolah sekarang guna smartphone lagi canggih dan mahal.
Uih. Macam best je jam ni. Lg best daripada Apple watch ke?
xbeberapa pasti… xpernah guna Apple Watch…