Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

15,994,744 total views, 131 views today

honor 5x dan honor 7 Enhance Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

honor Malaysia lancar honor 5X dan honor 7 Enhance
honor Malaysia telah memperkenalkan dua peranti baru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu honor 5x dan juga honor 7 Enhance.

Pada majlis yang sama, mereka turut memperkenalkan honor Band Z1 buat pelanggan mereka yang ingin memiliki elegant dan simple smartband.

Kedua-duanya telefon pintar ini tampil dengan rekaan premium berasaskan kepada logam, serta dilengkapi sokongan pengimbas cap jari telah mula dijual di pasaran China penghujung tahun lalu.

Oleh itu, kehadiran kedua-dua peranti ini amat dinantikan oleh peminat mereka di Malaysia.

honor 5X

honor Malaysia lancar honor 5X dan honor 7 Enhance

honor 5x hadir dengan spesifikasi pertengahan, bagaimanapun pihak honor telah mengekalkan beberapa ciri-ciri flagship pada telefon pintar ini.

Ia menggunakan rekaan premium berasaskan kepada logam dan hadir dengan 3 warna pilihan – emas, kelabu dan perak.

Tampil dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615 , dua kapasiti RAM iaitu 2GB dan 3GB , memori simpanan dalaman 16GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Selain itu, ia juga hadir dengan kamera belakang 13MP (dengan lensa sama seperti yang terdapat pada Huawei P7) manakala kamera hadapan adalah 5MP.

honor 5x turut dikatakan menawarkan paparan yang lebih terang 15% dibawah cahaya matahari berbanding peranti lain.

Harga honor 5X : RM899

honor 7 Enhance

honor Malaysia lancar honor 5X dan honor 7 Enhance

honor 7 Enhance membawakan rekaan dan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti versi asal (honor 7) dan hanya hadir dalam pilihan warna emas.

Disertakan dengan ruangan storan 32GB dan sokongan pengecasan yang lebih pantas berbanding honor 7. Dilengkapi dengan sensor pengesan capjari generasi terbaru yang mampu memberikan anda akses kepada telefon pintar didalam masa 0.5 saat.

Ia juga turut menyokong dwi-SIM 4G LTE dimana slot SIM kedua juga mampu beroperasi sebagai slot microSD.

Harga honor 7 Enhanced : RM1,499

Sekiranya anda berminat, anda boleh mula membuat tempahan bagi honor 5X di www.vmall.my

Related Post @ Broframestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *