Kalau ikutkan, dah bertahun tak cerita pasal Nuffnang dekat blog ini.
Kali terakhir guna iklan nuffnang di blog ini pada tahun 2011, selepas kecewa dan ada syarikat pengiklanan yang boleh bagi lebih banyak dari apa yang Nuffnang sudi berikan pada Bro satu masa dahulu.
Bukan niat nak curang.
Cuma kecewa yang amat sangat. Bila berbulan-bulan, tiada rezeki masuk dari Nuffnang.
Jemputan event pun tak dapat seperti selalu.
Pelik juga waktu itu.
Tapi x apa, tak salah pun cuba perkhidmatan syarikat lain. Walaupun income sebulan tiada la beribu, tapi dapat juga cash out setiap bulan secara automatik. Just check akaun bank je tiap-tiap bulan.
Cuma baru-baru ini,
Ada blogger yang bersuara lantang membangkit isu tentang berbaloi ke pasang iklan Nuffnang dekat blog jika tiada sesen pun income datang ke blog.
Waktu itu, terbaca salah satu komen dari rakan blogger yang sekarang sedang menetap di Jepun, “Iklan mengiklan secara percuma dekat blog dia (maksudnya tiada income), tetapi selamat income dari Google Adsense banyak membantu.
Terus tertiba Nuffnang bermurah hati bagi ramai blogger CPUV atau dulu lebih dikenali sebagai BE.
Bukan satu atau dua CPUV @ BE. Tetapi berderet-deret masuk mendadak. Cuak ke apa ini (maaf, gua bukan nak bikin kontroversi). Tapi untuk mendapatkan kepercayaan ramai, perlu jaga hati ramai pihak juga kan.
CPUV @ BE dari Nuffnang
OK, diatas Bro tayangkan CPUV @ BE yang Bro pasang dekat salah satu blog yang Bro kurang aktif.
Alhamdulillah, berderet-deret masuk bulan ini. Jika sebelum ini, ada la seketul dua sahaja CPUV @ BE yang melekat dekat blog Bro lagi satu itu.
Murah rezeki semua blogger-blogger yang pasang iklan Nuffnang bulan ini. Tapi bak kata salah seoang blogger yang Bro kenal, “BE banyak tapi mandul” yang bermaksud, iklan ada,cuma tiada income masuk. Sebab iklan keluar time tiada orang masuk ke blog.
Tempoh hari, ada beberapa iklan CPUV atau BE dari Nuffnang just dapat kumpul RM0.01
Gila apa…!!!
Tak kan la sepanjang kempen berlangsung selama seminggu hanya dapat income sebanyak RM0.01 sahaja…!!
Jika satu ketika dahulu. 1 CPUV atau BE, Bro boleh dapat dalam beberapa ratus paling koman pun beberapa belas ringit sepanjang tempoh kempen.
Jauh sangat bezanya. Mandul ka?
*******
********
Dan entry ini dijadikan “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 40″. Banyak rupanya luahan hati seorang blogger nie.
memang mandul.. CPUV saya bulan august haritu tak bergerak.. percent tak gerak, RM pun tak gerak.. derrrrr
Biasa la tue… Susah nak letakan harapan yang tinggi pada Nuffnang jika blog biasa2 je
SA perasan jugak….nuffnang mcm pilih bulu je bg iklan and bg event…opps…..
Sekarang Nuffnang dah listkan blogger elit diorang.. so yang lain tu cuma nak bodek je kot dia bagi BE sekejap tapi income takdok. Muehehehe
Elit dorang mana pandang sangat BE, advertorial pun makan ribu untuk satu artikle…
Lama tak login nuffnang.. Erkkk.
Harap akaun tak kena delete. Kecuali kalau dah xde pe2 duit dalam tue
Mmg mandul…masuk BE banyak tapi tak running sepantas M4 hanya slow sepantas shotgun…
Shotgun pun kalau tembak boleh terabur jadinya. Sekurang-kurangnya pasti ada yang mengena. Ini macam xde yang mengena je kan.
haha…terbakor nuffnang dengar yang diorg mandul…
Terbakor ke? Viagra plz
Nuffnang tu mender?haahhaa…
Ala benda tue… yg bebudak kecoh2 tue… NIe pun rasanya macam dah ketinggalan keretapi… Baca blog orang lain baru ada idea nk tulis entry ini.
Alhamdulillah. Ada rezeki aku dengan Nuffnang walaupun sikit. Tapi earning lagi better la daripada sebelum ni. Ada peningkatan. Sebab tu aku masih pasang iklan Nuffnang kat blog.
blog anarm depa kena jaga..mana bleh biar earning sikit..ehee
blogger berpengaruh mainkan peranan untuk tolong jadi suara blogger kecil kecilan macam kami ni. even kami bersuara pihak Nuffnang takkan pandang tapi bila blogger berpengaruh bersuara.. mereka akan take action sikit sebab dah nama pun ada pengaruh so sikit sebanyak boleh jejaskan mereka kalau mereka tak mengubah trick tu. Bukan anti ke apa… bila blogger tayang earning yang puluh ribu riban tu seolah2 bagi harapan indah yang kosong pada blogger2 kat bawah ni. pacak banner bukan 1 tapi 3 banner tapi ada yang setahun nak cukup RM50 pun susah.. tolong kesian pada blogger2 biasa macam kami. Jangan terus menipu blogger baru.. yg lama maybe dah tahu permainan nuffnang even mereka masih setia sebab tu je yg depa layak pacak banner. Yg lain2 syarat dia mungkin tidak layak bagi dorang lagi.Terima kasih pada bro jugak untuk entri ni.Kalau ada blogger2 lain yang ada pengaruh kuat tu berpengalaman dengan nuffnang hope akan ketengahkan isu ni jugak. Pengajaran buat nuffnang jadi buli blogger
hahaha..lucu pulak baca iklan mandul ni..siapa2 pun sedey klu byk cpuv tp mandul..
Haa… aku dah 3 tahun pacak nuffnang kat blog… collection br lps utk cashout… pernah 5 6 kali dpt CPUV tp hasilnya 0.01 sen setiap satu… paling tggi hasil CPUV penah dpt pun bwh RM10…
Kena pelbagai sumber dan usaha , cari alternatif lain dan perbaiki blog agar jadi bagus macam blog bro….InsyaALLAH rezeki akan datang…
Betoi le tu…nak dapatkan setahun RM100 pun susah…haiiii
hahahaha.. apa mau buat.. yg selain dr nuffnang nak kena trafik tinggi.. so apa lg pilihan yg blogger baru ada selain Nuffnang?
Macam kedekut pun ada. hahaha
Saya pun terpaksa buang nuffnang..time trafik takdak earning ada naik..time trafik laju earning naik ciput macam trafik takdak.. tapi yang perasannya bila trafik maintain tinggi cepat jer cpuv expired..tak larat nak bayar le tu
daku pasrah dan terima seadanya..
Patutla tetiba berderet cpuv kat blog gua..
zaza dah buang dah iklan2 adsense n nuff kt blog..dlm tu ada je dt…tp biarlah…jadi pekasam…hehe
Saya setuju kot nuff dah mandul. haha.
Dulu tahun 2010, banyak jugaklah dapat untuk satu2 iklan tapi sekarang ni BE banyak tapi income. Aduh.. Setahun baru dapat cashout(padan la blog tak aktif). Hehe.
alhamdulillah,still ada rezeki dengan nuffnang.
Emmm..samelaa..leya pun sejak akhir2 cpuv xdpt..terpakse leya cari lain.. selama ni leya setia..tp disebabkan dah xbergerak kene cr alternatif lain..huhu
main cak2 je nuffnang tue hihi
saya ada terfikir nak buang sahaja..tetapi sekarang ada masuk sikit-sikit..jadi tak jadi pulak buangkannya
Teman byk dapat BE, tapi semuanya dah credited.. sen pun alahai… sedih teman nengoknya.. mksudnya klu byk dapat BE tak semestinya earning nuffnang byk kann
Lin pun dapat berderet tp 2,3 sen je (T_____T)” Nak merajuk la macam ni.
kalu mandul, kena jumpa doktor cari ubatnya…kesiann..
kalau mandul, ada ubat x? hihi
sila tunjuk ubat sekali utk para nuffnangers :P
ada byk cpuv berderet masuk. ada yg slow, sesuai dgn term mandul. hope byk tawaran selain cpuv . sponsored post ke, blogbuster ker..fuh fuuuh..
Blog sembangsukan dot com ni baru lahir..tampal je la code dari NN ni..hiasan..kalau ada rezeki melekat la cpuv..
ada trik dia.
tapi tak semudah nak laksanakannya. haha
Aku tak berapa faham istilah yang nuffnang guna.
Dalam dunia Adsense/Adword dipanggil apa untu CPUV dan BE tu?
Assalammualaikum… bro,
memang benar apa bro cakap .. nuffnang banyak cpuv tapi ‘mandul’ .. earning sedih.. tapi boleh lah daripada takder… haha tgh nak fikir nak ambik daftar iklan geniee..
mselim3
Hadoiii…. aku dalam 8 bulan adalaa dapat rm60.. sobs… tapi takpe…. aku anggap rezeki je tu bro…. muahahahhaha…. betapa bersangka baiknya aku ni… ngehngeh…
(tapi setuju gak, bab mandul tu)
Ok la tue 8 bulan nampak banyak juga hasilnya… Tapi ada yang kasihan berbulan-bulan, sen pun xde…. itu yang bro katakan mandul
Saya tak tahu mandul ke tak..hehehe sebab saya pun blogger baruuuu sangattt..hehe
Assalam bro, lama x komen sini…tp entry ini sangat2 berani…syabas…harap kalau boleh tag terus pada pihak nuff lg bagus…mmg julia pun dpt berderet nuff…tp nak dpt bentuk ringgit jgn haraplah..setakat sesen satu nuff ada la…tu sebab tak pernah nak cash out…hjg thn baru nak cash out…ish tp sumber mana iklan yg lg membantu eh…saya buat review produk dan brand mcm2 lg untung dari pasang iklan dlm blog…
tak kisah je.. nma pun pndptn smpingn… bg yg mmg kerjya sbg blogger mmg x blh nk hrp kt income dr nuff je… tpi blogger yg biasa2 ni, ok je… ada xde terima seadanya…
hah ini terbaik!!nak gak luahkan benda yg sama tapi rasa mcm alahaiii takpe la..tapi bro blogger otai bleh la bersuara.
Nak buat macam mana masih ada rezeki dengan Nuffnang walaupun. Sadis. Ku terima. Gitu. Hahaha.
okla kalau dapat peluang dapat cpuv..ini..cpuv pun tak dapat lagi dah..hihihi
Nak buat macam mana dah mandul
dgn nuffy ni… kna selalu htr tiket soalan atau kritikan… baru laju dia bg earning… akk dah buang nuffy… malasla. tgk fikir2 apa yg lebih bagus. sbb blog akak tu pun bukannya best sgt pun… Org xheran pun… hehe…
Dah lama perasan. Lately memang tak subur nuffnang. BE dekat sebulan tapi amount tak sampai singgit…ppffttt…Bagi BE berderet², tapi iklan muncul time orang dah berdengkur. Kami blogger picisan harapkan income nanang jer lah. Saya sendiri bertahun kumpul duit nanang. Alhamdulillah…tetap bersyukur.
okela dari nk mohon GA x lepas blog otai2 boleh la pkai innity sume tuh…
percaya nuff dari komli dan genie.. skunk di bermurah hati biar je kite tengok je hehehehe..
sekarang Nuffnang tengah bermurah hati…lepas seorang2 blogger buat entri luahan rasa dalam blog…kita tengok apa akan jadi lepas ni bro…hee
nuffnang kedekut cik kut .. phuii .. stress … haha
Memang byk BE masuk tapi macam yg bro cakap.. Dia keluar time tak ramai org masuk ke blog.. Taktik apakah ini? Prefer lagi Blogbuster Campaign dari CPUV.. Tapi apakan daya.. Dah lama tak dapat Blogbuster campaign.. Huuuu.. T_T
Banyak tapi mandul. 0.00 gak. Apa beza dia? hmm
ni dorang yang makan pil perancang bro
ads apa yang sesuai selain nuffnang..ada suggestion x brobingkaibatu?
Kalau trafik tinggi.. Boleh apply Innity
Oh inilah yang mandulnya ye bro? mieza pun dapat banyak juga cpuv bulan ni tapi sen kering kontang je.
Nuffnang dulu dgn skg dah tak sama..dulu 1 cpuv blh dapat skurg2nya RM50 skg RM10 pun ssh nak dapat..sedih tgk nyer huhuu..dat y dah xsetia kena curang juga hehehee :D
thanks broo.. kat sni sama jgk.. #visit and follow my blog on shukranzahari.blogspot.com ..happy blogging
cpu saya byk rm0.00 lpas credited. kalau dapat duit pun, paling tinggi 5posen je 1 kempen
Aku pon sama la bro..cpuv banyak ongoing, tapi setia satu dapat 0.01 – 0.02 sen je..tension je…huhu
Bro dah bertahun xlayan Nuffnang… Tak masyuk…
tak sangka mandul rupanya nuffnang nih… ingatkan subur molekkkk… kenapa? tak percaya?
.
tak percayalahhhh…
Teruk bebeno gitu.. yang pakai nuffnang tu elok la cari lain macam adsense ke pe…
ekin punya bulan ni tak bergerak langsung xada masyukkk