Kalau ikutkan, dah bertahun tak cerita pasal Nuffnang dekat blog ini.

Kali terakhir guna iklan nuffnang di blog ini pada tahun 2011, selepas kecewa dan ada syarikat pengiklanan yang boleh bagi lebih banyak dari apa yang Nuffnang sudi berikan pada Bro satu masa dahulu.

Bukan niat nak curang.

Cuma kecewa yang amat sangat. Bila berbulan-bulan, tiada rezeki masuk dari Nuffnang.

Jemputan event pun tak dapat seperti selalu.

Pelik juga waktu itu.

Tapi x apa, tak salah pun cuba perkhidmatan syarikat lain. Walaupun income sebulan tiada la beribu, tapi dapat juga cash out setiap bulan secara automatik. Just check akaun bank je tiap-tiap bulan.

Cuma baru-baru ini,

Ada blogger yang bersuara lantang membangkit isu tentang berbaloi ke pasang iklan Nuffnang dekat blog jika tiada sesen pun income datang ke blog.

Waktu itu, terbaca salah satu komen dari rakan blogger yang sekarang sedang menetap di Jepun, “Iklan mengiklan secara percuma dekat blog dia (maksudnya tiada income), tetapi selamat income dari Google Adsense banyak membantu.

Terus tertiba Nuffnang bermurah hati bagi ramai blogger CPUV atau dulu lebih dikenali sebagai BE.

Bukan satu atau dua CPUV @ BE. Tetapi berderet-deret masuk mendadak. Cuak ke apa ini (maaf, gua bukan nak bikin kontroversi). Tapi untuk mendapatkan kepercayaan ramai, perlu jaga hati ramai pihak juga kan.

CPUV @ BE dari Nuffnang

CPUV BE Nuffnang

OK, diatas Bro tayangkan CPUV @ BE yang Bro pasang dekat salah satu blog yang Bro kurang aktif.

Alhamdulillah, berderet-deret masuk bulan ini. Jika sebelum ini, ada la seketul dua sahaja CPUV @ BE yang melekat dekat blog Bro lagi satu itu.

Murah rezeki semua blogger-blogger yang pasang iklan Nuffnang bulan ini. Tapi bak kata salah seoang blogger yang Bro kenal, “BE banyak tapi mandul” yang bermaksud, iklan ada,cuma tiada income masuk. Sebab iklan keluar time tiada orang masuk ke blog.

Tempoh hari, ada beberapa iklan CPUV atau BE dari Nuffnang just dapat kumpul RM0.01

Gila apa…!!!

Tak kan la sepanjang kempen berlangsung selama seminggu hanya dapat income sebanyak RM0.01 sahaja…!!

Jika satu ketika dahulu. 1 CPUV atau BE, Bro boleh dapat dalam beberapa ratus paling koman pun beberapa belas ringit sepanjang tempoh kempen.

Jauh sangat bezanya. Mandul ka?

*******

********

Dan entry ini dijadikan “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 40″. Banyak rupanya luahan hati seorang blogger nie.