April 18, 2024

Nikmati Perahan Jus Maksimum Dengan Coway Juicepresso

Coway Juicepresso
Perahan buah yang banyak, tetapi jus yang dihasilkan sedikit dan kurang seratnya. Tidak puas menikmati jus yang diperah sendiri.

Ingin menikmati perahan jus maksimum?

Mungkin Coway Juicepresso jawapan yang anda perlukan untuk menikmati perahan jus maksimum dan mengekalkan khasiat yang mencukupi dalam permakanan seharian yang tubuh badan anda perlukan.

Coway Juicepresso

Baru-baru ini Bro berkesempatan untuk datang ke lokasi Juicepresso Truck Roadshow di Avenue K, berdepan dengan KLCC.

Dapat juga Bro menikmati jus buah-buahan yang segar lagi pekat dan berserat.

Ini yang buat Bro tertanya-tanya, bagaimana mereka dapat menghasilkan jus seperti ini. Walaupun Bro bukan peminat minuman berjus, tetapi bila Bro merasainya, rasanya masih kekal sama dan tidak terlalu tawar atau cair.

Kebaikan Jus

Kalau ikutkan Bro sendiri kurang arif tentang kebaikan minum jus sayuran dan buah-buahan.

Makanan berserat memang bagus untuk tubuh badan kita, cuma kita lebih suka meminumnya berbanding memakannya.

Disini Bro kongsikan beberapa kebaikan jus :-

  1. Memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik
  2. Menurunkan tekanan darah
  3. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  4. Mencegah osteoporosis
  5. Menyerikan kulit wajah

Sekarang, anda sendiri tahu betapa pentingnya buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian kita.

Coway Juicepresso

Tetapi tidak semua orang mempunyai masa untuk memerah sendiri kandungan nutrisi ini untuk anda nikmati sebagai diet harian anda.

Selalunya anda menikmati jus yang telah siap dibotolkan dengan bahan pengawet ataupun minum sewaktu makan di kedai. Senang sikit, order sahaja.

Dengan Coway Juicepresso anda boleh perah sendiri jus anda dirumah.

Perahan Jus Dengan Coway Juicepresso

Apa istimewanya kalau guna Coway Juicepresso untuk memerah jus sayuran dan buah-buahan?

  1. Menghasilkan perahan jus yang maksimum
  2. Kurang pulpa yang buah-buahan ditinggalkan
  3. Kurang buih dan udara dalam jus
  4. Menggunakan teknologi berkelajua rendah untuk memastikan ia tidak merosakkan khasiat buah dan melambatkan pengoksidaan jus

Coway Juicepresso

Tengok kepekatan jus yang dihasilkan.

Lebih banyak jika dibandingkan dengan pulpa yang ditinggalkan hasil dari perahan jus tadi.

Perbezaan High Speed Juicer Dengan Juicepresso

Nampak tak perbezaan yang cuba digambarkan ini.

Perbezaan jus dan pulpa yang dihasilkan menggunakan High Speed Juicer dengan Juicepresso.

Menggunakan teknologi Smart Extraction System – Juicepresso menggunakan kaedah tekan dan perah untuk pemerahan jus yang maksimum. Teknologi pemerahan ini mendapat paten sedunia.

Dalam masa yang sama mengekalkan nutrien dan jus dalam setiap perahan.

Coway Juicepresso

Keunikan Teknologi Juicepresso

  • Terdapat 3 bahagian yang boleh ditanggalkan – Screw + Mesh Screen + Rotating Brush
  • Pemasangan mudah
  • Ciri-ciri keselamatan menjamin keselamatan pengguna.
  • Tahan lasak, ringan tapi kuat
  • Motor khas dicipta untuk memerah buah dan sayur yang lebih keras.
  • Mudah dicuci selepas digunakan.
  • Penggunaan yang lebih senyap dari High Speed Juicer
  • Jangka hayat sehingga 7 tahun.

Harga seunit – RM1,500

Bagi pembaca blog ini, anda boleh dapatkan diskaun 10% untuk Coway Juicepresso dengan hadiri ke lokasi Juicepresso Truck Roadshow seperti dibawah

Coway Juicepresso Truck Schedule

Info lanjut anda boleh layari www.coway.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Nikmati Perahan Jus Maksimum Dengan Coway Juicepresso

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *