April 26, 2024

Siapa Bakal Mengantikan Datuk Lee Chong Wei?

Lee Chong Wei

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long (Pemain no. 3 dunia) dari China di Odense, Denmark.

Beliau terpaksa akur dengan ketangkasan Chen Long yang juga pemain nombor tiga dunia dengan straight set, 22-24 dan 19-21 dalam 68 minit.

China berjaya melahirkan satu persatu juara yang mampu menangkis kemaraan Datuk Lee Chong Wei.

Bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia yang masih tidak habis dengan pemasalahan dalaman yang memberi kesan kepada pemain kita sendiri.

Dari kes jurulatih merajuk sampaikan pemilihan pemain untuk dihantar menyertai kejohanan antarabangsa. Sampai bila perkara ini akan selesai? Dalam masa yang sama mampu meningkatkan prestasi dan kualiti badminton negara?

Selepas Datuk Lee Chong Wei bersara, adakah pemain yang mampu atau setanding dengan beliau dapat kita lahirkan?

Bicara Bro : Gua rasalah kan, mesti nanti ada orang nak buat filem pasal Datuk Lee Chong Wei. Kalau tak pun, dorang buat teater muzikal macam Teater SuperMokh!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Siapa Bakal Mengantikan Datuk Lee Chong Wei?

    1. Pergerakan Lee Chong Wei mudah dibaca dan dikaji oleh pihak lawan. Mungkin kena kurangkan penyertaan beliau dalam beberapa kejohanan dan hanya fokus pada kejohanan utama sahaja.

      Sama seperti Lin Dan.

  1. kalau ada pun lambat..mungkin 10 tahun lagi..sebab masalah dalaman punya pasal..aku cuma harap pingat emas pertama Malaysia adalah dari Memanah..skang dah Top 5 dunia..anytime je boleh beat no 1 tu kalau memanah ni.:D

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *