Lee Chong Wei

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Denmark apabila tewas kepada Chen Long (Pemain no. 3 dunia) dari China di Odense, Denmark.

Beliau terpaksa akur dengan ketangkasan Chen Long yang juga pemain nombor tiga dunia dengan straight set, 22-24 dan 19-21 dalam 68 minit.

China berjaya melahirkan satu persatu juara yang mampu menangkis kemaraan Datuk Lee Chong Wei.

Bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia yang masih tidak habis dengan pemasalahan dalaman yang memberi kesan kepada pemain kita sendiri.

Dari kes jurulatih merajuk sampaikan pemilihan pemain untuk dihantar menyertai kejohanan antarabangsa. Sampai bila perkara ini akan selesai? Dalam masa yang sama mampu meningkatkan prestasi dan kualiti badminton negara?

Selepas Datuk Lee Chong Wei bersara, adakah pemain yang mampu atau setanding dengan beliau dapat kita lahirkan?

Bicara Bro : Gua rasalah kan, mesti nanti ada orang nak buat filem pasal Datuk Lee Chong Wei. Kalau tak pun, dorang buat teater muzikal macam Teater SuperMokh!