Masa seharian kita dihabiskan untuk mencari rezeki.
Celik mata, bersiap pergi kerja, tersangkut dalam kesesakan, dimarahi bos/klient, pulang dalam kesesakan lalu lintas, sampai rumah penat.
Dan itu antara rutin yang kita lakukan seharian. Dimana pada hujung bulan kita dibayar gaji atas apa yang kita lakukan selama sebulan ini.
Tetapi pernahkah anda merasakan rezeki yang anda dapat itu berkat? Sedangkan anda tahu rezeki itu hasil titik peluh anda selama ini.
Disini Bro akan kongsikan beberapa petanda rezeki yang kita perolehi adalah diberkati :-
- Hati semakin dekat dengan Allah dan jiwa menjadi tenang.
- Kita mudah memberi sedekah dan menunaikan zakat
- Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
- Sentiasa merasa cukup dan syukur.
Ramai je yang mempunyai pendapatan banyak, tetapi kurang masa untuk mendekatiNya. Jiwa pula nampak berserabut dan hati tidak tenang setiap hari.
Belum lagi kes yang bergaji banyak, tetapi susah nak memberi sedekah atau menunaikan zakat. Duit terasa macam tak cukup je walaupun gaji yang diperolehi sudah dianggap mencukupi jika dibandingkan dengan orang lain.
Keluarga pun tunggang langgang, pelajaran yang anak pelajari sukar nak melekat dalam minda mereka.
Bicara Bro : Dulu Bro pernah terasa seperti rezeki yang Bro perolehi tidak berkat.
Walaupun perkerjaan itu nampak stabil dan mantap. Gaji yang bro perolehi datang dari dana yang merupakan duit rakyat. Dari dana itu digunakan untuk membayar gaji Bro.
Pepaham je la kan.
1st!
kekadang pernah terasa juga duit tidak cukup.. tetapi tidak ada beli apa-apa pun… bila difikirkan semula, mungkin ada kesilapan di mana-mana..
Nampaknya kita pernah rasa benda yang sama ek :)
Mungkin sebab mu layan blog masa kerja kot he…23x <-- boleh terima x?
ringankan untuk bersedekah & berzakat In Shaa Allah akan rasa tenang.
Ramai sebenarnya yang susah nak bersedekah walaupun singgit
mulut sentiasa wajib mengucapkan syukur biarpun
makanan itu hanyalah sekeping biskut kering..
Nikmat sudah dicicah dgn kopi panas…
bro suka makan biskut kering dengan kopi panas time hujan.. fuhhh nikmatnya
Lagi satu … rezeki kita bukan terletak pada wang ringgit semata-mata kan… ketenangan dan rasa happy pun suatu nikmat jua
Betul tue, jika duit banyak, hidup x tenang, keluarga tunggang langgang pun xguna juga kan :)
sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki…juga sentiasa jujur dan ikhlas ketika bekerja,insya-Allah berkat…amin…
Ramai yang tak bersyukur dengan apa yang dia dapat. Ada juga yang bila dapat kerje ok dan gaji ok, tapi buat kerje x ikhlas…. erm
Untuk mendapat rezeki yang berkat, kita kena bekerja dengan seikhlas hati.. Dan menganggap kerja itu sebagai ibadah…
Betul itu, tapi tak ramai yang menganggap kerja sebagai ibadah….
Kena ikhlas melakukan kerja insyaallah baru berkat wang gaji yang diterima
Betul tue mak dara…
Tapi ramai yang jenis buat kerja, pukul 5 terus chow.. xkisah kerja dah siap ke belum kan….
assalamualaikum bro…info yg menarik dan memang betul kekadang kena juga bersyukur walaupun berada di dalam kesempitan…:)
kita kena rajin bersedekah supaya Allah murahkan rezeki
As-salam,
Benar. Ketenangan dan Keserabutan dalam hidup membantu kita mengenalpasti apakah kesalahan/kebaikan yang perlu diambil atau diperbetulkan. Semoga kita semua menjadi muslimin/mat yang peka dan memperolehi rezeki yang berkat.
Jemput ke blog saya. Semoga lebih rahmat apabila tetamu datang…InsyaAllah.
alhamdulillah
hehehe…dalam maksudnya ayat akhir tu…;)
InsyaAllah :)
Setuju dengan entri ni.
Kadang-kadang manusia leka bila sibuk mencari duit.
Pernah dengar Kualiti vs Kuantiti?
Sama dengan konsep KEBERKATAN rezeki. Lebih baik kita cari rezeki yang berkat dari berlumba mencari kekayaan tetapi lupa pada ALLAH yang memberi kita kesenangan. BERSYUKURLAH.
Istiqamah dalam bersedekah. Bayar zakat bila cukup haul. In Shaa Allah rezeki anda tidak akan putus. (Rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit)
Mengeluarkan zakat wajib kepada yang layak supaya ia menyucikan pendapatan yang dapat.
bersedekah banyak, duit masuk poket pun akan bertambah banyak, betul tak?
Ada benarnya….
gaji yang berkat kadang2 bukan disebabkan dari mana duit itu datang tapi dari usaha kita sendiri. mcm kerajaan bayar ke kita, adalah hasil usaha kita bekerja untuk mereka. so, dari mana kerajaan dapat duit itu utk membayar kita tak perlu kita risau, sebab tu bukan masalah kita. kita tak tanggung apa2 :)
kesihatan keluarga lebih utama walaupun duit dalam saku mungkin kurang sedikit. yg penting semua keperluan sudah cukup hampir hujung bln
cari lah keberkatan, cari lah rezeki yang halal.. kerana ia akan masuk dalam darah daging kita sehingga cucu cicit kita..
ye,saya setuju! kesihatan lebih utama di samping mencari keberkatan hidup di dunia ini
saya pn pernah merasa benda yg sama…ade masa kekurangan wang…tp bila dikaji balik punca, betulkan & alhamdulillah, kembali normal.. :)
betul tu bro. kalau rasa gaji tak cukup tu mesti ada something yang tak kena. sebab tu kadang-kadang orang dengan gaji 1k pon dah cukup untuk menyara keluarga dengan bahagianya. semuanya berpunca dari sumber :)