You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Review Dan Sinopsis Filem Halimmunan

17,434,510 total views, 2,175 views today

Review Dan Sinopsis Filem Halimmunan


Filem Halimmunan hampir 80% pembikinannya menggunakan teknik Computer Generated Image (CGI) untuk menghasilkan watak halimuman yang dilakonkan oleh Fizo Omar.

Filem bergenre komedi seram terbitan RR Empire Sdn Bhd diarahkan oleh pengarah Hashim rejab yang pernah mengarahkan filem Sekali Lagi, Papa 1 Love U dan 3 Temujanji.

Idea asal untuk filem Halimmunan pula dari Dian Suzana dan Abu Huraira dan mereka merupakan anak kepada produser RR Empire.

Filem ini turut mengandingkan Intan Ladyana dan turut dibantu oleh Gbob Raja lawak, Zul Suphian, Syuk Balas, Fendi Balas disamping arts veteran seperti Wan Hanafi Su, Kaza, Khatijah Tan, Muslee Ramlee, Allahyarham Zami Ismail dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Halimmunan Dari Bro Framestone

Filem ini mengisahkan seorang remaja Halim bin Munan (Fizo Omar) yang seringkali dibuli oleh rakan-rakannya kerana sifat yang lurus dan nama yang dianggap pelik. Malah Halim sendiri sebenarnya menganggap dirinya tidak dapat dilihat serta berangan menjadi halimunan dari kecil sehingga dewasa.

Sehinggakan pada satu hari, Halim telah difitnah oleh orang kampung kerana mengintai Suriyati (Intan Ladyana) anak gadis Arsyad (kaza). Tetapi Munah (Khatijah Tan) iaitu mak halim tidak mempercayai tuduhan tersebut.

Untuk membersihkan namanya, Halim sanggup bertemu Wak Mali (Wan Hanafi Su) seorang bomoh bagi merealisasikan hajatnya menjadi halimunan sebenar. Wak Mal menyuruh Halim membawakannya separuh kain kapan perempuan mati pada malam Jumaat.

Maka Halim ke kampung sebelah untuk mengambil kain kapan tersebut. Sewaktu beliau ingin mengambil kain kapan, orang kampung ternampak perbuatan kurafat yang beliau lakukan. Maka beliau berlari bersembunyi sambil membaca jampi serapah yang diajar oleh Wak Mali.

Malangnya, mayat dalam kubur tersebut telah hilang dan mula menghantui pendudukan kampung dengan kehadiran pocong yang ingin mencari saki baki kain kapannya. Sedangkan kain kapan tersebut telah dibakar oleh Wak Mali dan Halim pula telah bertukar menjadi Halimunan.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini?

Apakah yang bakal terjadi pada penduduk kampung? Dapatkan pocong tersebut ditenteramkan? Adakah Halim dapat kembalikan maruah keluarganya yang tercalar? Adakah Halim akan halimunan selamanya?

Ketahuilah kesudahannya di pawagam berhampiran anda bermula 13 September 2012.

Trailer Filem Halimmunan.

Gambar Pocong bawa kereta. Antara babak paling lawak dalam filem ini (jangan termiss babak ini)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Review Dan Sinopsis Filem Halimmunan

  1. Filem ini mengingatkan filem XX Ray arahan Aziz M. Osman cuma jalan cerita bagaimana menjadi halimunan berbeda sedikit.

    Garapan Aziz M. Osman yang mana batu meteor boleh mengubah menjadi manusia halimunan nampak lebih bijak.

Leave a Reply

Top