May 2, 2024

Menuntut Ilmu Dengan Blogger Beautifulnara

Lagi nak dekat tarikhnya, lagi terasa debarannya.

Alhamdulillah semalam hati bro telah ditenangkan oleh member kamcing, blogger pemilik beautifulnara.com

Rasanya dia kot paling banyak ikuti perkembangan hidup bro (bukan perkembangan blog) jatuh bangunnya bro.

Tapi masih tak mampu nak tewaskan RedMummy yang senyap-senyap amik tahu pasal bro. Tapi sampai sekarang dia tak nak adjustkan bro dengan anak sedaranya. (sekadar gurauan)

Bila tengok gambar diatas ini.

Nampak jelas, bro sudah semakin tua. Mungkin lepas berkahwin nanti, akan nampak lebih muda. Siapa tahu kan.

Banyak juga la si Nara kongsikan cerita dan nasihat dengan bro.

Bukan pasal blog, blogging ke apa. Hanya mengenai persiapan nak melangsungkan perkahwinan.

Memang dia akui, lagi nak dekat dengan majlis lagi banyak tekanan yang akan kita terima. Insya’lah jika niat kita baik, pasti akan dipermudahkan olehNya.

Jika tidak, anggapkan sahaja sebagai dugaan.

Si Nara nie tau kisah bro dulu, dia antara rakan yang banyak bagi moral support. Walaupun time tue ramai yang bantai bro cukup-cukup.

Semuanya kententuanNya, pasti ada hikmah disebalik kejadian.

Bicara Bro : Bila kita nak melangkah,

Sebelah kaki memijak tempat yang dipijak, dan sebelah lagi mencari tempat untuk dipijak.

Maksudnya, sebelum kita mengimpikan sesuatu, pastikan kita tahu dimana tempat patut kita berada.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Menuntut Ilmu Dengan Blogger Beautifulnara

  1. Tahniah Bro.. Dah tak lama dah tu.. Tak lama lagi nak melangkah ke alam baru..

    Tengah tunggu bro umumkan tarikh keramat tersebut.. ;)

    Bagi orang yang telah berkahwin terlebih dahulu, saya ucapkan “Welcome to The Club”..

    Wajah beautiful nara kelihatan masih muda.. Bro tahu tak berapa umur beliau?

    1. Rasanya tarikh bro dah umumkan.. Cuma tak umumkan dalam blog je lagi.

      Tau je umur dia.

      Nape ek? Dia dapat isteri yang lagi muda dari dia.. tue yang aura kemudaan isterinya masuk dalam dirinya.

      Sebab tue ramai lelaki yang umur 40an mula cari yang muda he..23x

    1. mu rimas nape pulak

      Ada la… kes ditulis di blog, cakap belakang… benda kecik, disebar-sebarkan.

      So terpaksa buat hati kering bila jumpa orang lain.

      Dunia ini bukan besar mana-mana. Cakap mana-mana pun, akhirnya sampai juga ke telinga ini.

  2. betul, lg nk dekat lg byk tekanan .. byk dugaan. kene byk bersabar. insyaAllah.

    dekat kan diri pada Allah, insyaAllah dipermudahkan n rasa tenang sgt.amin

  3. Sebenarnya susah hendak mendapat ilmu kerana ada yang bimbang menjadi pesaing mereka tetapi kalau difikir balik kalau ramai berjaya dan sama-sama nikmati kesenangan bukan untuk kita seorang sahaja.

Leave a Reply to Jun Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *