Bro sekarang berada di Hotel Renissance, Kuala Lumpur sebagai media untuk Malam Anugerah Astro Arena 2012.
Disini bro akan buat live update keputusan rasmi anugerah ini.
Anda boleh menontonnya secara live melalui Astro Arena 801 dan 188 untuk siaran HD.
Keputusan rasmi Anugerah Astro 2012.
1- Anugerah Atlit Muda Pilihan.
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)
2- Anugerah Kebangkitan Pilihan
Lee Hup Wei (Olahraga)
3- Anugerah Jurulatih Pilihan
Ong Kim Swee (Bola Sepak)
4- Anugerah Blog Sukan Pilihan
SuaraSukan1Mas (Mohd Aiman)
5- Anugerah Khas Jasamu Dikenang
- Allahyarham Razali Alias (Bola Sepak)
- Mendiang Khoo Beng Khai (Bowling)
6- Anugerah Khas Arena
Allahyarham Salam Sidek (Memanah Pralimpik)
7- Anugerah Perlawanan Pilihan
Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011 – Malaysia vs Indonesia
8- Anugerah Meja Sukan Pilihan
Harian Metro
9- Anugerah Dewan Kemasyuran.
- Datuk Abdul Ghani Minhat (Bola Sepak)
- Dato’ M. Rajamani (Olahraga)
- Adnan Saidin (Takraw)
- Sylvia Ng (Badminton)
10- Anugerah Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
11- Anugerah Atlit Wanita Pilihan Berpasukan
Nur Fateha Mustapha (Basikal)
Nur Fateha ditemubual wartawan sempena kemenangan beliau. Khairul Fahmi tidak dapat hadir kerana berada di luar negara untuk perlawanan bola.
Tahniah kepada semua pemenang. Terima kasih kepada Astro Arena kerana sudi menjemput Bro ke majlis anugerah.
Astro Arena – Nadi Sukan Malaysia
bagus2..cepat2..hehehe…
He…23x Bro perlukan seorang PA yang boleh tolong update blog di lokasi.
Dah la bro tukang amik gambar, tukang update facebook, tukang update blog dan tukang makan…
Memang tak termampu bro nak buat semua. Tapi tang makan tue, bro memang mampu
nazmi yang rembat gol cantik hari tu ke?
Yup…. Tapi rembatan yang mana satu yang cantik tue ek?
pantas bertindak
tahniah kpd semua pemenang :)
Tak pantas mana pun.. Duduk dekat meja Media, rasa janggal juga if tak buat apa-apa kan
astro arena pun siap ada anugerah juga..
Start tahun lepas dah ada dah
siap ada anugerah blog.. bagusnya!
Itu memang blog yang cerita pasal sukan. Memang gempak blog dorang…
oo. tgk anugerah ni sikit2 kat tv.. tak perasan plak bro kat mana
Meja bro kamera xcover sebab dorang tahu.. Orang yang duduk meja bro nie jenis tak reti dok diam he..23x
Kejab duduk, bangun.. jalan sana sini…
yes apex menang..nazmi menang..hahaha
Jay ada undi x?
ade..sekali je..hahaha..mmg dah agak boleh menang punya..:)
tahniah kepada skuad sukan negara yg menerima anugerah smlm :)
frust la zulfadli tak dpt :(
Frust dia ek.. Ada undi tak tempoh hari?
tempoh hari sy tak undi pun. hehe ~ gaji lom masuk
tak sempat nak tngk, tngk keputusan cukup la.. hehe
Xpe…. no hal punya… ade undi tak tempoh hari?
Bro tak dapat anugerah main bola ? :D
Tiada yang nak calonkan bro :)
kenal si apek je..aduhhh kurang tau info sukan huhu
jangan amik tahu pasal artis je.. pasal atlet pun kita kena amik tahu.. tapi bukan pasal gosip dorang ek..
kita amik tahu pasal pencapaian mereka
iyaa..betul tu bro..lepas ni nk amik tau psl sukan jgk la, pengetahuan am
tahniah kepada semua pemenang..:D
Tahniah buat pemenang.. ;)
yey nazmi menang…
adik amal. he he
ye ke adik amal?
xde la.. muke mereka kan sama skit
Atlet wanita lumba basikal Nur Fatiha nampak macam sudah pulih daripada kecederaan.