Lagi nak dekat tarikhnya, lagi terasa debarannya.

Alhamdulillah semalam hati bro telah ditenangkan oleh member kamcing, blogger pemilik beautifulnara.com

Rasanya dia kot paling banyak ikuti perkembangan hidup bro (bukan perkembangan blog) jatuh bangunnya bro.

Tapi masih tak mampu nak tewaskan RedMummy yang senyap-senyap amik tahu pasal bro. Tapi sampai sekarang dia tak nak adjustkan bro dengan anak sedaranya. (sekadar gurauan)

Bila tengok gambar diatas ini.

Nampak jelas, bro sudah semakin tua. Mungkin lepas berkahwin nanti, akan nampak lebih muda. Siapa tahu kan.

Banyak juga la si Nara kongsikan cerita dan nasihat dengan bro.

Bukan pasal blog, blogging ke apa. Hanya mengenai persiapan nak melangsungkan perkahwinan.

Memang dia akui, lagi nak dekat dengan majlis lagi banyak tekanan yang akan kita terima. Insya’lah jika niat kita baik, pasti akan dipermudahkan olehNya.

Jika tidak, anggapkan sahaja sebagai dugaan.

Si Nara nie tau kisah bro dulu, dia antara rakan yang banyak bagi moral support. Walaupun time tue ramai yang bantai bro cukup-cukup.

Semuanya kententuanNya, pasti ada hikmah disebalik kejadian.

Bicara Bro : Bila kita nak melangkah,

Sebelah kaki memijak tempat yang dipijak, dan sebelah lagi mencari tempat untuk dipijak.

Maksudnya, sebelum kita mengimpikan sesuatu, pastikan kita tahu dimana tempat patut kita berada.