Seperti yang pernah bro hebahkan di laman facebook bro (add la kalau tak pernah add lagi)
Bro sedangkan menjalankan Projek 100 Bloggers untuk bulan ini. Hanya bulan ini sahaja. Bulan depan bro tutup
Untuk projek ini,
Bro akan mengumpulkan :-
- 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
- Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
- Blog berbahasa melayu atau english.
- Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
- Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
- Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
- Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers
Nak join? Mudah sahaja.
Anda hanya perlu :-
- Promote projek ini di blog anda (dalam bentuk blog post – pastikan anda memenuhi syarat di atas), maklumat korang copy paste je la dari entry ini. Bubuh link ke entry ini dan juga borang pendaftaran.
- Kemudian isi borang ini.
- Tunggu feedback – email/call dari bro
- Jika layak, anda akan di pilih. Itu sahaja.
Mesti korang tertanya kenapa bro cuba running “Projek 100 Bloggers” ini?
Bro insya’lah dalam bulan 4 atau 5 akan present kertas kerja bro di kepada klient-klient bro di mana 100 blog yang terpilih akan menjadi medium pengiklanan kepada produk mereka.
Setiap blogger akan menerima sponsor post.
Anda hanya perlu menulis dan mempromosikan klient yang akan bro dapatkan. Dan anda akan dibayar. Walaupun nilainya bukan beribu ringgit. Tetapi ianya amat berbaloi bagi anda yang ingin menjana pendapatan dari blog.
Feedback anda amat bro hargai.
Sebarang permasalahan, boleh roger bro di bahagian komen di bawah.
hastag di twitter : #Projek100Bloggers
Bicara Bro : Ramai yang bertanya macam mana bro mampu buat duit dengan hanya berblog. So kali ini bro akan kongsikan kepada 100 blogger yang terpilih.
Bro sedaya upaya akan menolong anda, semuanya terletak pada diri anda sendiri untuk menolong diri anda atau tidak.
bro..kalau yg nuffnang tu dikira ke tak?
Selagi tak sign contract dengan nuffnang
wah…. projek beso tu bro!
tak menepati syarat lah ^_^
tak layak join lah -_-‘
Yang mana satu ek…
Boleh je di usahakan.. insya’lah bulan 6 atau 7 bro akan buat lagi
Nad try lah yg akan datang :)
Ok…
Jika projek ini masih berlangsung,
Try je la.. bro sentiasa buka
adehh..macam tak layak join..tengok je lah..
tang mana yang buat tak layak tue ek
yg ke 2 bro…
short banyak mane tue ek
500UV dalam sebulan ke?
ha’a…
Kalau sebulan rasa macam tak logik pulak..
Kalau sehari 200 @ 300 boleh la..
500 uv sehari
Aku pun macam berminat je ngan projek nih…nti nk check kt google analytic dlu…
Assalam..
Alamak…syarat ke 2 tak lepas la…kadang2 je lepas..
Boleh je cuba… tapi kalau boleh perbaikikan la ek.. masih ada masa lagi sebelum hujung bulan nie
X tepati apa yg bro cari :(
Tang mane ek Nurul
bulan jan avg visitor 700k daily.. tp bulan feb tak sempat nak jengah lagi analytic..
tp mcm best jer.. Insya Allah, kakyong nak mencuba nasib… mana tahu dpt menajamkan lagi skil berblog.. :)
700k daily…??
Mantap tue…
perghhhhhhhhhhhh!!! 270juta sebulan sehari!? –“
kkyong… 700k daily? 700 uv kot …
tgh proses tukar ke hosting nie :)
he..23x gaya cam dah bertukar ek.. hope tak menghadapi ape2 kesukaran :)
Kena pakai hosting sendiri kerr?
itu lerrr……syarat yg ke-2 x menepati syarat.mcne ni bro….. ???
Berapa banyak kurang tue ek
banyak lerrrr……. kena usaha lebih gigih nihh nampaknya….
Syarat-syarat tu buat saya teruja kejap,nak cuba nasib la
Boleh je nak cuba.. tiada masalah
trafik nampaknya blom mencapai 500uv lg….
selama ini berapa ek…??
hahhaa..nak joinnnnnnn..tapi tengok syarat ke 2 patah seribu hati ku-___-
500 seminggu mampu lah bro
500 seminggu.. tue sikit sangat tue.. bro mmg xboleh nk nolong kalau lagu tue
hehehe..saya tade la sampai 500 per week bro.daily about 200 uv la lebih kurang.
nak join boleh je nik… bro alu2kan…
tapi dalam masa yang sama nik kena upkan la blog ek.. dari 200 ke 300.. lepas tue ke 400… dalam masa sebulan nie.. sure boleh punye
insyaallah bro.sampai hujung bulan ni ek penyertaan?akan cuba jaya!
hmm.best .tapi tak layak . haha. semoga projek nih dapat smbutan . best of luck abang :)
tak layak tang mane ek… kalau sudi.. tolong la promote projek nie ek
Menarik, tapi sama gak tak layak..hehe…takpe kasi tolong promot nanti.. ^__*
thank mat… nie la cara nak up blogger2 bawah… jangan terlalu mengharap pada iklan banner je kan
sgt2 x layak…. huhu…
Tang mana yang buat x layak tue ek
tgk syarat no.2,3,5 ngan 7 tuh.. terus x jadik nak join.. hehe.. confirmed x layak..
Belum cuba belum tahu…
Jangan mengalah, banyak yang perlu diperbaiki…
Bukan cukup untuk sekadar melayakan diri je.. kalau boleh setiap masa.. jika bukan sekarang.. usaha untuk akan datang
Syarat 2 dan 4 tak lepas.. Sob3..
boleh diusahakan la umar…
Mcm nak join tp takut x layak. Ahahaha..ada soklan sket nak tanya sblm sent email
1- klu pasang iklan NN, layak ke tak?
2- Bukti trafik tu, nak kena amik 1 bulan ke 1 minggu ke camne?? Mak nak screenshoot kat NN jer nih..
Try je la mak.. tiada masalah..
Erm xde masalah pun.. elok trafik sebulan dan seminggu.. nk check trafik harian
tengah usaha naikkn trafik ni :)
semua syarat dah boleh lepas, tinggal uv je.
uv sekarang berapa ek.. if takat 200-300 masih boleh di usahakan
masih maintain kat situ lagi la bro..
alaaa..mcm x layak tang no 1, 4, 6 huhuhu
tp nk try jgk laa
Boleh saja.. tapi bukan just try masuk je tau.. kena juga try upkan apa yang kurang…
Bro boleh tolong promote blog korang… tapi tak guna promote jika korang pun xberusaha nak mantapkan blog kan..
Ayuh…!! mulakan dari sekarang
yup2..dh join, thanks bro !
yeahh i will try my best..kena aktif semula :)
malangnya tak dapat nak sertai kerana tak cukup kelayakkan ….
Tang mane yang xcukup ek.. try je la.. mane la tahu lepas ini cukup ke kan
Teringin tapi UV nak cecah 50 sehari pun nangis, camne nak join ni?? Huhuhu
Jangan la nak merendah diri beb…
Nanti aku pinang Nurul nanti… gigit jari la mu nanti
tak lepas syarat la nak join
syarat mana yang tak lepas tue ek
500uv…memang tak dapat
takat 500 uv.. boleh diusahakan…
jangan mengalah je
rasa macam nak join.. tapi tang UV tu yang payah tu.. kadang2 lepas gak 500. tu pun kena selalu bw dan ping. tp kalau langsung xupdate just dpt 200++ je sehari.. haha buat malu je kalau join. xcukup layak.
Rasa boleh layak tue…
Tapi dengan syarat.. cuba update blog setiap hari… insya’lah boleh dapat 500 uv tue….
if tiada idea.. just lepak je dekat blog bro.. insya’lah akan ada idea
haha otak ni selalu blurr.. kadang2 ada benda nak update tp masa mcm susah nak arrange.
macam bro.. selalu update blog selepas subuh… boleh la tulis entry dalam 2-3 untuk 2-3 blog yang bro ada…
then set autopublish…
kadangkala update pakai hp je.. if dalam train.. tengah drive.. or tengah termenung dalam bilik termenung
haha yeke? tak terfikir lak nak buat entry autopublish.
Bro sejak tahun 2007 selalu pakai autopublish…
Lagi2 kalau bro 2-3hari xde internet or bz dengan event.. memang xkan sempat nak update blog…
Kadangkala bayar orang untuk updatekan blog bro
ohh yeke.. tapi blog bro ni dah superb. x update pun ada yang dtg
Up date je ke?
tak ping blog ke?
nak tau jugak..
kadang2 sabtu ahad memang susah nak dapat sampai 500
memang la.. tp bro tetap kena update.. sebab ade beberapa post mmg dibayar atau disponsor untuk masuk blog bro
haha untunglah~
apa yang untungnye ek…
ini la punca pendapatan bro sebagi full time blogger T-T
if tiada, maka tiada la duit bro nak makan
hehe takpe2.. happy blogging bro.
nak join tp tang UV yg sangkut sikit tu bro…mmg tgh usaha nak naikkan trafik harian..
sangkut sikit mane ek..??
boleh je tue… jom join dan naikan trafik blog tue
kalau tak update boleh la dpt 200++…mmg kena update selalu kalau nak capai 500 tu…kalau da ok trafik nanti, insyaallah join projek ni…hee..
menarik, saya dah hantar penyertaan kat borang tu :D
Dah selamat diterima.. terima kasih sebab sudi join
Hm.. layak ke den ek? tang copy paste tu kengkadang ada buat sikit. huhuhu
if sikit2 xpe la.. jangan la nampak cam blog surat khabar kan
Dalam borang tu ada kata komen sekurang2nya 5 komen setiap blog post..
kadang2 lebih kadang2 takde langsung. camne tu?
saya lagi la xlayak…hehe
tak layak kenape ek
no 2 tu bro…x capai lagi.. jauh lg kot..hehe
uii, banyaknya komen pasal tak layak bab UV ni. saya pun sama. Trafik sekarang ni main setakat 300 je.
Soalan saya, bagaimana nak upkan UV? Haha, suka hati je bagi bro soalan.
pastikan blog kita berbaloi untuk dibaca.. ada pengisian dan infomasi..
sure oreg akan dtg bace
oo, begitu.
faham2.
terima kasih
Projek besar nie…
Semoga berjaya bro..
P/s : lame tak singgah sini… Ni baru je nak berjalan2 kembali melawat blog rakan2 lame.. ;)
kalau ramai yang join.. ada sambutan.. insya’lah boleh pergi lebih jauh
erkkk..tak menepati syarat no 2… sejak akhir2 ni trafik jatuh merudum… :)
Bro nak statistik yang terkini ker… kalau yg terkini(bulan Feb) mmg x menepati syarat sbb blog kerap down bulan lepas yg menjadi antara punca tafik menurun…
bro akan terima juga.. dalam masa yang sama.. bro akan review prestasi setiap blog yang join…
Berminat, tapi sayang tak menepati syarat no.2 tu
ramai yang xdapat penuhi syarat ke-2
oh ye ke? Jika nak join boleh tak? Masuk nama aku sekali..
Kena apply…
syarat dah lepas .. traffik kebanyakkan dari search engine jeee..tapi kurang dapat komen dari org ramai…agak agak layak ke….?? kalau buat program berdasarkan review sesuatu produk + on page seo memang berminat saya nk try….
niche seo mengenai ape ek..??
Niche gossip + movie + drama … kiranya hiburan nya niche… ;-)
Macam hiburan susah sikit sebenarnye….
Tak banyak company yang nak mengiklan kecuali blog itu ada nama dan trafik dorang memang tinggi dan berpengaruh….
Kalau suam2 kuku.. dorang pun xberminat
Traffik setiap hari 1K keatas.. Kalau cam tu tak pew laahh..
glurp!! 500uv shari . fuhh ni kalo bro mmg bleh sgt la , ben , yuyu , lyssa , cik epal ke , zack , syamsidflymoo , irine ke , xpon hanis zalikha . dorg ni layak la..huhu ni yg mempertingkatkn mutu blog ni huhu
dorang ranking lg tgi… main riban2.. xmain projek kecik cam nie..
bro just open perluang kepada korang je nie.. terutama yg baru nk bertapak nie
nak cuba jg lah
turun juga tapi masih dpt mengekal aras 500 uv sehari tu kalau dilihat kat google analytic tu
kira ok la tue kan
nak try luck, jap tgk syarat lepas ke tak ye..
syarat tak lengkapla…… huhuhuhuu…
xleh nak ikut, bukan warga negara Malaysia :)
warga negara mana ek
sob…sob..tak layak..
aisey…blog x menepati syarat yg no2 gak..pastu..errr..camne nak check :p
xkan la xpasang stat dekat blog ke…
if pakai hosting.. rasanya ade stat awstat dekat cpanel
ok nak try lah :D
kak jie buleh tak?
Osp…!! kak jie dah tahap dasyat.. bagi la perluang pada orang2 baru kak…
Tapi kalau akak nk promote pun.. xsalah kak…
ooo….. ini boleh dilabelkan sebagai pilih kasih gak ni
nak kena up entri, kutukt2..hahaha
nnt kak jie up entri. pc baru baik demam
Bukan pilih kasih kak… cuma bagi perluang pada yang lain.. kalau akak nak join pun tiada masalah..
cuma payment kecik sangat kak… cam xberbaloi je.. tapi xsalah nak join.
tadi tgk traffic,kelmarin baru 3oo ja..huiiiii. tak celuih la pulak nak sampai 500
lama-lama nanti sampai la tue kan
saya lepas tak sayarat2 tu bro?..huhu
berdebar join..terpilih atau tidak…:)
InsyaAllah.. Amin..:D
teringin nak join tapi..rasanya tak layak dan lebih ramai yg lebih layak..
500uv sehari :(
apapun,goodluck tuk semua dan tuk bro juga :)
Aq x host blog aq d blogspot dn aq tulis blog gna hp. . .tp smua syarat aq layak ble jg ke ni bro?psal trafik mmg blog aq power sgt. . .tp yg aq anxious ckit ni sbb xhost blog aq d blogspot atau wordpress?ble jg ke join ni?
bagi bro mungkin tiada masalah… bg klient, mungkin ada masalah juga…
banyak aspek yang dorang akan tengok
O. . .jd xble la ni ye. . .xpe lah. . .
bace syarat no 2 dgn 5 tu terus rase down.. hihi
jangan la down.. kena usaha supaya tidak terasa down…
bro hanya mampu tolong apa yang termampu.. selebihnya…?? terletak di tangan anda sendiri
boleh ke ni?…
tengah review blog pak cik…
ada add saya dekat facebook x..?? jika ada, roger saya di sana
bro newbie nak tye ni uv tu unique visitor ye
yup…. unique visitor
ok…saya nak mencuba nasib..semoga diterima.. =)
As salam.. Mak Dara pun mencuba nasib..Fuhhh nebes juga mak dara .. Yelah.. dah le blog mak ni WORST BLOG OF THE YEAR.. layakkah terpilih nanti hahaha.. btw dah pun isi borang tadi =)
http://www.bicaramakdara.com/2012/03/projek-100-bloggers-bro-framestone.html
blog mak dara mantap ape.. sape cakap x
sha nak jugak bro..tp 500 UV sebulan lah bro..bukan sehari…aduhaiii. tp if bro ok, sha akan cuba naikkan UV sehingga end march ni. :)
dah hantar borang penyertaan.harap2 layaklah ye =)
Salam,
Tengok je lah.. blog masih baru,
sehari baru 100uv huhuhu
tak layak… UV kurang 200.. adeh.
x layak utk sertai, tapi nak sibuk2 juga pomot kat blog :P
aku boleh join tak? hehe..
boleh sahaja..
too bad my uv below 100, maybe I’ll try again next year :D
sik layak blog kamek :(
no 6 menjadi penghalang…
nk join jugeee….
kalau sesekala copy paste berita tu xpe kot? :p
Done bro.
## cuba jaya… ramai sangat dok kata tak layak.cuba la. siapa tahu bro pilih kita antara 100 tu.hadoii!!
Thanks bro..
projek ni look nice (: tpi my blog biasa je. nanti2 la tolong promote this projek kat blogger lain.
Bro, nak join jugak. Tapi cuba jelah. Terpilih atau tidak tuh kemudian hari..hehe3
nk join tapi bro xfhm yg terlibat dgn pgiklanan mana2 syarikat tu ..kalo shida mcm nuffnang tu kire pe? terlibat he..kalo ya xdpt la join ..ciri2 kat atas sume ok kcuali no.6, thanks bro :)
terikat dengan mana2 syarkat pengiklanan…
bro lebih spesifikkan ek… sebab ramai yang xfaham term ini…
sebab sekarang banyak blogger yang sign contract dengan syarikat pengiklanan seperti nuffnang dan agensi2 pengiklan termasuk PR company…
di mana mane2 post or eventyang perlu mereka hadiri perlu dimaklumkan dulu kepada company tersebut…
kalau takat tempek iklan or nk jaga status.. rasanya tiada masalah
Jay x layak join bro..huhu..Nak sampai 500 sehari tu pun xpernah tercapai…xpe Jay akan berusah utk naikkan trafik blog..
alaaaa…
blog org baru ada 289 UV…
kalau nak try jugak boleh tak???
huuwaa…
ok.masuk syarat kedua je dah tak layak.huhu
Bro nak tanya UV tu yang check dekat mana eh? *adehh… nilah soalan yang paling kelakar rasanya*
Agak kelakar juga la…
Kita check pada stat.. ada blogger yang guna 3rd party stat like google analytic… Nuffnang stat etc..
Kalau guna blogspot.. memang ada stat sendiri..
Bagi yang guna blog hosting.. boleh login cpanel.. check dekat awstat..
Isk, mujurlah dia tak letak syarat semangkuk hati nyamuk.
wahh, ni yg buat den berkobar2 nak join ni..
emmm 500uv!!! mmg tak dapt nk joinlah.. kita nikan bloger2 yg kurang 500uv sehari… terus dipinggirkan… bak pepatah.. “yang kaya terus kaya, yang miskin terus-terus miskin”
kutooobamboo tersinggung
tumpang join bro
Boleh cuba ni..
woo..best :) ni mcm buat promote iklan nuffnang mcm sesetgh blogger buat tu kan..kalo blog ramai org singgah okay la join,mesti laku nye :) good luck ye abg ^___^
Nak join jugak projek ni, dah buat entry .. tunggu nak isi form je. :)
Saya sekadar mencuba keran UV500 tidak konsisten.
Salam bro, saya dah join.
Hehe!
http://apekblogger.blogspot.com/2012/03/projek-100-bloggers.html
Nanti aku post entri ni ngan bukti google analytic bro…harap2 lepas laa…
Done Bro.. http://abangensem.com/buat-duit-melalui-projek-100-bloggers
Dah buat entri dan tgh tunggu keputusan dari bro…
Salam saudara .semoga berjaya tau. niat baik, insyaallah ALLAH balas baik usaha ni :)
eh , komitmen tu yang tak mampu. apapun tetap menyokong dan mendoakan , untuk yang bakal terlibat , semoga berjaya :)
aku nk join tp trafik x tinggi lg. maklumlah blog baru. uv pun bwh 300 je sehari
Da join bro…
http://skytechxtreme.blogspot.com/2012/03/projek-100-bloggers.html
bro..jijah nak cuba nasib yer..
http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2012/03/projek-100-blogger-oleh-broframestone.html
rasa cm xlayak jer tp kalo nak join juga boleh ke bro?haha
boleh apa salahnya…
tak cuba siapa tahu kan.. bro baru je lepas melawat blog kamu… nampak macam menarik.. cuma ade beberapa part perlu di baiki…
baru mudah untuk di marketkan
macam tak layak kami ni…tapi saje la nak try..mana tau, tuah ayam nampak di kaki kan…untung2 terpilih…=)
Assalamualaikum tuan,
Ada harapan lagi ke nak tumpang sekaki ni…projek-projek macam ni memang minat sangat-sangat ni..sebelum ni ada buat juga tetapi kecil-kecilan sahaja.Tq
W’salam…
Boleh sahaja.. tiada masalah :)
Ok, Sya dah promote di blog.
Aku dah cuba join, tapi smpai skg bro tak inform apa2 pun…tak lepas kaa?
http://yastro.blogspot.com/2012/03/projek-100-bloggers-bro-framestone.html
Bro rasa bro xterima borang kot… sebab check dalam email tiada
ye kerr? Nanti den buek lain…
http://www.pangkin4rest.com/2012/03/projek-100-bloggers.html
aku tak layak nampaknya.. duduk luar Mesia mcm mana?
Special kes nih.. hik3
duduk di mane ek…??
sis ni duk kt Brunei[suami kojo sano kut]…rakyat mesia
hehe..
walaupun hati teringin nak join..
tapi terang-terang tak layak..
:)
macam best.. tp nak tau jugak.. yang no 7 tu.. gtau snggup bg komitmen kan… contohnya macamana tu??…
komitment yang diperlukan…
contoh : jika bro bagi satu tugasan dimana dia perlu siapkan dalam tempoh 1-3hari… tetapi dia tak dapat nak buatkan dalam tempoh masa tersebut + tak bgtau bro yang dia xboleh nak buat + delaykan sehingga beberapa hari selepas tarikh due.
bukan takat tulis di blog dan biar sahaja.. tetapi promote blog post tersebut
ooo kiranya hanya sekadar dlm blog je la kan.. xda sampai ada aktiviti dkt luar la kan?..
Bro, sy nk join.. tapi langsung x cukup syarat….. boleh tak..? :) :) :)
Syarat yang mana tidak cukup..??
sy budak baru belajar… semua kot.. :)
bro. saya sudah join
saya sudah join tapi saya open for any rejection. kerana ada 2 syarat yang rasenya tak dapat di penuhi especially bahagian komen kerana blog saya bukan komen friendly, kalau trafic sehari ok la dah dapat 5-6k uv a day.
anyway saya ingin mencuba.. saya sedang di tranformasi kan ke personal blog
kalau nak join sempat lagi ke?.. bila due date?
Saya join… harap ada rezeki :-)
http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/03/projek-100-bloggers-oleh-broframestone.html
Kami dah joint…. semoga dapat membawa manfaat bersama… aminnn…
penyertaan dibuka lg ke bro?
dh join…sekadar mencuba..
http://ahmadfauzi-ahmadfauzi.blogspot.com/2012/04/projek-100-bloggers-cetusan-idea-bro.html
salam..nk join tp bile baca yg no 2 tu terus tak layak huhu..xpela insyaallah next time kalo ade rezeki
ianya akan terus running…
selagi projek ini ada tempat dimata klient yang akan bro dapatkan…
so kena mantapkan lagi blog..
Benjy rasa nak join ni …. tunggu 30/4/2012 nak bagi lates punya bukti trafik …. sempat lagi ke broo ? :D
sempat je… tiada masalah
Bro, masih boleh join ke?
terbuka lg ke projek ni ye??kl ye nak apply jugak..
yup.. masih lagi dibuka :)
tq respon..ciktom dh submit borang..cuma xpasti success ke x sbb lepas klik “send” terus borang tue hilang..huhu..bwh tue permalink promote entry bro framestone n juga bukti statistik trafik..
Wah! I want!
No problem :)
ok bro dah mohon untuk join :)
assalamualaikum bro…bestnya kalau dpt jadi mcm blogger femes ni…:)
Tak juga… Buat apa femes, kalau ramai yang membenci dan ramai yang mengambil kesempatan :(
nk join gak..
Ermmm macam nk join tapi trafik on off. Sedihnyaaaa. Bab komen banyakla kat entry dkna.
berminat ni..menarikk
terbaik projek nih..
`
Roger bro.. gua join try mana tau..
bila akan ada lg projek cenggini bro. dulu aku x sempat nak join sbb baru jd blogger. traffik pon segan nak masuk. huhuhu
wah macm menarik jer bro..tap sy nih baru jer berjinak gan blog..