You are here
Home > Uncategorized > Shazwani Shakeri DJ Baru Buat HotFM Kelantan

17,422,597 total views, 4,418 views today

Shazwani Shakeri DJ Baru Buat HotFM Kelantan

Ini merupakan kali kedua rakan blogger bro menjadi penyampai radio di Hot FM.

Kali ini Shazwani Shakeri atau bakal dikenali sebagai DJ Shaz pula menjadi penyampai Hot FM di Kelantan.

Ianya telah diumumkan oleh pihak Hot FM semasa sidang media bagi memperkenalkan 2 saluran baru dibawah stesen radio Hot FM iaitu Hot FM Kelantan dan Hot FM terengganu.

Jom support fan page DJ Shaz (moga dia akan terus berblog) Ini blog DJ Shaz.

Penyampai Hot FM Kelantan terdiri daripada :-

  • Shazwani Mohamad Shakeri (Shaz),
  • Syed Mohd Farid Mohd Noor (Farid),
  • Mohamad Hafizie Roslan (Fizie),
  • Wan Zuraini Wan Hasan (Rennie)
  • Mohd Izzul Nazmi Mazri (Izzul)

Manakala bagi edisi Terengganu pula :-

  • Mohd Rafly Rahamat (Rafly),
  • Ahmad Zulhilmie Zainal (Zul),
  • Mohd Hermansani Aminudin (Bell),
  • Muhammad Azri Ismail (Azri)
  • Nurul Ain Omar (Ain).

Shaz berkata tugas yang digalas itu akan dilaksana sebaik mungkin supaya mampu menarik lebih ramai pendengar untuk mendengar radio terbabit.

Dia juga boleh bercakap loghat Kelantan dengan baik kerana berasal dari negeri itu.

Walaupun latar belakang pendidikan beliau adalah sains komputer, ia bukan halangan kerana minat beliau dalam penyiaran cukup mendalam.

Seelan Paul berkata,

Hot FM bakal memperincikan pengisian mengikut dua negeri yang berada di kawasan Pantai Timur dan inti pati program akan diacu mengikut konsep pengisian yang lebih berperibadi mengikut negeri masing-masing.

Hot FM turut memperkenalkan Hot FM Cakno bagi Kelantan dan Hot FM Cakne di Terengganu yang bakal bersiaran setiap jam dengan memberikan informasi mengenai acara terkini di negeri itu.

Stesen radio itu juga akan mengadakan konsert mini bersempena pelancaran kedua-dua konti terbabit, masing-masing pada 6 Januari di Kuala Terengganu dan 7 Januari di Kota Bharu, yang diberi nama Hot FM Klate Yeah Yeah dan Terengganu Yeah Yeah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Shazwani Shakeri DJ Baru Buat HotFM Kelantan

  1. Perghh!! Harap2 boleh lawan la DJ RTM kelate yg sememangnya dah sebati ngan jiwa kami..
    HOT FM kena kerja lebih keras la memandangkan mereka masih baru di sana. Almaklumlah, rakyat negeri Kelate ni payoh sket ngan benda baru.

Leave a Reply

Top