Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini tetap RM 50.
Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan,
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50.
Pihak FAM tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.
Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain.
Penyokong kedua-dua pasukan turut membantah harga tiket itu bagi semua tempat duduk stadium.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti.
FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.
Bicara Bro : Bagaimana bola sepak Malaysia nak maju tanpa sokongan dari penyokong.
Suara penyokong perlu diutamakan dari fikirkan keuntungan semata-mata.
Penaja kan banyak. Jangan nak jadi macam Astro sudah la.
lps tu kerajaan negeri bg subsidi utk menangkan hati rakyat. duit tu rolling atr kerajaan ngan FAM je. janji dpt tackle rakyat untuk PRU kelak.
he…23x duit kerajaan negeri habis cam tue je…
kalau kumpulkan dah boleh buat untuk benda lain….
boikot suda..
tgok kat tv aje la sambil makan kacang..=D
He..23x layan tv lagi best… lepas tue buka astro arena if nk tengok ulangan
macam mana la nak naikkan bola sepak tempatan kalau harga tiket melambung macam ni. elok-elok boleh bersantai bersama keluarga dekat stadium, terus tak jadi sebab tiket mahalkan. lepas tu stadium kosong mula la nak salahkan peminat.
Kualiti stadium pun perlu diambil kira juga…
Setakat stadium bukit jalil tue… rasanya masih belum cukup selesa buat semua penonton…
semua benda nak mahal…
kerajaan memang dah miskin agaknya..
huhu
he…23x tengah tgu gak ape benda yang jatuh harga
apa susah..tgk kat mamak je sudah ramai2..hahaha…teh tarik baru bape je ngan roti canai..ye tak?RM50?hahaha..sib baik la aku tak minat bola…
fuuhh..nasib la tak layan bola..so slamat la duit..ekekekeekeke
tapi tak patut la naikkan hrga tiket smpai camtu kan..
mungkin ramai yang tak menyokong kata2 aku ni tapi RM50 boleh dikatakan murah selagi apa yang bakal kita tonton tu adalah perlawanan yang menarik.tapi bila perlawanan tak menarik RM20 pun kita akan kata mahal.betul tak? :)