April 18, 2024

Gambit Saifullah Mohon Maaf Kepada Blogger

“Sekiranya saya melakukan kesalahan, saya mohon maaf,” kata Gambit Saifullah

Gambit Saifullah menjelaskan tidak berniat untuk memaki hamun peminat, blogger atau sesiapa pun dalam laman sosialnya mengenai isu berkenaan.

Kini lebih 5,000 komen diterima daripada pengguna facebook yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kepadanya termasuk daripada bukan peminat yang menghentamnya di paparan peminat laman sosial terbabit.

Gambit mencetuskan kontroversi apabila klip video Marilah Menari yang dihasilnya dikatakan mengandungi unsur seks dan mendapat kritikan hebat daripada masyarakat di negara ini.

Gambit memberi penjelasan mengenainya memberikan alasan klip video itu dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat bukan untuk pasaran tempatan selain mempertahankan klip video terbabit.

Klip berkenaan memaparkan aksi panas antara pelakon Shah Jaszle dengan penyanyi Marilah Menari, Prema Yen.

Bicara Bro : Setiap apa yang kita lakukan, perlu berhati-hati takut termakan diri.

Mungkin bagi kita tiada apa-apa, bagi orang lain, siapa yang tahu kan. Benda kecik pun boleh jadi besar. Benda besar sikit pun boleh diperbesar-besarkan.

Bukan takat payu dara je orang nak besar, aib orang pun, ada je yang nak besar-besarkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

37 thoughts on “Gambit Saifullah Mohon Maaf Kepada Blogger

    1. Apa yang bro sebut dalam entry ini, semua ada dalam paper hari nie.. bro kias2 kan aje..

    2. eleh bro cover lettewww. x catchy punnn ayat last tu lol

      kalau untuk pasaran us,apesal buat bahase malaysia? apesal xnak ngaku awal? dah kena corner baru nak gebang macam2. belahla gambit…ko bukan hebat pun buat video tu….ingat kalau buat utk pasaran uganda sekalipun, org xkan jmpe ke? dose xdpt ke?

    3. Cover ape pula nie he….23x mane ade bro cover letter dekat sini he..23x

      Tau xpe.. die nak alih bahasa kot.. ala cam kite buat cite org hitler cakap melayu tue he…23x

      Tau xpe.. lagi2 la malaysia nie jenis kaki nk amik tau itu ini.. video untuk simpanan peribadi pun boleh tersebar meluas he..23x

    1. Mahu x mintak maaf, sure ade consultant yg consult die suruh minta maaf secara terbuka :)

    1. Cite2 bro dekat blog nie, kamu follow pulak ek he..23x

      Kalau kisah pasal bro, zati amik tau x..?? Mesti banyak bawa untung pada zati he…23x

    2. citer kat blog bro lain la..itu bro yg bercerita..tpi utk sy sndri google kisah2 diorg on the net, or bc news pasal diorg is wasting time.

      hissh, kalo kisah pasal bro mesti kena ambik tau..untung2 boleh masyuk skali…hahahaha

    1. Jangan amik port.. amik cerita n masuk dalam blog sudah..

      Biasa la.. setiap artis kan ade dorang punye consultant.. so mesti dorg dh diconsult sebelum jumpe dengan press

    1. Suka ke..?? Bro dari dulu agak kureng dengan die.. erm cik hel x suka dekat bro ke..

      Tapi bro bukan sape2

  1. kalo masih kekalkan ego dan bodoh sombong die tu…mmg TAKKAN lama la dia dalam industri ni…kalo pon nk buat utk pasaran antarabangsa, banyak lg idea dan story line utk video tu…xpayah la nk masukkan unsur2 lucah tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *