Jom sertai Octove.com laman sosial malaysia yang pertama. Daftar guna akaun facebook anda

Orang kata mamat ni ensem

Iklankan perniagaan atau aktiviti anda di sini

Mas Kahwin

Filed in Uncategorized 25 comments

Assalamualaikum wbt & salam kenduri kahwin

menarik la pulak gambar di atas yang bro google sebentar tadi. Putih suci la pulak, kalau dapat kat bro, mahu jadi warne kuning la pulak (ade sape2 faham maksud bro ini)

Lately kite digemparkan oleh berita mas kahwin diupkan ke RM300 di Negeri Selangor. Pasal mas kahwin pun nak kecoh2 kan… Ada2 sahaja kerajaan Negeri Selangor nie kan (Banyak lagi isu len korang kne fikirkan dari isu umah tangga yang xjadi lagi nie)

Mas kahwin (Mahar)

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4.

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang.

Sumber:- Wikipedia

Dan bro tergelak bila membaca tajuk di salah satu akhbar mengenai Mas Kahwin punca penambahan Andartu. Itu pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor.

He..23x jangan jadikan ini alasan. Sedangkan dari dulu lagi mas kahwin jarang dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak berkahwin. Malah ramai je yang berkahwin cuma tidak bernikah je. (betul x statement bro ini)

Bagi bro la kan, punca peningkatan andartu disebabkan oleh hantaran yang melampau2 melebihi kemampuan bagi pihak lelaki. Takat 10-20k tue boleh la lagi wat pinjaman. Tapi kalau sampai 30k-50k mahu dah anak 5orang pun xtersettle2 lg.

Dan disebabkan ini, ramai lelaki tidak berminat untuk berkahwin selagi tidak berkemampuan (so jangan salahkan lelaki jika tidak memilih untuk berkahwin) ada juga yang nak berkahwin tp tidak berkemampuan. Sekadar mampu memuaskan keinginan di hotel mahupun di semak (kahwin gak tue cuma tak bernikah)

Kekadang ada ibubapa yang mengabaikan keinginan anak mereka. Buh tinggi hantaran, mula si lelaki tertekan dan patah niat murni.. Tau2 anak dah membuncit (kan terpaksa dipermudahkan… elok dipermudahkan pada awalnya.. lagi diberkati Allah swt)

Langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki, sambung Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tang ini bro mmg sokong Nik Aziz walaupun berlainan fahaman politik (Ops bro mmg seorang political, harap maklum..!!)

Perlukan panduan untuk meringankan beban perkahwinan anda. Sila baca Panduan Mas Kahwin.

Posted by Bro Framestone   @   12 December 2009 25 comments
Tags : ,

25 Comments

Comments
Dec 12, 2009
9:06 pm
#1 farhana :

Alamak.. Kita tidak sefahaman politik laa ni ek bro??? Hahaha.. ;p

Betul tu, skang ramai jek kahwin sebelum nikah.. Adesss.. Mintak jauhkan.. Tapi kannnn.. Yg bab kuning tu eden tak bapo nak paham laa.. Hehe..

he..23x oh kita xsefahaman ke?? ke xsama parti nie.. coz bro rase ramai yg xde fahaman politik seperti bro… mne la tahu kita mempunyai persefahaman yg sama he..23x

bab kuning??? bab mane tue hhuhu?? sila terangkan kat mane bab itew

[Balas Komen Ini]

farhana Reply:

Haah laa.. Tak sefahaman ke tak separti ek? Heehee.. ;)

Bab yg kat atas tu, yg bro tulis kalau dpat kat bro mahu jadi warne kuning.. Haaa.. Kuning tu ler bro.. Ngehehe.. ;p

he..23x so mane yg betul nie… Tak sefahaman ke tak separti ek?

oh yg tue ek.. (maaf bro kekadng lupe pe yg bro pernah catatkan… maksud bro.. bro pantang dgn bnde putih.. confirm nnt akau bertukar jd warne kekuningkan jika bro pakai… (meant kotor la)

[Balas Komen Ini]

farhana Reply:

Hmmmm.. Seiring dn sejalan kot.. Hehe.. Separti mgkn tak, sefahaman itu saye tak pasti.. Sbb saye birthday party.. Hehehehe.. ;p

Adesss.. Blum tua lagi dh lupe, cane ni ek.. Haha.. Ouh.. Daki laa tu.. Kah kah kah.. Tak mandi ekkkkk.. ;p

he..23x seiring dan sejalan… seindah bunga di taman he…23x oh bro bukan party buih he…23x

bro mmg dah tua dah.. dh byk dah yg ditarik..lgpun mase bro wat entry nie.. bro deal dgn org yg nk mengiklan kat blog… sembg dgn3org kat ym.. reply komen kat facebook n men game sekli he..23x op snei bukan 3in 1 dah nie

daki ek… meh la mandikan bro n toyoh daki nie bg tanggal

[Balas Komen Ini]

farhana Reply:

Wah.. Tepuk tangan. Sedapnye suare.. Haha.. Hujan dah kat luar.. Syukur.. ;p

Amboi.. Bnyk keje btul dibuat dlam satu masa.. Mmg dahsyat bro sorang ni.. Mantoppp!!!

Meh saye kasi berus gune berus sabut yg keras tu ditmbah ngan clorox yg sure tanggal daki punye.. Hahaha.. ;p

cet sempat lagi perli bro ek.. tau la suara bro selunak suara si pemanggil hujanhuhuhu

mmg la leh wat 2-3-4 kerje serentak..tp banyak bnde gak yg terlepas pandang.. terutama yg remeh temeh la kan….

jgn la toyoh pakai berus…ken toyoh dgn kasih syg.. baru daki teu tertanggal he..23x

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:13 pm
#2 peribadi :

apa-apa pun biarlah kahwin tu dipermudahkan…..

harapnya begitu la… tp xramai yg nk permudahan…

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:17 pm
#3 Dakjaat :

pasal politik tolak ketepi sebab aku mmg xsuke nik aziz..

pasal kahwin2 adat orang melayu ni setahu aku ianya mengikut budaya orang india (rujuk sejarah) yang mana memerlukan duit dan beberapa adat2 luar which is bukan adat melayu..

lebih2 lagi trend zaman sekarang suke kenakan wang hantaran yang tinggi kononnya mengikut status pendidikan gadis yang bakal dikahwini itu.. kalau ade degree, ntah berapa puluh/ratus ribu yang kena bagi? gadis tu tak kisah, yang kisahnya family dia.. bukankah ianya terlalu kejam utk menghalang cinta seseorang lelaki itu?

bila seseorang lelaki itu tidak mampu memenuhi permintaan keluarga si gadis maka cinta pun terpaksa berhenti di situ.. sedihnya bukan main kepalang… cinta terhalang disebabkan duit saje tu… duit itulah penghancur akhlak manusia.. aku benci dgn duit tapi terpaksa juga demi sesuap nasi..

sorry, fahaman aku berbeza mengenai adat sesetengah org melayu ni yang terlalu demand sangat terutamanya bagi mereka yang berdarjat tinggi.. dah selalu sangat aku perhatikan kejadian seperti itu… kalau aku silap, perbetulkan la… aku ni orang cina, bukan org melayu… hehehehehe! perjelasan/pertanyaan aku ni panjang juga.. jgn balas pendek jer.. whahaha! ;p aku akan kembali utk mendapatkan jawapan.. ZASTTT!!!!!!!

p/s: jom visit blog Dakjaat! http://dakjaat.blogspot.com Thanks!

He…23x mmmg adat melayu kita mengikut adat india…. yang itu mmg xleh dinafikan… (tapi dok kutuk2 india tue kan sedangkan diri dorg sebijik2 kita ikut tanpa sedar)

he..23x lagi parah jika hantaran ikut nilai pendidikan dorg… byr mahal2 tp xreti layan laki or jaga laki.. tahu mengangkang je xde makna jugak kan… tue yg ade ramai budak U kahwin awal2 takut dah habis degree lambat nk tgu nikah.. tau2 je terberanak sana sini

he..23x even ko bukan melayu pun ko boleh nampak kan mengenai isu ini… tp aku rasa ade je di luar sana melenting jika aku ungkitkan isu seperti ini… jangan sampai ade yang xlaku sudah.. lagi terikut2 trendlagi ramai yg ikut trend kahwin xnikah2… makain bertambah kerje jabatan agama islam sedangkan byk lg bnde yg perlu dorg pantau dari bnde2 nie

[Balas Komen Ini]

Dakjaat Reply:

bagus, bagus kerana sudi mengaku ttg fakta pertama itu.. susah nak cari orang mengaku mengenai perkara tu. bab2 tak pandai layan laki tu aku tak tau nak ulas camne sebab tak semuanya macam tu tapi yang pasti mereka takkan sia2kan degree, dah tentu sepanjang perkahwinan akan sibuk memanjang sampai lupa tanggungjawab sebagai isteri.

dan aku rasalah kan, si gadis yang bakal berkahwin ni tidaklah sedemand mana pun, cuma keluarga saja yang terlalu mengada-ngada nakkan wang hantaran yang tinggi, tau la duit tu akan pulang balik kat pasangan tu juga.. tapi beban juga bile dengar permintaan yang begitu banyak tu..

apa yang terjadi sekarang, bila demand tinggi, si lelaki yang nak kahwin ni terpaksa buat loan daripada bank.. ha! inilah trend yang sangat2 gile dan tak logik tapi orang tetap buat juga. buat loan sebab nak kahwin. mula2 mmg sedap sebab kahwin kan? lama2 kenalah menanggung hutang yang lama gile sampai 12 tahun or l0 tahun kalau tak silap.. berbaloi ke hidup di dunia ni dengan menanggung hutang yang banyak? itu belum lagi kes2 yang lain kena bayar bill, hutang belajar, load kenderaan.. waa… kalau gaji RM2000 pun takkan cukup lagi2 kalau si isteri plak malas nak bekerja dan anak plak ramai .. boleh jadi miskin tegar ni…

bila jadinya kes macam ni, si isteri mungkin akan “oh bosannya hidup miskin dengan dia ni.. nak cerailah” .. lagi satu kes bertambah kat mahkamah …

he..23x kira ok gak dpt bini yang ade degree tp berkerja..dari dapat bini ade degree or master..tp dok umah terkangkang n habiskan duit kite je kan… kemas rumah malas.. masak xreti.. jg anak pun xtau… mybe mgu depan bro wat entry pasl itu kot..tgu je la nnt ek

tertibe bro teringt salah satu cerita bujang lapuk dulu.. yg dorg laki bini gaduh coz xcukup duit nk bayar hutang 10k semata2 nk kahwin n anak berderet2 beratur he..23x mmg dialog die tue sebenarnye menkritik trend sesetegh masayarakat yg terlalu nk wat loan utnukt berkahwin… tp belum tntu kehidupan mereka selepas itu bahagia… betul x

he..23x statement lat ko tue amat bro minati he..23x

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:20 pm
#4 lizi :

oh…baru tau rpnye pompuan ley ttapkan mas kawen tu sndr~

erm erm…

bab kawen ni sng je sbnrnye
tp di’komplicated kan org2 zmn skrg
dh lelaki tu gaji ciput
tp nk hntaran macam puteri gng ledang,knduri mcm datuk siti,ssh la…hehe

oh ter’emosi plak…;p

oh teremosi tertibe nie.. kalah si lelaki he…23x ke xsabo nk kahwin nie huhhuuh

yup perempuan leh tetapkan mas kahwin… mas kahwin itu boleh dalam bntuk tunai or dalam bentuk gelang or cincin… ini harta si isteri n si suami tidak mempunyai hak keatasnya kecuali bercerai sebelum disetubuhi…

[Balas Komen Ini]

atie Reply:

memang perempuan leh letak sendiri nilai mas kawen…sbb itu hak diri perempuan tersebut…

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:20 pm
#5 Dakjaat :

ko minat politik? meh berkunjung ke blog ni ..

http://unitmediasiber.blogspot.com

thank nnt aku terjah

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:21 pm
#6 kenari :

kalu hantaran berpuluh ribu sanggup dipenuhi takkan lah mas kahwin yg seciput tak bleh nak sediakan…terbalik kuang dah tu. knp mas kahwin yg disensasikan, sepatutnya wang hantaran yg perlu diletak siling

errrr kaler kuning tu sbb anak raja ke :p

he..23x itu yg ingin bro perkatakan..tapi xde pulak yg memperkatakan.. tetapi lebih suka pula berbangga2 dgn bnde nie

ops kaler kuning sebab bnde tue terkotor he…23x anak raja jauh sekali even selalu berangan jd anak raja

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:26 pm
#7 Dakjaat :

betul kata lizi tu .. org zmn skg ni yg suke merumitkan perkara yang mudah.. kerana duit cinta pun terhalang….

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
9:56 pm

hiks…
kopek den klu mahu antaran tinggi…
x kawen2 la jwb nye…
huuuuuuu

he..23x eazy dah nk kahwin dah ke.. dgn sape nie..dah ade colan2nye ke

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
10:04 pm

Yg penting nikal..majlis tu sepatutnya sederhana je..tp mak ayah letak tinggi2 pon sebab nak buat majlis terbaik tuk anak dorang..

he..23x tue la.. nk sangat wat majlis terbaik..sampaikan si anak merana xkahwin… ada yang sanggup kahwin dulu tp xsanggup nk nikah2… len la cam dulu.. nk nikah je larik sempadan huhuuh

[Balas Komen Ini]

Dakjaat Reply:

tapi bukankah dalam Islam, sederhana itu sudah memadai?

yup betul….tp xramai yg nk bersederhana coz terikut2 hasutan dan hilang pertimbangan bila niat berubah menjadi riak n menunjuk2

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
10:09 pm
#10 Lord Zara :

hehehe~
mas kahwin kat Johor RM 22.50~
So, gentlemen out there, please, I’m single and totally available.
LOL!

mas kahwin kat johor mmg murah..tp mane tahu Zara nk up ke.. eh wat offer kat blog bro nmpk.. krg bro g pinang nnt…

[Balas Komen Ini]

Lord Zara Reply:

hehehe~
carikan lelaki bujang lah bro~
haha~
bro kan dah berpunya~
lari~~~

senior saya punya mas kahwin senang je~
simple~
hantaran pun simple~
takde gubah bagai~
tapi isi dia, mantap~

susah nk cari laki bujang nie zara oiii…. ada yg bujang tp rela membujang je huhuhu…. ops bro ade kauta lag he…23x

[Balas Komen Ini]

atie Reply:

kauta org gaji ade la…ngan tukang kebun n driver…cukup la 3 kauta lagi

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
10:09 pm
#11 akufrazi :

ui, ak dah naik klia trancit to lcct..hhah..jgn lupa naik ak punya..

ok roger…laju ek dtg blog bro…naik klia transit rupanya

[Balas Komen Ini]

Dec 12, 2009
11:50 pm
#12 @LiYaNNuaR :

kalo dok pikir sgt pasai nihhh… jenuh ler…

he…23x so jgn la fikirkan ek.. elok fikirkan cara mudah untuk memperisterikan anak org.. jgn di perbinikan tanpa nikah sudah

[Balas Komen Ini]

Dec 13, 2009
8:50 pm
#13 atie :

mas kahwin tu skit pun x membebankan….hantaran tu yg membebankan…kalo kawen tanpa duit hantaran sah perkahwinan tuh…

xpaham betul la ideologi orang sekarang nie…ade anak perempuan yg langsung xpndai masak, xpandai wat keje umah blaja pun cukup makan je hantaran letak sampai 20k…sthun dua thun leh la kekal…ingt laki sanggup ari2 makan luar?…hal cam tu org xnk bising plak?…ingt anak tu bgus sgt ke nk letak hantaran tinggi2…

[Balas Komen Ini]

Dec 17, 2009
10:48 am
#14 pRincEsS_N :

uhuuu….mas kahwin N t 300..cian Za kne bayar..N klo bole nk 80 je ok…bek ati kann…lalaalalla

[Balas Komen Ini]

Dec 20, 2009
11:48 am
#15 cikepal :

kalau hantaran letak rm50..mesti ramai masuk meminang…wakaka :D

[Balas Komen Ini]

Dec 20, 2009
2:53 pm
#16 lala :

ramai yg berkahwin cuma tak bernikah, cemana la tu..

[Balas Komen Ini]

Mar 22, 2011
6:16 pm
#17 hanisaleeya :

ayah kata jangan lebih 1k hantaran+maskawin. ^_^

[Balas Komen Ini]

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous Post
«
Next Post
»
ClearCloud designed by List of UK Banks In conjunction with Alliance & Leicester , Citibank UK , Portman Building Society.