Penggemar teknologi dan gaya hidup sihat di Malaysia kini boleh menantikan ketibaan dua model jam pintar terbaru dari HUAWEI – iaitu HUAWEI WATCH FIT 4 Series dan HUAWEI WATCH 5.
Kedua-dua peranti ini telah diperkenalkan secara global pada acara HUAWEI Innovative Product Launch di Berlin pada 15 Mei 2025 dan bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 22 Mei 2025.
Pelancaran ini menandakan langkah besar HUAWEI dalam meneruskan inovasi dalam kategori jam tangan pintar dengan memfokuskan kepada kesihatan, kecergasan dan gaya hidup moden.
Dengan pelbagai teknologi baharu dan rekaan menarik, WATCH FIT 4 dan WATCH 5 dijangka menjadi pilihan utama pengguna tempatan.
WATCH FIT 4 Series: Gaya Ringkas, Fungsi Hebat
HUAWEI WATCH FIT 4 Series tampil dengan rekaan segi empat yang nipis dan ringan, sesuai untuk pengguna yang mengutamakan keselesaan serta gaya.
Siri ini menawarkan dua pilihan model – WATCH FIT 4 dan WATCH FIT 4 Pro. Kedua-duanya direka untuk menyokong gaya hidup aktif, namun versi Pro hadir dengan fungsi lebih premium.
WATCH FIT 4 Series turut menampilkan sensor tekanan udara bagi memberikan bacaan ketinggian, sesuai untuk aktiviti luar seperti mendaki.
Bagi pencinta sukan air, jam ini juga menyokong pelacakan laluan air dan prestasi dalam pelbagai aktiviti akuatik.
WATCH FIT 4 Pro menawarkan tambahan seperti mod padang golf yang direka khas untuk peminat sukan ini. Ia memberi data permainan secara terperinci bagi membantu meningkatkan prestasi di padang.
Bermula 15 Mei, pengguna boleh membuat bayaran pendahuluan RM50 untuk menempah siri ini dan menikmati rebat sehingga RM80 serta hadiah percuma bernilai hingga RM156 menerusi kedai rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada, laman web rasmi, dan TikTok Shop.
WATCH 5: Teknologi Revolusioner dalam Satu Sentuhan
HUAWEI WATCH 5 pula muncul sebagai peranti unggul yang membawa satu teknologi baharu yang dinamakan Multi-sensing X-TAP.
Teknologi ini menggunakan sensor hujung jari terbina dalam pada badan jam untuk membaca sentuhan dan tahap tekanan secara tepat, menjadikan interaksi dengan jam lebih intuitif dan mendalam berbanding skrin sentuh biasa.
Satu lagi inovasi yang menonjol adalah sistem TruSense yang menggabungkan penderiaan daripada pergelangan tangan dan hujung jari.
Dengan modul Distributed Super-Sensing, pengguna boleh mendapatkan analisis kesihatan yang lebih terperinci dan tepat termasuk data kadar degupan jantung, tekanan, serta corak tidur.
WATCH 5 ditawarkan dengan rebat sehingga RM70 dan hadiah percuma bernilai hingga RM746 jika ditempah awal melalui platform dalam talian HUAWEI termasuk laman rasmi, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Gaya Hidup Lebih Pintar dan Sihat Bermula Sekarang
Pelancaran ini memperkukuhkan kedudukan HUAWEI sebagai peneraju dalam pasaran jam tangan pintar dengan memberi tumpuan kepada keseimbangan antara teknologi canggih dan keperluan gaya hidup pengguna masa kini.
Sama ada anda seorang atlit aktif, peminat fesyen, atau hanya mahu pantau kesihatan harian, HUAWEI WATCH FIT 4 Series dan WATCH 5 mampu memenuhi keperluan anda.
Bagi pengguna di Malaysia, tarikh 22 Mei 2025 akan menjadi detik penting apabila produk ini diperkenalkan secara rasmi dalam satu acara khas.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama memiliki jam pintar generasi baharu dari HUAWEI ini.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, layari laman rasmi HUAWEI Malaysia serta ikuti akaun media sosial mereka di Facebook dan Instagram.
Keyword :
- HUAWEI WATCH FIT 4 Malaysia
- HUAWEI WATCH 5 Malaysia
- smartwatch HUAWEI 2025
- jam pintar kesihatan
- HUAWEI Malaysia smartwatch
- harga HUAWEI WATCH FIT 4
- fungsi WATCH 5 X-TAP