July 11, 2025

Pra-Tempahan HUAWEI WATCH 5, Dapat FreeBuds 5 PERCUMA

HUAWEI WATCH 5 Malaysia
HUAWEI kembali menggegarkan dunia teknologi boleh pakai dengan pelancaran rasmi HUAWEI WATCH 5, jam pintar generasi baharu yang membawa gabungan reka bentuk futuristik, teknologi pemantauan kesihatan yang inovatif dan ciri interaksi intuitif.

Diperkenalkan pada 22 Mei 2025, siri ini mengangkat warisan HUAWEI dalam rekaan elegan dan teknologi canggih yang telah bermula sejak pelancaran pertama pada tahun 2015.

Reka Bentuk Diinspirasikan Angkasa

HUAWEI WATCH 5 diinspirasikan daripada Garisan Kármán – sempadan antara atmosfera bumi dan ruang angkasa, membawakan dua saiz utama iaitu 42mm dan 46mm. Setiap model menampilkan kemasan premium dan reka bentuk elegan yang sesuai untuk apa jua gaya hidup.

Model 42mm hadir dalam warna Sand Gold dan Beige, manakala model 46mm tampil dengan warna Ungu (Purple) yang eksklusif. Dari segi bahan, model 42mm diperbuat daripada keluli tahan karat 904L, manakala 46mm menggunakan logam kelas aeroangkasa yang 45% lebih ringan tetapi hampir dua kali ganda lebih kuat. Sungguh tahan lasak, namun tetap ringan di pergelangan tangan.

Setiap jam dilengkapi kaca sapphire sfera yang terkenal dengan ketahanan dan kejernihan, memberikan gaya premium yang tahan lama. Tambahan pula, terdapat tiga jenis tali yang boleh dipilih: titanium, fluoroelastomer dan komposit. Tali komposit meniru tekstur kulit tetapi kalis air, kalis bau dan tidak mudah kotor – ideal untuk pengguna aktif dan bergaya.

Teknologi X-TAP: Evolusi Pemantauan Kesihatan

HUAWEI WATCH 5 Smartwatch Stylish

Di tengah-tengah inovasi ini ialah teknologi revolusioner Multi-sensing X-TAP, yang menyatukan penderia ECG, PPG, dan sensor sentuhan dalam satu sistem pintar. Teknologi ini membolehkan pengguna mendapatkan bacaan kesihatan lebih tepat melalui hujung jari – bukan hanya dari pergelangan tangan.

Dengan hanya menyentuh sensor X-TAP selama tiga saat, pengguna boleh mengakses Health Glance, laporan kesihatan ringkas merangkumi 10 metrik penting termasuk kadar degupan jantung, kadar variasi jantung (HRV), tahap oksigen dalam darah (SpO?), dan kesejahteraan emosi – semuanya dalam masa kurang satu minit.

Fungsi pemantauan SpO? melalui hujung jari merupakan yang pertama dalam industri dan memberikan keputusan yang sangat tepat hanya dalam 10 saat. Ini kerana kawasan hujung jari mempunyai saluran darah yang lebih padat dan kulit yang lebih nipis, menjadikan bacaan lebih konsisten.

Kawalan Dengan Isyarat Mudah

Bukan sekadar kesihatan, HUAWEI WATCH 5 turut memperkenalkan kawalan melalui gerakan seperti Double Tap dan Double Slide. Anda boleh mengurus panggilan, kawalan muzik, dan mengendalikan kamera telefon pintar hanya dengan gerakan jari – sangat sesuai ketika anda tidak dapat menyentuh skrin secara langsung.

Ciri kawalan ini juga menyokong aplikasi pihak ketiga seperti aplikasi panggilan suara dari media sosial, menjadikan jam ini benar-benar praktikal dan mudah digunakan dalam pelbagai situasi harian.

eSIM & Jangka Hayat Bateri Pintar

Lebih hebat lagi, HUAWEI WATCH 5 menyokong eSIM yang membolehkan pengguna kekal berhubung walaupun tanpa telefon pintar. Sesuai untuk mereka yang aktif atau sedang bersenam, anda masih boleh menjawab panggilan atau mesej dengan hanya menggunakan jam.

Jam ini juga hadir dengan dua mod bateri: Standard dan Battery Saver. Dalam mod Standard, model 46mm mampu bertahan sehingga 4.5 hari, manakala model 42mm sehingga 3 hari. Mod jimat bateri pula mampu memanjangkan hayat bateri sehingga 11 hari dan 7 hari masing-masing.

Mengubah Gaya Hidup Dengan Data Kesihatan yang Lebih Bijak

HUAWEI WATCH 5 di Malaysia

Dengan teknologi terkini ini, HUAWEI WATCH 5 bukan sekadar jam pintar – ia ialah jurulatih kesihatan peribadi anda. Ia membantu mengenal pasti tanda-tanda tekanan, gangguan tidur, atau masalah jantung dengan lebih cepat dan tepat.

Pemantauan berterusan ini membolehkan pengguna membuat keputusan lebih baik tentang kesihatan mereka, sama ada untuk berehat, bersenam, atau mendapatkan rawatan lebih awal. Data ini turut boleh disambungkan kepada aplikasi kesihatan lain untuk rujukan lebih lanjut atau perkongsian dengan pakar perubatan.

Harga HUAWEI WATCH 5 & Pra-tempahan Kini Dibuka!

HUAWEI WATCH 5 Price

HUAWEI WATCH 5 kini boleh dipra-tempah bermula dari RM1,799. Anda hanya perlu bayar deposit RM50 untuk menikmati rebat RM70 serta hadiah eksklusif termasuk sepasang HUAWEI FreeBuds 5, langganan Health+ selama 3 bulan, dan barangan percuma bernilai hingga RM746!

Pra-tempah sekarang di mana-mana HUAWEI Experience Stores, laman rasmi Huawei, atau gedung rasmi Huawei di Shopee, Lazada dan TikTok.

Dengan gabungan reka bentuk yang memukau, ketahanan luar biasa, dan teknologi pemantauan kesihatan terkini, HUAWEI WATCH 5 bukan sekadar jam pintar – ia adalah pelaburan untuk kesihatan dan gaya hidup anda. Masa depan ada di pergelangan tangan anda. Jadi, tunggu apa lagi? Tap to the future with HUAWEI WATCH 5!

Untuk maklumat lanjut dan promosi, ana boleh layari Laman Rasmi HUAWEI.

Keyword :

  • HUAWEI WATCH 5 Malaysia
  • Jam pintar terbaru Huawei
  • X-TAP technology Huawei
  • ECG smartwatch Malaysia
  • Jam pintar kesihatan 2025
  • Harga HUAWEI WATCH 5
  • HUAWEI wearable terbaik

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *